Sunnah Ramadhan; Niat berpuasa

3- Pastikan berniat untuk melaksanakan puasa Ramadhan pada waktu malam:

مَنْ لَمْ يُبَيِّتْ الصِّيَامَ قَبْلَ الْفَجْرِ فَلَا صِيَامَ لَهُ

Maksudnya: Siapa yang tidak meniatkan puasa pada waktu malam sebelum fajar, maka tiada puasa baginya.

(HR al-Nasa’i, Kitab al-Siyam (Puasa), Bab Zikr Ikhtilaf al-Naqilin Li Khabar Hafsah Fi Zalik (al-Niyyah Fi al-Siyam) (Penerangan tentang perbezaan para periwayat hadith Hafsah berkenaan perkara ini (niat dalam puasa)), No. 2292. Dihukum sahih oleh al-Albani dalam Sahih Sunan al-Nasa’i No. 2330.)

– Niat tempatnya dalam hati iaitu dengan berdetiknya dalam hati bahawa seseorang itu ingin melakukan sesuatu amalan. Al-Imam al-Nawawi telah berkata:

“Dan niat itu ialah tujuan (al-Qasd). Justeru orang yang sembahyang menghadirkan dalam fikirannya zat solat dan apa-apa yang wajib daripada sifat-sifat solat seperti zuhur, fardhu dan sebagainya. Kemudian dia menuju kenyataan-kenyataan ini dengan tujuan yang seiringan dengan takbir yang pertama. Tidak disyaratkan mengiringkan niat selepas takbir. Akan tetapi disyaratkan tidak mendatangkan perkara yang membatalkannya. Jika dia berniat di pertengahan solat untuk keluar darinya, batal solatnya.”

(lihat al-Nawawi, Yahya bin Syaraf, Raudah al-Talibin, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 1421H-2000, hlm. 332.)

– Al-Imam al-Suyuti juga telah berkata:

“Daripada bid‘ah (yang sayyiah) itu adalah was-was dalam niat solat. Itu bukan daripada perbuatan Nabi s.a.w. dan para sahabat Baginda. Mereka tidak pernah melafazkan sedikit pun niat solat melainkan (terus) takbir. ”

(lihat : al-Suyuti, al-Amr bi al-Ittiba‘ Wa al-Nahy ‘an al-Ibtida‘, hlm. 100.)

1 comment
  1. Bintu Abi said:

    Ustaz, bagaimana pula dengan hukum niat puasa selama sebulan terus..?
    Jazaakallahu khairan..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: