Ulama Tidak Berperang & Takut Hantu Albani

Dr. Fadlan Mohd Othman

Hadith, “diperangi di bawah naungannya ataupun di belakangnya”

Dengan itu ulama kita telah banyak menyatakan tentang perkara ini daripada dahulu sehingga sekarang. Antara yang terkini adalah Syaikh Solleh Fauzan al-Fauzan, Syaikh Ibn Uthaimin dan lain-lain. Dengan itu juga timbul masalah pengebom berani mati. Adakah itu sebahagian daripada jihad? Perbincangan ini dimasukkan kerana akan dikatakan orang yang mengebom dirinya pengebom berani mati adalah mereka akan disifatkan sebagai syuhada’ yakni orang yang mati syahid..

Inilah masalahnya apabila disifatkan sebagai syuhada ertinya dikaitkan secara tidak langsung dengan jihad syarie iaitu jihad di dalam agama. Dengan itulah kebanyakan ulama menyatakan ianya bukan mati syahid dan itu bukan bentuk jihad.

Yang keempat pandangan sebahagian umat Islam menyatakan ulama yang tidak jihad bukanlah ulama. Mungkin dia bercakap ada hadith dan al-Qur’annya tetapi tidak berperang lagi, maka tidak boleh ambil pandangan daripadanya kerana dia bukanlah ulama. Jadi semua ini adalah tidak berasas. Soalan yang paling mudah untuk kita bertanya adakah al-Imam al-Syafie sebagai imam, alim dan ahli ulama? Jawapannya ya. Tetapi apabila kita bertanya sama ada al-Imam al-Syafie berperang ataupun tidak jawapannya adalah tidak. Adakah dia masih ulama? Jika dia katakan ya, maka apa yang dikatakannya itu terbatal. Tetapi jika dia kata tidak maka dia itu yang terbatal. Ini adalah antara perkara yang saya perhatikan salah faham tentang jihat.

Jadi kita perlu tahu yang betul sebagaimana kita perlu tahu yang tidak betul. Jangan tahu yang betul sahaja, maka akhirnya mungkin kita akan ingat yang tidak benar itu sebagai benar. Jadi kedua-duanya kita perlu tahu dan perkara ini sudah ada sebenarnya di dalam ‘lailahaillah’. ‘laila’ maksudnya kita nafikan yang mana tidak benar. Makanakala ‘illah’ maksudnya kita menerima tarbiah iaitu kita mendidik diri kita atas tauhid dan menafikan syirik. Ini konsep yang dibawa oleh para Nabi bukan Albani. Ianya dibawa dari dulu hingga kini. Para Nabi telah menyatakan ‘beribadahlah kepada Allah dan jauhilah toghut. Ertinya mereka membawa konsep tafsiah dan tarbiah bukan satu perkara yang dibawa oleh al-Albani seorang, cuma mungkin orang tidak perasan lalu al-Albani nyatakan semula.

Ada orang menyatakan tafsiah dan tarbiah mereka tidak mahu lakukan kerana ianya datang daripada al-Albani. Ada juga menyatakan belajar sifat solat mengikut buku al-Albani, bukan sifat solat Nabi tetapi sifat solat al-Albani. Kita menyatakan mengapa cetek pemikiran itu. Jika kita katakan al-Albani, cuba lihat apa yang dibawa di dalam buku itu iaitu hadith-hadith Nabi dan kata-kata ulama. Jadi mengapa kita hendak menisbahkan kepadanya?

http://www.youtube.com/watch?v=4yOaCAbJj6Q

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: