Sunnah Ramadhan ; Solat Terawih

Dr. Fadlan Mohd Othman

Setelah melepasi bulan Sya’ban, tibalah masanya untuk seseorang muslim melaksanakan satu ibadah mulia yang merupakan salah satu daripada rukun-rukun Islam yang lima. Di dalam perbincangan mengenai tuntutan sunnah Rasulullah s.a.w. di dalam bulan mulia ini, penekanan akan dibuat berdasarkan ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith yang sahih sahaja serta kata-kata ulamak yang muktabar, seperti berikut:

1- Apabila melihat anak bulan Ramadhan bacakan:

اللَّهُمَّ أَهْلِلْهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَالْإِيمَانِ وَالسَّلَامَةِ وَالْإِسْلَامِ رَبِّي وَرَبُّكَ اللَّهُ

Maksudnya: Ya Allah, munculkanlah bulan sabit ini ke atas kami dengan keberkatan, keimanan, keselamatan dan Islam. Tuhanku dan tuhanmu adalah Allah.

(HR al-Tirmizi, Kitab al-Da‘awat (Doa-doa), Bab Ma Yaqul ‘Ind Ru’yat al-Hilal (Apa yang disebut semasa melihat anak bulan), No. 3373. Dihukum sahih oleh al-Albani dalam Sahih Sunan al-Tirmizi No. 3451.)

2- Dirikan Solat sunat al-Tarawih dengan penuh keimanan dan pengharapan pahala:

مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya: Siapa yang bangun Ramadhan dengan keimanan dan pengharapan akan diampunkan dosanya yang terdahulu.

(HR al-Bukhari, Kitab Solat al-Tarawih (Solat Tarawih), Bab Fadl Man Qam Ramadhan (Kelebihan orang yang bangun Ramadhan), No. 1870. Juga Muslim, Kitab Solat al-Musafirin Wa Qasriha (Solat pengembara-pengembara dan memendekkannya), Bab al-Targhib Fi Qiyam Ramadhan Wa Huwa al-Tarawih (Galakan bangun Ramadhan iaitu Tarawih), No. 1266.)

– Jumlah bilangan solat sunat al-Tarawih yang terbaik ialah 11 raka‘at mengikut bilangan solat Nabi s.a.w.:

عَنْ أَبِي سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَنَّهُ سَأَلَ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا كَيْفَ كَانَتْ صَلَاةُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي رَمَضَانَ فَقَالَتْ مَا كَانَ يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ وَلَا فِي غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلَا تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ ثُمَّ يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلَا تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ ثُمَّ يُصَلِّي ثَلَاثًا فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَتَنَامُ قَبْلَ أَنْ تُوتِرَ قَالَ يَا عَائِشَةُ إِنَّ عَيْنَيَّ تَنَامَانِ وَلَا يَنَامُ قَلْبِي

Maksudnya: Daripada Abu Salamah bin Abdul Rahman bahawa beliau telah bertanya Aisyah r.a. ‘Bagaimanakah solat Rasulullah s.a.w. dalam bulan Ramadhan?’ Beliau menjawab, ‘Baginda tidak pernah menambah dalam bulan Ramadhan dan bulan lain melebihi sebelas rakaat. Baginda solat empat rakaat, janaganlah engkau tanya kecantikannya dan panjangnya. Kemudian Baginda solat empat rakaat, janganlah engkau tanya kecantikannya dan panjangnya. Kemudian Baginda solat tiga rakaat.’ Aku bertanya, ‘Wahai Rasulullah, adakah engkau tidur sebelum berwitir?’ Jawab Baginda, “Wahai Aisyah, sesungguhnya mataku tidur tetapi hatiku tidak tidur.”

(HR al-Bukhari, Kitab Solat al-Tarawih (Solat Tarawih), Bab Fadl Man Qam Ramadhan (Kelebihan orang yang bangun Ramadhan), No. 1874. Juga Muslim, Kitab Solat al-Musafirin Wa Qasriha (Solat pengembara-pengembara dan memendekkannya), Bab Solat al-Lail Wa ‘Adad Raka‘at al-Nabi s.a.w. Fi al-Lail Wa Anna al-Witr Rak‘at Wa Anna al-Rak‘at Solah Sahihah (Solat malam dan bilangan rakaat Nabi s.a.w. di waktu malam, dan sesungguhnya witir itu satu rakaat, serta sesungguhnya satu rakaat itu solat yang sah). No. 1219.)

– Bilangan ini juga telah diarahkan oleh Umar r.a. semasa beliau melantik imam-imam untuk solat Tarawih di zamannya seperti yang diriwayatkan oleh Imam Malik dengan sanad yang sahih daripada alSaib bin Yazid katanya:

أَمَرَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ أُبَيَّ بْنَ كَعْبٍ وَتَمِيمًا الدَّارِيَّ أَنْ يَقُومَا لِلنَّاسِ بِإِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً …

Umar telah mengarahkan Ubai bin Ka’b dan Tamim alDari supaya mengimamkan orang ramai sebanyak 11 rakaat…

(HR Malik, Kitab alNida’ li alSolah, Bab Ma Ja’a fi Qiyam Ramadhan, No. 232)

Di sana ada juga riwayat yang mengatakan bahawa Umar mengumpulkan orang ramai berimamkan Ubai bin Ka’b dan mengarahkannya supaya solat 20 atau 21 rakaat. Akan tetapi riwayat itu adalah lemah dan tidak sabit, sepertimana diterangkan oleh al-Syaikh al-Albani rahimahullah.

(Sila lihat Solat al-Tarawih oleh Muhammad Nasiruddin al-Albani, al-Maktab al-Islami, Beirut, Cetakan ke2 1405h-1985, hlm. 55 dan 65.)

– Laksanakanlah solat sunat al-Tarawih bersama imam sehingga selesai:

إِنَّهُ مَنْ قَامَ مَعَ الْإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ كَتَبَ اللَّهُ لَهُ قِيَامَ لَيْلَةٍ

Maksudnya: Sesungguhnya siapa yang bangun bersama imam sehingga imam itu selesai, Allah menulis untuknya bangun satu malam.

(HR al-Nasa’i, Kitab Qiyam al-Lail Wa Tatawwu‘ al-Nahar (Bangun malam dan solat sunat siang), Bab Qiyam Shar Ramadhan (Bangun bulan Ramadhan), No. 1587. dihukum sahih oleh al-Albani dalam Sahih Sunan al-Nasa‘i No. 1604.)

Sekiranya berimamkan imam yang berpendapat bilangan solat Tarawih ialah 23 rakaat, adalah digalakkan supaya menyelesaikan solat bersama imam untuk mendapat ganjaran bangun seluruh malam. Pun begitu jika hendak berhenti setengah jalan, perlulah diingatkan bahawa solat Tarawih adalah sunat hukumnya. Dalam erti kata lain perkara ini adalah dibenarkan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: