Iktikaf di masjid pada 10 malam terakhir Ramadan

Dr. Fadlan Mohd Othman

Satu perkara lagi yang amat penting iaitu perkara yang mungkin juga telah disebutkan oleh sebahagian ustaz di sini berkenaan dengan iktikaf. Cuma saya rasa ingin menambah sedikit berkenaan dengan iktikaf secara umunya kita dapati terdapat ayat al-Qur’an dan hadith Nabi yang menceritakan alangkah baiknya sesorang itu dapat melaksanakan iktikaf di akhir bulan Ramadhan iaitu 10 malam bersama hari-harinya yang terakhir di dalam bulan Ramadhan. Itulah juga merupakan sunnah Nabi saw dimana Nabi saw melaksanakan iktikaf dan selepas baginda wafat kita dapati, isteri-isteri Rasulullah saw ramereka telah melaksanakan iktikaf selepas Nabi wafat.

Al-iktikaf merupakan sunnah Nabi saw dan disambung oleh para sahabat dan antara lain isteri-isteri Rasulullah saw ra. Apa yang mereka cari di dalam iktikaf ialah bukannya berjumpa dengan sahabat handai atau bersantai-santai bersama kawan-kawan di masjid. Mungkin kita pernah masuk mana-mana iktikaf di Malaysia, tetapi jika kita masuk iktikaf di al-Majidil Haram kita akan dapati di sana cukup ramai manusia yang datang dari seluruh Negara. Kita akan dapati kebanyakan mereka akan bersembang apabila ada masa terluang. Mereka lebih banyak berbual daripada membaca al-Qur’an. Itulah sebenarnya realiti.

Jadi maksud iktikaf ialah kita memberhentikan diri dari sebarang aktiviti kita untuk mendekatkan diri kita kepada Allah swt. Tempat yang sesuai untuk beriktikaf ialah masjid

Antara Masjid Haram, Masjid Nabi, Masjid al-Aqsa dan masjid lain?

Di sini mempunyai sedikit khilaf antara ulama. Jumhur ulama menyatakan iktikaf boleh dilakukan dimana-mana masjid yang adanya solat lima waktu dan ada sebahagian ulama pula menyatakan iktikaf itu boleh dilakukan hanya di tiga masjid iaitu Masjid Haram, Masjid Nabi dan Masjid al-Aqsa. Kita akan dapati umat Islam akan memilih salah satu daripada dua pandangan ini. Ada yang beriktikaf di masjid-masjid besar di Malaysia. Manakala sebahagian lagi akan mengambil pandangan yang kedua iaitu hanya boleh beriktikaf di masjid yang tiga seperti yang terdapat di dalam hadith yang sahih daripada Huzaifah Ibn Yaman.

Persoalan yang ingin saya timbulkan disini ialah sekiranya kita mengambil pandangan yang ke-2 iaitu padangan yang menyatakan iktikaf boleh dilakukan hanya di 3 masjid sahaja. Apakah yang boleh kita lakukan di 10 malam terakhir? Saya ingin mengembangkan lagi soalan itu dengan menyatakan apakah yang boleh dibuat oleh Muslim yang perlu bekerja dan tidak boleh mengambil cuti untuk beriktikaf?

Pertama sekiranya kita tidak mampu untuk beriktikaf ataupun sekiranya kita mengambil pandangan yang menyatakan iktikaf hanya boleh di lakukan dalam salah satu daripada 3 masjid iaitu masjid haram, masjid Nabi dan masjid al-Aqsa. Lalu kita tidak beriktikaf walaupun kita mempunyai kelapangan. Apa yang boleh kita lakukan ialah seperti yang terdapat di dalam hadith Nabi saw sabdanya:

“Para malaikat akan berdoa untuk salah seorang daripada kamu selagimana dia berada di dalam tempat solatnya yang dia telah solat disitu, selagimana wuduknya tidak batal para malaikat akan berkata, ‘Ya Allah ampunkanlah untuknya, Ya Allah rahmatilah hambamu ini’ ”

(Hadisth riwayat Bukahri dan Muslim)

Daripada hadith ini bagi mereka yang tidak boleh beriktikaf, mereka tetap boleh datang untuk membuat ibadat di dalam masjid. Contohnya dia pergi ke masjid dan solat. Selepas solat Isyak dia duduk sehinggalah subuh ataupun sekadar yang dia mampu lakukan. Tetapi yang terbaik sehingga subuh beserta kiamulai dan bersahur. Maka orang itu masih boleh mendapat pahala ini iaitu pahala malaikat berdoa untuk Allah swt ampunkan dia dan berdoa agar Allah swt merahmatinya.

Begitu juga bagi orang yang menyatakan iktikaf hanya pada 3 masjid tadi, tidak bermaksud dia tidak boleh pergi ke masjid tempat orang lain beriktikaf yang mengambil pandangan pertama tadi. Jadi dia seolah-olah mengasingkan dirinya bahawa 10 malam terakhir di Malaysia hanya boleh dilakukan iktikaf oleh mereka yang mengambil pandangan pertama sahaja. Saya mengambil pandangan yang kedua kerana saya merasa itu pandangan yang lebih kuat, maka saya tidak boleh masuk ke dalam masjid pada waktu malam. Ini adalah satu pandangan yang tidak benar kerana kita boleh sahaja pergi masuk dan membaca al-Qur’an dan membuat amalan-amalan yang baik di dalam masjid malah kita boleh sahaja tunggu di sana untuk mendapatkan doa para malaikat yang alan mendoakan keampunan dan rahmat agar Allah swt mengurniakan kedua perkara itu kepada kita.

Apa yang saya ingin tekankan di sini ialah kita tidak perlu berselisih pendapat ataupun bertelingkah tentang boleh ataupun tidak boleh beriktikaf di Malaysia. Jika ianya sebagai perbincangan, tiada masalah boleh sahaja kita menyatakan pandangan saya boleh beriktikaf di mana-mana berdasarkan firman Allah swt,

“Sedangkan kamu semua beriktikaf di dalam masjid-masjid”

Di sini Allah tidak mengkhususkan kepada 3 masjid jadi pada pandangan saya tiada masalah untuk beriktikaf di mana-mana masjid pun sekiranya dibenarkan oleh pihak pengurusan masjid. Tetapi tidak perlulah sehingga hendak bergaduh dengan pandangan satu lagi kerana bulan puasa sebenarnya mengajar kita untuk bersatu padu. Puasa ialah hari yang kamu semua berpuasa. Apabila datang bulan puasa kita berpuasa bersama-sama dan hari raya aidilfitri adalah hari raya dimana kamu semua menyambutnya bersama. Ianya tidak boleh dilakukan seorang diri. Ini telah pun menunjukkan bagaimana kita sepatutnya pergi ke arah perpaduan dan bukannya pergi ke arah pertelingkahan. Perbincangan yang ringkas tiada masalah tetapi selepas itu kita tetaplah bersaudara.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: