Kisah unta yang berdendam
Dr. Fadlan Mohd Othman

Sehinggakan di dalam cerita-cerita haiwan di kalangan orang Arab, mereka menyatakan seorang tuan unta sering memukul untanya dan unta tersebut bersabar dengan tindakannya sampai suatu hari untanya agak pelik seolah-olah unta itu ingin melakukan perkara yang tidak baik kepadanya. Jadi pada malam itu dia meletakkan bantal di dalam khemah seolah-olah ada orang di dalamnya. Tetapi dia tidur di atas pokok berdekatan khemah itu. Apabila malam menjelma untanya datang dan memasuki khemah dan memijak-mijak katil yang diletakkan bantal itu tadi dan terus beredar keluar. Unta tersebut menyangka tuannya telah mati dipijaknya. Keesokan harinya tuan unta tersebut datang di hadapan unta itu lalu unta itu pun terkejut dan membunuh diri.
Satu lagi kisah orang menyatakan keldai ini bodoh tetapi sebenarnya keldai ini lebih cerdik daripada orang itu. Jika di dalam kisah Arab apabila mereka hendak menyimpan hasil tanam-tanam yang telah dituan, mereka meletakkan barang yang banyak di atas keldai-keldai ini dan membawa ke satu tempat yang jauh dan mereka akan menggali dan mengambuskan tanaman tadi disitu. Jadi masalahnya disini apabila sudah lama tanam itu telah disimpan dan diperlukan mereka tidak ingat ianya diletakkan dimana jadi mereka pikulkan keldai itu tadi dengan barang-barang berat yang lain dan keldai itu akan membawa barang tersebut ke tempat yang sama dia pernah bawakan. Jadi disini bermaksud keldai adalah cerdik. Kerana itu ada dikalangan orang Arab bernama Khimar kerana dia hendak menggerunkan orang.
Maksudnya jin dan syaitan di sini bukannya dicipta daripada api sebagaimana jin dicipta daripada api tetapi unta ini mempunyai sifat-sifat syaitan seperti sombong, dengki dan kuat. Jadi sesiapa yang memakan daging unta menurut pandangan ulama kita, mereka hendak fikirkan bagaimana unta itu daripada jin. Dengan itu mereka menyatakan ciri- ciri jin ataupun syaitan itu ada pada unta. Jadi sesiapa yang memakan daging unta dia boleh menjadi kesan kepada orang itu iaitu dia boleh menjadi kuat, sombong dan dengki. Cara untuk mengatasi sifat-sifat kesyaitanan ini adalah dengan mengambil wuduk.
disarikan dari Kuliah Bulughul Maram