Gejala taksub a.k.a fanatik

Dr. Fadlan Mohd Othman

Jika membicarakan tentang taksub saya rasa ramai ustaz-ustaz kita yang membicarakan tentang taksub. Kita boleh lihat di dalam youtube, cd dan sebagainya. Antara pegangan salafi ialah kita tidak terkait dengan salsiah iaitu tokoh. Jika tokoh itu dihentam kita akan terasa sangat, bukan masalah tokoh itu tetapi apa yang dibawa oleh tokoh itu. Maksudnya jika seseorang tokoh itu dikritik dan ternyata tokoh itu salah, maka kita katakan semoga Allah mengampuninya dan kita tidak mengikut di atas kesilapannya itu.

Kadang-kadang apabila kita bergerak di dalam dakwah, ada yang menyatakan dan menyangka kita juga ada sikap fanatik dan taksub. Mungkin kesilapan kita adakalanya ketika bercakap orang berfikir kita mempunyai taksub. Jadi mereka akan menyatakan, ‘ mengapa ustaz tidak bercakap begini sedangkan Ibn Taimiyyaah berkata begini’ yang mana perkara ini kita merasakan kesilapan yang berlaku. Jadi kita menyatakan walaupun Ibn Taimiyyahh berkata begitu, sekiranya bersalahan dengan hadis Nabi ataupun bersalahan dengan seorang sahabat yang mana levelnya lebih tinggi daripada Ibn Taimiyyahah, maka kita perlu mengambil yang lebih tinggi lagi.

Apabila Ibn Umar memperkatakan tentang haji tamatu’. Kemudian ada yang menyatakan kepadanya bahawa Abu Bakar dan Umar menyatakan sekian-sekian, bukannya seperti yang kamu katakan tentang Nabi. Jadi Ibn Umar berkata,

“Aku takut turunnya batu dari langit kepada menimpa kamu semua, ketika aku membawakan firman Allah dan sabda Rasul, kamu membalas dengan perkataan Abu Bakar dan Umar”

Jadi kita tidak ada taksub. Jika kita lihat ada hadis yang bercanggahan dengan mana-mana ulama,  selepas pemerhatian, pengajian dan sebagainya kita dapati memang ini kesilapannya. Maka kita menyatakan tidak perlu kita ambil pandangannya yang salah itu malah kita terus pergi kepada hadis Nabi  dan sunnah yang sahih itu. Ini sebenarnya adalah wasiat mereka juga. Wasiat para imam yang 4 dan yang lain-lain ialah mengambil hadis yang sahih. Jangan mengambil pandangan aku sekiranya bercanggahan dengan hadis yang sahih, lemparlah pandangan aku ini ke dinding dan jangan mengambilnya. Ingatlah bahawa pemikiranku pada masa itu tiada, jadi ambillah apa yang Nabi katakan ini. Ini adalah kata-kata al-Iman al-Syafie dan Imam-imam yang lain.

Jadi jika berlakulah kesilapan di antara kita yang tersilap lalu bertaksub, maka dia perlu bertaubat dan jika kita memerhatikan manhaj, metodologi dan cara kita yang mengikut ulama salaf ialah kita tidak taksub kepada individu. Kita hanya berpegang kuat kepada al-Qur’an dan hadis Nabi tetapi pada masa yang sama kita tidak suka orang memperlekehkan tokoh-tokoh sunnah. Ini 2 perkara yang berbeza iaitu mengkritik menyatakan contohnya di dalam kitab ini daripada Albani silap, ianya tiada masalah kerana dahulunya albani berkata sahih dan sekarang dia berkata dhaif. Jadi ambillah pandangan yang terkemudian kerana kita pun tidak tahu perkara sebenar, maka ianya tiada masalah. Tetapi mengkritik tentang ketokohannya yang dikenali sebagai seorang tokoh sunnah, itulah yang bermasalah.

Perbezaan antara keduanya terlalu nipis, ianya antara kita mengkritik yang ilmiah dan dengan kita mengkritik kritikan yang bersifat individu. Ilmiah ini contohnya kita bincangkan sesuatu perkara dan ada terlintas pandangan seseorang tetapi kitakan pandangan ini tidak benar kerana kesalahan dengan sekian-sekian.

Seperti sekarang ini kita dapati gerakan salafi, mereka melihat kepada dalil. Jika dalil itu bercanggahan dengan al-Imam al-Syafie apakah yang mereka katakan? Contohnya mereka membincangkan tentang solat tiba-tiba sampai tentang kunut. Di dalam masalah ini pandangan ulama lain lebih kuat kerana hadisnya yang berkenaan dengan kunut itu samada dhaif ataupun huraiannya salah. Dengan itu kita menyatakan, kita mengambil pandangan ulama lain. Lalu kita pun terus membaca dengan  mencari kesalahan al-Imam al-Syafie.

Perkara seperti ini tidak sepatutnya terjadi kerana ianya akan menggambarkan perkara yang negatif. Sepatutnya apabila kita bincangkan tentang fiq perbandingan iaitu kita menyatakan pandangan contohnya menyentuh lelaki dan wanita, jadi siapakah yang benar disini adakah Imam Ahmad atau Imam al-Syafie? Jawapannya ialah Imam Ahmad. Tetapi kita bukan mencari ‘ahtaqulimamalsyafie’, bolehkah kita membuat tesis seperti itu? Jika saya ialah pemeriksa, saya berikan gagal kepadanya kerana dia telah mengganggu satu pemikiran terhadap imam-imam kita iaitu kita perlu hormat imam kita dan kita hanya perlu menjelaskan kesilapan sekadarnya. Bukannya kita mencari segala kesilapan yang ada dan kita kumpulkan lalu kita membuat ceramah demi ceramah, ini bukanlah caranya.

SGTTDJDI – UFMO – Taksub Dengan Gejala Taksub

http://www.youtube.com/watch?v=18VjQ5IyYyc

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: