Nikah di sempadan

Ahli Panel : Ustaz Fathul Bari Mat Jahya/ Dr Fadlan Mohd Othman

Apabila kita berbicara tentang topik bahana nikah sempadan, saya teringat satu hadis Nabi saw yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan Muslim mafhumnya:

“Wahai pemuda-pemuda barang siapa yang mampu daripada kalangan kalian, maka hendaklah berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu mampu menjaga mata pandanganmu dan mampu memjaga kehormatanmu. Barang sesiapa yang tidak mampu hendaklah dia berpuasa kerana sesungguhnya bagi puasa itu mempunyai perisai dan pendiding.”

Jelas di dalam hadis ini Nabi menyeru kita kepada berkahwin khususnya bagi pemuda-pemuda diluar sana segeralah berkahwin. Cuma pada hari ini di dalam keadaan gopoh ataupun hendak cepat, sebahagian daripada anak-anak muda kita bahkan yang tua juga ada mengambil langkah mudah dan tanpa berfikir panjang, mereka berkahwin di sempadan. Maka kita hendak membincangkan tentang kesan-kesan sama ada positif ataupun negative daripada perkahwinan di sempadan.

Soalan: Pandangan berdasarkan analisa ataupun pandangan Dr sendiri apakah sebab-sebab dan punca-punca yang membuatkan sebahagian daripada orang-orang muda dan sebahagian orang-orang yang telah berkahwin hendak menambah lagi seorang isteri, mereka terpaksa pergi ke sempadan.

Jawapan : Saya sempat membuat tinjauan, bukanlah satu kajian yang mempunyai statistic yang panjang dan hebat, tetapi sekadar tinjauan. Saya bertanya kepada rakan-rakan yang mempunyai pengalaman. Mereka menyatakan dari sudut apakah yang menyebabkan mereka ini bernekat untuk pergi ke sana antara jawapan yang saya dapat adalah dia menyatakan bahawa apa yang dia hadapi ialah kesulitan di dalam khususnya di mahkamah syariah di Malaysia. Mereka meminta pelbagai perkara yang merumitkan walaupun bakal isteri keduanya telah pun redho termasuklah walinya juga telah redho. Ini seolah-olah mereka hendak merumitkan keadaan. Oleh dengan itu dia pun nekat pergi ke sempadan untuk berkahwin dan setelah kembali dia pun membayar denda dan hidup aman damai.

Ada juga satu lagi situasi dimana kita dapati ada antaranya ialah pasangan terlanjur. Ini juga satu masalah yang berlaku menyebabkan mereka apabila terlanjur dan hendak pergi ke mahkamah di dalam Malaysia, mereka akan mengalami masalah dan tiada sokongan. Jadi mereka memikirkan antara jalan yang ada ialah pergi ke sempadan Siam. Di sana urusan lebih mudah, cuma kadang-kadang yang menyebabkan mereka tersilap langkah ialah memilih juru nikah yang tidak bertauliah. Tetapi itu yang saya hendak sebutkan ada 2 sebab utama mengapa mereka nekad untuk pergi ke sempadan.

Pertama yang agak positif dari sudut orang itu, ianya tidak melakukan kesilapan tetapi mungkin dengan beberapa karenah birokrasi yang ada menyebabkan mereka nekat untuk pergi. Yang kedua pula mereka terlanjur, jadi itu perkara negative untuk mereka beerti mereka telah melakukan kesilapan dan mereka juga menghadapi karenah birokrasi seperti tidak dapat menyelesaikanm masalah di dalam Negara dan terpaksa pergi ke luar Negara untuk menyelesaikan masalah. Tetapi masalah yang diselesaikan itu apabila masuk ke dalam Negara sebenarnya diiktirah sebab itulah apabila disambut oleh saudara kita tadi, saya merasa kalau boleh ada sedikit usaha yang dibuat oleh pihak mahkamah Syariah.

Begitulah yang saya faham daripada rakan-rakan yang berkecimpung di dalam masalah ini, daripada mahkamah syariah mungkin perlu melakukan sesuatu. Ini adalah satu cadangan, bukannya untuk mengkritik tetapi sebagai nasihat secara baik serta pandangan yang mungkin boleh dipertimbangkan. Alangkah baiknya sekiranya perkara-perkara yang menyebabkan mereka tekat untuk pergi ke Siam untuk melaksanakan perkahwinan sebegitu rupa, alangkah baik sekiranya dapat dipermudahkan untuk mereka di Malaysia. Saya rasa Perlis dan Kelantan sudah pun mengambil sedikit langkah yang proaktif.

Soalan : Mempunyai pelbagai kemelut apabila pasangan bernikah di Thailand khususnya selatan Thailand. Jadi adakah wajar jika pihak berkuasa kita di Malaysia membuat tindakan tegas bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Thailand supaya diharamkan lansung pasangan-pasangan Malaysia yang hendak menikah di Thailand? Mengapa kita tidak mengambil contoh Negara Turki yang mengharamkan poligami itu sendiri kerana saya lihat berdasarkan firman Allah swt di dalam al-Qur’an di mana saya pasti Ustaz Fathul Bari lebih tahu tentang ayat ini yang bermaksud Allah swt menyatakan bahawa hendaklah kamu menikah 1 atau 2 atau 3 atau 4 tetapi jika tidak boleh berlaku adil cukup hanya 1 sahaja?

Jawapan : Kita perlu melihat dari satu sudut adakah apa yang dilakukan oleh kerajaan Turki menepati dalil dan dalil telah pun dinyatakan saudara kita tadi. Ayat ini jelas menunjukan boleh kahwin 2,3 dan 4. Jika takut tidak berlaku adil maka barulah kita pergi kepada 1. Di sini kita dapati satu cadangan tiada masalah jika kita hendak mencadangkan tetapi menjawab soalan itu saya merasakan ianya satu perkara yang tidak wajar kerana apa yang dilakukan oleh Negara Turki itu sebenarnya nampak jelas bercanggahan dengan dalil yang sahih menunjukkan dibenarkan perkara ini.

http://www.youtube.com/watch?v=NRjW0VtrB0w

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: