Ramadan adalah bazar mewah amalan akhirat

Dr. Fadlan MOhd Othman

Rasulullah saw apabila datangnya bulan Ramadhan telah pun memberi berita yang baik kepada para sahabatnya dengan berkata, sabdanya bermaksud;

“Telah datang kepadamu bulan Ramadhan iaitu bulan yang penuh berkat, Allah mewajibkan puasa di bulan ini keatas kamu. Pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka manakala pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan dibelenggu. Di bulan ini terdapat satu malam yang baik daripada 1000 bulan, barang siapa yang tidak mendapatkan kebaikan di bulan ini nescaya tidak ada kebaikan baginya”(Hadith riwayat al-Imam Ahmad)

Bahagian yang ingin ditekankan ialah bahagian yang terakhir daripada hadith yang sahih ini iaitu,“sesiapa yang tidak mendapatkan kebaikan di bulan ini nescaya tidak ada kebaikan baginya.” ”(Hadith riwayat al-Imam Ahmad)

Persoalan yang timbul di sini ialah berkaitan dengan adakah disanaorang yang tidak mendapat rahmat daripada Allah Azza Wa Jalla. Di dalam bulan yang penuh keberkatan dan rahmat ini kita telah pun membaca, melihat dan mendengar begitu banyak hadith bahkan ayat-ayat al-Qur’an yang menunjukkan bulan Ramadhan adalah bulan rahmat dan bulan maghfirah (keampunan).

Bulan Ramadhan juga merupakan bulan yang Allah Azza Wa Jalla membebaskan dikalangan daripada kalangan hamba-hambanya daripada api neraka dan bagi Allah hamba-hamba yang dibebaskan daripada neraka dan itu berlaku setiap malam.Adasahaja setiap malam hamba-hamba Allah yang akan dibebaskan.

Hamba-hamba Allah ini adalah umum iaitu merangkumi manusia dan jin. Persoalannya ialah wujudkah orang yang tidak dibebaskan ataupun yang tidak diampun oleh Allah swt ataupun lebih focus lagi adalah wujudkah orang yang tidak mendapat kebaikan di dalam bulan yang mulia ini. Jawapannya cukup mudah seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah saw, maksudnya;

“sesiapa yang tidak mendapat kebaikan bulan ataupun malam ini, maka dia tidak ada kebaikan padanya’. ”(Hadith riwayat al-Imam Ahmad)

Daripada sini kita boleh melihat bagaimana manusia terbahagi kepada 2. Apabila Allah swt menunjukkan kepada kita 2 jalan, maka adalah yang akan mengambil jalan kanan iaitu jalan kebaikan, jalan ke syurga dan juga ada yang megambil satu jalan lagi, jalan keburukan iaitu jalan ke neraka. Dengan itu kita perlu memberi perhatian bahkan kita disini bukan untuk menghukum orang tetapi kita sepatutnya melihat diri kita sendiri.

Inilah yang disebutkan tazkirah (peringatan). Jadi kita berikan peringatan kepada diri kita dan pastikan diri kita dinilai oleh nas-nas al-Qur’an dan hadith Nabi saw. Dengan itu kitacubamemasukkan diri kita di dalam golongan yang diampunkan oleh Allah swt.

Di dalam satu hadith lain yang bermaksud, “Barang siapa yang mendekati bulan Ramadhan namun tidak memperoleh keampunan sehingga masuk ke neraka, maka semoga Allah menjauhkan dirinya.” 

Ini juga menunjukkan bagaimana satu musim yang cukup hebat ada ibadat yang khusus pada siangnya dan ada pula ibadat yang khusus pada malamnya. Jika masih lagi ada orang yang tidak mendapat kebaikan dan keampunan, maka orang itu merupakan orang yang cukup tercela dan miskin. Persoalannya kita tidak mahu kita yang menjadi seperti orang itu.

Jika benar, kita bersyukur kepada Allah swt terhadap nikmat yang Allah swt berikan kepada kita tetapi sekiranya sebaliknya maka disinilah masanya untuk kita menyebut ‘Inna Lillahi wa inna ilaihi raji’un’ kita adalah milik Allah dan kita akan kembali kepada Allah. Inilah masanya untuk kita bertaubat dan kembali kepada Allah swt. Pastikan setiap amalan kita itu menepati sunnah Nabi saw.

“Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

http://www.youtube.com/watch?v=ataaCTpmGc8

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: