Sunnah Ramadhan; meraih pahala berganda

Dr. Fadlan Mohd Othman

Mempergandakan amalan-amalan kebajikan di bulan ini:

إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ صُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ وَمَرَدَةُ الْجِنِّ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ فَلَمْ يُفْتَحْ مِنْهَا بَابٌ وَفُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ فَلَمْ يُغْلَقْ مِنْهَا بَابٌ وَيُنَادِي مُنَادٍ يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِرْ وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنْ النَّارِ وَذَلكَ كُلُّ لَيْلَةٍ

Maksudnya: Apabila masuknya malam pertama daripada bulan Ramadhan para syaitan dan pengganas jin akan dirantai, pintu-pintu neraka akan ditutup, tiada satu pun akan dibuka, pintu-pintu syurga dibuka, tiada satu pun akan ditutup. Akan ada seseorang yang akan melaungkan, ‘Wahai orang yang inginkan kebaikan, datanglah. Wahai orang yang inginkan kekejian, berhentilah. Allah mempunyai orang-orang yang dibebaskan daripada neraka pada setiap malam.

(HR al-Tirmizi, Kitab al-Saum, Bab Ma Ja’ Fi Fadl Shahr Ramadhan, No. 618. Dihukum Sahih oleh al-Albani dalam Sahih Sunan al-Tirmizi, No. 682.)

– Memperbanyakkan bacaan al-Quran al-Karim dan juga mendengar bacaan al-Quran al-Karim. Firman Allah Ta’ala

Maksudnya: (Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar Dengan Yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu. (al-Baqarah 2:185)

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa sebab pemilihan bulan Ramadhan sebagai bulan puasa ialah kerana al-Quran diturunkan dalam bulan ini. Jadi wajarlah dipertingkatkan bacaan al-Quran dan diperbanyakkan mendengar bacaan al-Quran serta tinggalkanlah lagu-lagu.

– Menyediakan makanan untuk orang berbuka puasa.

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ

Maksudnya: Siapa yang menyediakan makanan berbuka untuk orang puasa, dia akan dapat seperti pahalanya tanpa dikurangkan pahalanya sedikitpun.

(HR al-Tirmizi, Kitab al-Saum, Bab Ma Ja’ Fi Fadl Man Fattar Saima, No. 735. Dihukum sahih oleh al-Albani dalam Sahih Sunan al-Tirmizi, No. 807.)

– Membuat Umrah di bulan ini, pahalanya ibarat membuat haji:

فَإِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فَاعْتَمِرِي فَإِنَّ عُمْرَةً فِيهِ تَعْدِلُ حَجَّةً

Maksudnya: Sekiranya datang Ramadhan hendaklah kamu berumrah kerana sesungguhnya umrah dalam Ramadhan menyaingi haji.

(HR Muslim, Kitab al-Haj, Bab Fadl al-‘Umrah Fi Ramadhan, No. 2201)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: