ETIKA & ADAB BERBEZA PENDAPAT (SIRI 3)

Jagalah niat semasa berselisih pendapat

Dr Fadlan Mohd Othman, Pensyarah Kanan, Jabatan Al-Qur’an dan Al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. 

Semasa berlakunya perselisihan pendapat, seorang mukmin hendaklah sentiasa melihat dan menilai semula niatnya. Di sinilah syaitan akan memainkan peranannya, tatkalah ada pujian atau cemuhan; mungkin sahaja seorang muslim itu terpedaya. Justeru, amalan muslim hendaklah dipastikan niatnya, jangan sekali-kali membuat sesuatu amalan tanpa niat dan jangan juga niat yang suci murni dinodai pro dan kontra manusia sejagat.

Berikut adalah beberapa perkara yang penting untuk dipertimbangkan selalu oleh muslim yang berada dalam arena perselisihan pendapat:

1. Ikhlas. 

Allah Ta ‘ala telah berfirman;

Maksudnya: “Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Ugama yang benar.” (al-Bayyinah 98:5)

Apabila berlaku perbezaan pendapat, perkara terpenting yang akan menjamin kesejahteraan dan ikatan ukhuwwah sesama Islam ialah keikhlasan. Orang yang ikhlas hanya akan memikirkan keredhaan Allah Ta‘ala. Dengan berpegang kepada matlamat ini, dia akan sentiasa mencari penyelesaian yang terbaik berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah, mengikut kefahaman generasi terawal. Dia tidak akan mendahulukan kepentingan dirinya, imamnya ataupun pendapatnya.

2. Tidak memenangkan diri.

Allah Ta‘ala telah berfirman;

Maksudnya: Dan apabila dikatakan kepadanya: “Bertaqwalah engkau kepada Allah” timbullah kesombongannya dengan (meneruskan) dosa (yang dilakukannya itu). Oleh itu padanlah ia (menerima balasan azab) neraka jahannam dan demi sesungguhnya, (neraka jahannam itu) adalah seburuk-buruk tempat tinggal.” (al-Baqarah 2:206)

Orang yang ikhlas tidak akan memikirkan untuk semata-mata menang berhujah dalam satu-satu perbicaraan. Sebaliknya dia lebih mementingkan kebenaran walaupun kebenaran itu muncul daripada musuhnya. Baginya kalah atau menang bukan perkara utama, akan tetapi matlamat tertingginya ialah untuk memartabatkan kebenaran dan menyapu bersih kebatilan.

3. Tidak menonjolkan diri.

Allah Ta ‘ala telah berfirman;

Maksudnya: Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah ia (dengan sombongnya): “Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku”. (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu). (al-Zumar 39:49)

Keikhlasan terserlah di dalam diri seseorang mukmin apabila dia menjadikan kebenaran itu sebagai ikutannya dan bukan sebaliknya iaitu menjadikan dirinya sebagai ikutan. Dia tahu apa sahaja kelebihan yang dikecapinya adalah satu pemberian daripada Allah Ta‘ala yang menuntutnya supaya bersyukur dan bukannya bermegah-megahan. Konsep ini jelas akan membentuk peribadinya yang mulia; sentiasa rendah diri dan tidak takabbur.

http://fadlan-mohd-othman.blogspot.com/2010/07/siri-etika-dan-adab-semasa-berselisih_14.html

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: