QnA : Istilah yang disandarkan kepada Islam

QnA : Istilah yang disandarkan kepada Islam 

Ust. Dr. Fadlan Mohd Othman

Istilah perubatan Islam samalah seperti istilah Bank Islam dan sebagainya. Hendak menggunakannya tiada masalah cuma dari sudut menggunakan sesuatu perkataan bukan pada tempatnya maka itu menjadikan salah.

Contohnya kita gunakan perubatan Islam, kita maksudkan perubatan Islam itu ialah jampi ataupun injection dan sebagainya tidak termasuk di dalam perubatan Islam. Kerana perubatan Islam tidak masalah, gunalah apa sahaja yang pentingnya ianya tidak mengandungai bahan-bahan yang haram dan sebagainya contohnya hendak berubat menggunakan benda yang haram. Ianya tidak boleh kerana ada hadith yang melarang perkara tersebut kecuali di dalam keadaan darurat. Jadi dalam kes itu kita perlu pastikan ubat yang digunakan adalah yang halal dan tidak mendatangkan mudarat maka boleh digunakan.

Jadi jika gunakan perubatan Islam untuk jenis-jenis perubatan tradisional yang tertentu, bukannya perubatan moden, maka itu kita telah menyalahgunakannya. Tetapi jika kita menggunakan perubatan Islam merangkumi kedua-duanya sekali dan perlu ada etika perubatan yang lengkap dan yang menepati ajaran Islam, maka tiada masalah.

Rakaman oleh Abu Aqif Studio

“Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

http://www.youtube.com/watch?v=4ddarPFGDKA

 

Tinggalkan komen