Bendung penulisan menyeleweng Irshad Manji

Dr Fadlan Mohd Othman, siaran akhbar Sabtu 2 Jun 2012

Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Fadlan Mohd Othman berkata, sudah tiba masanya umat Islam bersikap lebih proaktif selepas melihat kewujudan pelbagai penulisan yang menyeleweng dalam media massa dan media baru.

“Umat Islam harus terkehadapan dalam usaha menguatkan jati diri mereka. Al-Quran tidak boleh lagi dijadikan bacaan unggul bahasa Arab, sebaliknya perlu difahami ertinya. Contohnya, umat Islam berbahasa Melayu di Malaysia wajib khatam mafhum al-Quran sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

“Langkah seterusnya ialah memahami tafsir al-Quran secara ringkas dan tepat sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

“Langkah ketiga pula ialah tamat pengajian pengertian hadis merangkumi Hadis 40 yang dihimpunkan Al-Imam Al-Nawawi disusuli Riyadus Solihin,” katanya.

Beliau berkata, jika gerakan ilmiah itu dapat direalisasikan, umat Islam tidak perlu gusar dengan ancaman syaitan sama ada berbentuk hawa nafsu ataupun ideologi sesat.

“Pada masa itu, konsert haram seperti K-Pop yang tidak lagi dihadiri umat Islam sama seperti ceramah sesat tokoh pluralisme dan pendukung LGBT pasti tidak disokong mana-mana individu Muslim.

“Rasulullah menyatakan bahawa orang beriman yang mantap imannya jauh lebih disukai berbanding orang beriman yang lemah keimanannya. Tiada syak lagi, kemantapan iman itu asasnya ialah keluasan ilmu agama yang diambil daripada al-Quran dan al-Sunnah,” katanya.

Menurut Fadlan, sokongan dan dukungan individu Muslim terhadap LGBT jelas berdosa besar.

“Bahkan, jika usaha keji ini disulami dengan keyakinan LGBT itu halal, maka tidak syak lagi individu Muslim itu terkeluar daripada Islam.

“Perlu ditegaskan juga, jika ada yang yakin LGBT itu haram tetapi pada masa sama tetap menyokongnya, itu juga dikira berdosa besar. Sementara menghalalkan LGBT walaupun tidak menyokongnya adalah kufur.

“Justeru, apabila kemungkaran itu berlaku, tindakan menentangnya perlu wujud di kalangan umat Islam. Pihak berkuasa seperti Kerajaan Pusat mahupun kerajaan negeri wajib menentang segala kuasa yang ada pada mereka.

“Sementara pihak Mufti, jabatan agama dan majlis agama dan ilmuwan Islam wajib menentang segala ilmu yang ada pada mereka. Apa yang dilakukan Jakim dalam isu Irshad Manji menepati peranannya sebagai badan utama bagi agama Islam di Malaysia,” katanya.

Fadlan berkata, pihak yang tidak berkuasa mahupun berilmu tetap wajib membenci kerja terkutuk LGBT itu sepenuh hati dan jiwa mereka.

“Tidak timbul soal kekerasan tetapi yang timbul ialah soal ketegasan yang merangkumi tiga peringkat masyarakat dalam sesebuah kerajaan Islam.

“Pemerintah perlu tegas dan menggunakan kuasa membanteras. Sementara golongan ulama dan ilmuwan juga perlu tegas dalam menyebarkan hakikat sebenar keburukan maksiat.

“Bagi orang awam pula perlu mempunyai hati yang tegas membenci kemungkaran yang berlaku,” katanya.

Beliau berkata, membanteras segala usaha jahat yang menjatuhkan kehebatan Islam perlu sentiasa digerakkan.

“Di sini, semua pihak perlu bekerjasama membanteras kemungkaran. Masyarakat harus mempunyai rasa prihatin terhadap kelangsungan Islam.

“Rasulullah menggambarkan umat Islam sebagai bangunan yang saling menguatkan antara satu sama lain iaitu bermula daripada pemerintah tertinggi hinggalah kepada rakyat awam.

“Antara langkah bersepadu yang perlu dilakukan ialah memantapkan ilmu. Setiap lapisan masyarakat perlu sedar ilmu adalah dasar kesejahteraan dunia dan akhirat.

“Kedua, menjiwai ilmu melalui amalan. Setiap Muslim wajar menunjukkan teladan yang baik kepada umat manusia.

“Ketiga, melalui penyebaran ilmu secara menyeluruh. Justeru, pihak kerajaan atau bukan kerajaan wajar memperbanyakkan majlis ilmu sesuai untuk pelbagai peringkat pemikiran dan umur.

“Usaha terbabit perlu dilakukan secara konsisten. Langkah berkenaan boleh dirangkumkan di bawah kempen bersepadu yang memartbatkan keluhuran ajaran Islam dalam menjaga kesucian interaksi antara gender,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: