Sunnah Ramadhan; Iktikaf & menghidupkan 10 malam terakhir

Dr Fadlan Mohd Othman

Apabila sampainya sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan, tingkatkan kegigihan beribadat, pastikan malam al-Qadr tidak terlepas:

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ وَأَحْيَا لَيْلَهُ وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ

Maksudnya: Daripada ‘Aisyah r.a. katanya ‘Kebiasaannya dahulu Nabi s.a.w. apabila masuk sepuluh hari terakhir Ramadhan, Baginda akan bersungguh-sungguh, menghidupkan malamnya dan mengejutkan keluarganya.’

(HR al-Bukhari, Kitab Solat al-Tarawih, Bab al-‘Amal Fi al-‘Ashr al-Awakhir Min Ramadhan, No. 1884.)

Sekiranya berkesempatan beri‘tikaflah di salah satu dari 3 masjid iaitu al-Masjid al-Haram, al-Masjid al-Nabawi dan al-Masjid al-Aqsa (menurut satu pendapat):

لا اعتكاف إلا في المساجد الثلاثة

Maksudnya: Tiada iktikaf kecuali di tiga masjid sahaja.

(HR al-Isma‘ili (al-Mu‘jam) dan al-Baihaqi (al-Sunan) seperti dinyatakan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, No. 2786. Dihukum Sahih oleh al-Albani.)

Pendapat kedua pula ialah Masjid Jami‘. Bagi mereka yang mengambil pendapat pertama, masih boleh juga turut serta beribadat dengan mereka yang beri‘tikaf di masjid-masjid Jami‘:

الْمَلَائِكَةُ تُصَلِّي عَلَى أَحَدِكُمْ مَا دَامَ فِي مُصَلَّاهُ مَا لَمْ يُحْدِثْ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ لَا يَزَالُ أَحَدُكُمْ فِي صَلَاةٍ مَا دَامَتْ الصَّلَاةُ تَحْبِسُهُ لَا يَمْنَعُهُ أَنْ يَنْقَلِبَ إِلَى أَهْلِهِ إِلَّا الصَّلَاةُ

Maksudnya: Para malaikat berdoa ke atas seseorang dari kamu selagimana dia berada di dalam tempat solatnya selagimana dia tidak batal wudhuk ‘Ya Allah ampunkanlah dia, Ya Allah rahmatilah dia.’ Seorang daripada kamu dikira berada dalam solatnya selagimana solat itu menghalangnya, tiada yang melarangnya balik kepada keluarganya kecuali solat.

(HR al-Bukhari, Kitab al-Azan, Bab Man Jalas Fi al-Masjid Yantazir al-Solat Wa Fadl al-Masajid, No. 619. Juga Muslim, Kitab al-Masajid Wa Mawadi‘ al-Solat, Bab Fadl Solat al-Jama‘ah Wa Intizar al-Solat, No. 1060.)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: