Solat malam @ solat terawih

Dr Fadlan Mohd Othman

Sebentar tadi saya sebutkan bahawa Rasulullah saw meneruskan solat tarawih sepanjang tahun. Saya rasa kenyataan ini mungkin memeranjatkan. Saya menyatakan sedemikian kerana solat tarawih tidak ada di dalam bahasa Nabi saw tetapi yang ada ialah sesiapa yang bangun waktu malam pada bulan Ramadhan. Istilah tarawih datang kemudian dan secara umumnya saya ringkaskan di sini apabila kita menyebut solat tarawih iaitu solat yang rehat.  Apabila disebut rehat itu ialahlah bacaan panjang.

Yang kedua ialah solat al-qiam ataupun qiamulail. Selain itu solat tahajut, solatul laili mathna-mathna” iaitu solat malam dua rakaat-dua rakaat dan solat witir.

Abdullah bin Umar r.a berkata: “Sesungguhnya seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah! Bagaimanakah cara melakukan solat malam? Baginda bersabda: Dua rakaat dua rakaat. Apabila engkau bimbang (waktu solat Subuh akan masuk), laksanakan terus solat witir sebanyak satu rakaat.” (riwayat al-Bukhari dalam kitab Sahihnya, no: 1137).

Ini semua sebenarnya hanyalah nama yang berbeza untuk solat yang sama. Ianya boleh dilakukan di awal malam dan boleh juga dilakukan di akhir malam.

Antara dalilnya ialah apa yang dibuat oleh Umar bin al-Khatab ra. Kita menyebutkan perkara ini kerana ada solat yang datang kepada saya yang menyatakan, ‘Masuk 10 Ramadhan nanti adakah lebih baik saya menjadi makmum iaitu solat malam itu samada solat tahajud ataupun solat tarawih?’

Perkara ini adalah perkara yang sama tetapi olahan yang berbeza contohnya di sini kita dipanggil doktor ataupun ustaz tetapi di rumah orang tidak memanggil kita doktor atupun ustaz. Isteri kita mungkin memanggil kita abg, manakala anak kita memanggil ayah, abi dan sebagainya. Manakala Ibu kita memanggil along contohnya. Maka dis ini menunjukkan kita tetap orang yang sama cuma nama yang berbeza.

Umar al-Khattab mengidupkan semula sunnah solat malam berjemaah

Dengan itu saya bawakan riwayat daripada Umar bin al-Khatab, apabila Umar mengumpulkan orang untuk solat dan Umar telah menyatakan, “Ini bid’ah yang baik”.

Yang mereka maksudkan ialah apa yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dalam Shahihnya dan al-Imam Malik dalam al-Muwattha’:

عَنْ عَبْدِالرَّحْمَنِ بْنِ عَبْدٍ الْقَارِيِّ أَنَّهُ قَالَ: خَرَجْتُ مَعَ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِي اللَّه عَنْهم لَيْلَةً فِي رَمَضَانَ إِلَى الْمَسْجِدِ. فَإِذَا النَّاسُ أَوْزَاعٌ مُتَفَرِّقُونَ يُصَلِّي الرَّجُلُ لِنَفْسِهِ وَيُصَلِّي الرَّجُلُ فَيُصَلِّي بِصَلاَتِهِ الرَّهْطُ. فَقَالَ عُمَرُ: إِنِّي أَرَى لَوْ جَمَعْتُ هَؤُلاَءِ عَلَى قَارِئٍ وَاحِدٍ لَكَانَ أَمْثَلَ ثُمَّ عَزَمَ فَجَمَعَهُمْ عَلَى أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ. ثُمَّ خَرَجْتُ مَعَهُ لَيْلَةً أُخْرَى وَالنَّاسُ يُصَلُّونَ بِصَلاَةِ قَارِئِهِمْ. قَالَ عُمَرُ: نِعْمَ الْبِدْعَةُ هَذِهِ وَالَّتِي يَنَامُونَ عَنْهَا أَفْضَلُ مِنِ الَّتِي يَقُومُونَ.  يُرِيدُ آخِرَ اللَّيْلِ وَكَانَ النَّاسُ يَقُومُونَ أَوَّلَهُ.

Daripada ‘Abd al-Rahman bin ‘Abd al-Qari, katanya: Pada satu malam di bulan Ramadan aku keluar bersama dengan ‘Umar bin al-Khattab radhiallahu ‘anh ke masjid. Di dapati orang ramai berselerakan. Ada yang solat bersendirian, ada pula yang bersolat dan sekumpulan (datang) mengikutinya.

‘Umar berkata: “Jika aku himpunkan mereka pada seorang imam adalah lebih baik.” Kemudian beliau melaksanakannya maka dihimpunkan mereka dengan (diimamkan oleh) Ubai bin Ka‘ab. Kemudian aku keluar pada malam yang lain, orang ramai bersolat dengan imam mereka (Ubai bin Ka‘ab). Umar berkata : “Sebaik-baik bid‘ah adalah perkara ini, sedangkan yang mereka tidur (solat pada akhir malam) lebih dari apa yang mereka bangun (awal malam).”

Maksudnya menghidupkan sunnah Nabi boleh dikatakan bid’ah tetapi membuat bid’ah yang baru dia bukanlah bid’ah yang baik. Jika Nabi melakukan tetapi kita tidak melakukannya, lalu kita hidupkan semula sunnah Nabi dan kita menyatakan ianya bid’ah yang baik, maka ianya tidak mengapa. Tetapi jika perkara itu merupakan Nabi tidak melakukannya, tetapi kita melakukan dan kita menyatakan ianya bid’ah yang baik, maka ianya tidak sesuai. Umar menyatakan, “waktu yang mereka tidur lebih elok daripada waktu yang mereka bangun”

Maksudnya di sini sesiapa yang solat di awal malam kebiasaannya akhir malam dia akan tidur. Sebenarnya waktu itu adalah lebih elok untuk dia laksanakan solat berbanding dengan waktu yang sedang mereka lakukan ini. Jadi apa pun jawapannya telah muncul iaitu solat tarawih, solat qiamulail dan solat tahajut sama sahaja. Ada yang mensyaratkan perlu tidur dahulu barulah bangun maka namanya tahajud. Sebenarnya perkara ini tidak ada dalil yang khusus tentang perkara itu tetapi apa sahaja solat di waktu malam nama-namanya seperti apan yang kita sebutkan tadi.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: