Jangan Ambil Mudah Hadith Palsu

Ustaz Dr. Fadlan Mohd Othman

Hadith ini menunjukkan bagaimana di dalam Islam adanya amalan-amalan yang sedikit tetapi pahalanya banyak. Cuma perlu beri perhatian sebahagian periwayat hadith yang suka ataupun sebahagian manusia di zaman dahulu yang jiwanya Islamik, suka mengajak orang kepada kebaikan tetapi mereka ketandusan ilmu. Jadi mereka bertindak memalsukan hadith contohnya siapa membaca sekian-sekian pahalanya 70,000 Nabi, orang syahid.

(editor: doa ini dinamakai sebagai doa Haikal dai terbitkan di dalam buku Majmu’ As-Syarif. Buku yang tidak mempunyai nama pengarang ini menghimpunkan di dalamnya sebahagian surah-surah daripada al-Quran serta fadhilat-fadhilatnya, doa-doa dan zikir-zikir yang dijadikan amalan oleh sebahagian masyarakat. Dukacitanya hampir kesemua doa, zikir dan fadhilat-fadhlatnya yang terkandung di dalam buku ini tidak sahih dari Nabi s.a.w. bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan ianya hanya rekaan manusia yang tidak mempunyai asal di dalam agama.)

Perkara ini perlu kita beri perhatian sekiranya ada dalil yang sahih, maka ya kita boleh terima ianya tiada masalah. Tetapi jika gandaan pahala itu berdasarkan hadith yang palsu, maka kita perlu tolak dan jangan mengambilnya. Ini kerana ramai orang yang suka perkara ini contohnya orang yang mungkin 30 tahun hidupnya selepas baligh ertinya umurnya sekitar 45 tahun. 30 tahun selepas dia hidup itu dia hidup di dalam dunia. Apabila umurnya telah 45 tahun mungkin barulah dia tersedar. Jadi apabila dia tersedar biasanya dia akan cuba hendak mencari jalan yang pintas untuk masuk ke syurga.

Jadi antara jalan pintas yang ada ialah hadith-hadith yang menceritakan melakukan perkara ini mendapat pahala besar. Maka dia akan membuat amalan-amalan ini untuk mengharapkan pahala itu. Tidak ada masalah dengan perkara ini tetapi masalahnya ialah sekiranya hadith yang digunakan adalah hadith yang palsu. Maka berikan perhatian disini bahawa ambillah hadith yang sahih sahaja.

Rakaman oleh Abu Aqif Studio

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

Advertisements
1 comment
  1. Sangat bermanfaat. Banyak kita dikelirukan dengan hadis2 palsu. Lebih-lebih yang memberitahunya ialah orang2 yg tidak pernah mendalami ilmu hadis.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: