Iktikaf dan amalan lain yang besar pahala dalam Ramadan

Satu perkara lagi yang mungkin boleh diberi perhatian ialah berkenaan dengan pahala yang besar yang boleh kita ambil dengan menjaga hati ataupun jantung kita dimana kita boleh melihat pada satu hadith Nabi saw sabdanya:

“Sesungguhnya dunia itu adalah untuk 4 orang manusia iaitu seorang hamba Allah yang direzekikan kepadanya dan diberikan kepadanya oleh Allah harta dan juga ilmu, maka dia bertakwa kepada Allah di dalam hartanya dan dia merapatkan hubungan kekeluarganya dengan hartanya itu. Dia juga mengetahui hak Allah di dalam hartanya itu, maka orang ini berada di peringkat yang paling tinggi”

Yang kedua,

“orang yang mempunyai ilmu tetapi tidak ada harta, maka dia mempunyai niat yang jujur dan dia berkata,’jika aku ada harta aku akan beramal seperti amalan fulan yang pertama tadi, maka dia dengan niatnya sahaja pahala mereka berdua adalah sama”

Yang ketiga,

“Seorang hamba yang diberikan harta dan tidak diberikan ilmu,dia tonggang terbalik di dalam hartanya itu tanpa ilmu serta tidak bertakwa kepada Allah dengan hartanya itu, dia juga tidak menggunakan harta untuk merapat hubungan kekeluargaan dan dia tidak tahu pula hak Allah di dalam hartanya itu, maka dia berada pada tahap yang paling keji sekali”

Yang keempat,

“Seorang hamba yang tidak mempunyai ilmu dan harta, dia berkata, ‘jika saya ada harta saya akan lakukan sepertimana yang dibuat oleh orang yang ketiga, maka dia dengan niatnya sahaja telah menyerupai orang yang ketiga itu”

(Hadith riwayat al-Tarmizi)

Rumusan daripada hadith ini ialah manusia mempunyai 4 jenis pertama ialah yang mempunyai ilmu dan harta. Dia mengatahui hak Allah di dalam hartanya itu dan dia melaksanakan tuntutan Allah. Orang ini berada pada peringkat yang paling tinggi sekali. Yang kedua ialah orang yang dengan niatnya sahaja iaitu niat yang baik dia telah mendapat pahala sama seperti orang yang pertama. Yang ketiga adalah orang yang paling keji sekali iaitu tidak mempunyai ilmu tetapi mempunyai harta. Hartanya diinfakkan kedalam maksiat. Dia merupakan berapa di peringkat yang paling rendah sekali dan yang keempat ialah orang yang tidak mempunyai harta dan ilmu yang ada hanyalah niat yang tidak baik. Dia menyatakan jika dia mempunyai duit dia akan melakukan sepertimana yang dilakukan oleh orang yang ketiga tadi. Maka dosa mereka berdua sama sahaja.

Kaitan perkara ini dengan 10 malam terakhir yang kita akan lalui insyaallah sekiranya ada kehidupan yang diberikan oleh Allah swt adalah saya yakin sebahagian besar daripada masyarakat sekarang tidak boleh mengambil cuti 10 hari berturut-turut. Jika di Universiti juga mungkin susah untuk mengambil cuti seperti itu apatah lagi di IJN. Maksudnya di tempat-tempat yang memerlukan penjagaan nyawa ini saya rasa lebih susah untuk mendapat cuti. Jadi apa yang boleh kita lakukan ialah memastikan hati kita adalah hati yang menginginkan kebaikan contohnya ‘saya tidak boleh beriktikaf tetapi jika ada kesempatan saya akan beriktikaf’, ‘saya tidak boleh membaca al-Qur’an begitu banyak kerana banyak tugas yang diberikan’. Sebenarnya tugas itu merupakan satu ibadah tetapi ibadah yang lebih khusus di dalam bulan ramadhan adalah membaca al-Qur’an.

Sebagaimana contoh bekerja adalah ibadah ianya tidak dinafikan tetapi membaca al-Qur’an adalah ibadah yang lebih khusus. Bekerja mendapat pahala tetapi membaca al-Qur’an pada bulan ramadha pahalanya lebih besar. Jika kita tidak boleh lakukan kerana adanya ibadah yang perlu kita laksanakan iaitu bekerja, maka kita boleh sahaja pasangkan niat bahawa jika saya diberikan kelonggaran, saya akan beriktikaf di masjid, jika saya diberi kelonggaran saya akan membaca banyak al-Qur’an Nur Karim, jika saya diberikan harta yang banyak saya akan menyumbang untuk iftar dan. Itu perlu ada pada setiap seorang daripada kita.

Dengan niat yang baik ini insyaallah kita tidak akan ketandusan pahala khususnya di dalam bulan yang mulia ini. Pahala akan berterusan dan berterusan. Tetapi itu bukan sebanarnya menjadi matlamat kita. Jika kita perhatikan para ulama di kalangan As-Salafus Soleh antaranya Ali  dan sahabat yang lain telah menyatakan bahawa mereka lebih melihat kepada kualiti dan bukannya melihat kepada kuantiti pahala contohnya jika mereka dapat memastikan ada satu pahala yang pasti Allah akan berikan kepada mereka, maka mereka akan bersyukur dengan kesyukuran yang begitu banyak.

Berbeza dengan kita yang mungkin tidak melihat tentang perkara itu tetapi kita hanya melihat kepada banyaknya amalan yang kita telah lakukan sehinggakan mungkin pada akhirnya kita merasakan cukuplah amalan yang kita telah lakukan pada bulan ramadhan ini, jadi selepas bulan ramadhan ini bolehlah kita berlapang dada dengan maksiat-maksiat yang akan muncul nanti.

Hadith yang terakhir yang ingin saya sampaikan ialah satu hadith yang tidak kurang pentingnya dimana Nabi saw telah bersabda, mafhunnya:

“Perbuatanku berjalan bersama saudaraku yang Muslim untuk menunaikan hajatnya lebih aku suka daripada beriktikaf di dalam satu masjid selama 1 bulan”

(Hadith Ibn Abi Dunya)

Hadith ini jelas menunjukkan kepada kita jika kita tidak mampu untuk beriktikaf maka buatlah satu perkara yang boleh mendapat pahala iktikaf iaitu membantu saudara kita yang Muslim. Jadi jika kita terpaksa membuat treatment (merawat) pesakit, maka ketahuilah apa yang kita kerjakan itu adalah untuk keperlu saudara kita yang Muslim. Kita melakukan perkara itu dengan keikhlasan yang ada pada diri kita insyaallah Allah akan berikan pahala yang lebih baik daripada beriktikaf 1 bulan di dalam 1 masjid. Setiap kali kita membuat amalan yang baik seperti menunaikan hajat saudara kita, maka firkirkan hadith ini dengan itu hati kita akan menjadi tenang.

Jangan kita menyatakan, ‘ustaz mendapat cuti 5 hari dan boleh beriktikaf tetapi saya tidak mendapat cuti dan merasa tertekan. Sebenarnya masa itulah masanya untuk kita melihat kepada hadith-hadith begini yang akan menaikkan lagi motivasi yang ada di dalam diri kita sebagai seorang Muslim.

Semoga apa yang disebutkan dapat memberi sedikit semangat kepada kita untuk mengharugi hari ini hari yang ke-16 dan untuk sampai kepada hari yang ke-21 nanti insyaallah dimana akan bermulanya iktikaf dan akan menjadi lebih hebat lagi pesta ibadah kita. Fahamilah ibadah itu dengan kefahaman yang lebih global ataupun lebih luas. Jangan hanya melihat iktikaf sebagai iktikaf tetapi ambillah roh daripada iktikaf itu iaitu merapat hubungan kita dengan Allah swt ibarat orang yang mempunyai telefon yang sentisa on. Begitulah yang kita inginkan agar hati kita sentiasa on line iaitu sentiasa berpaut dengan Allah swt. Jika boleh dengan beriktikah maka ya dengan beriktikaf. Tetapi jika tidak boleh dengan beriktikaf maka masa-masa yang kita luangkan pada waktu malam atau sebahagian waktu siang di masjid untuk mendapatkan pahala-pahala yang Allah janjikan kepada kita.

Semoga dengan amalan yang kita laksanakan iaitu ibadah bekerja mencari rezeki itu juga, Allah swt akan memberikan pahala kepada kita lebih banyak daripada pahala orang yang beriktikaf. Itu semua adalah bergantung kepada keikhlasan niat kita seperti yang terdapat di dalam 1 hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari bahawa Nabi saw menyatakan ada suatu kumpulan di Madinah mendapat pahala seperti kamu yang keluar berperang walaupun mereka hanya duduk di Kota Madinah. Para sahabat bertanya, ‘wahai ya Rasulullah bagaimana boleh berlaku begitu, mereka duduk di Madinah masakan mereka mendapat pahala seperti kita?’ Rasulullah saw menjawab, ‘Mereka berada di Madinah dan mendapat pahala yang sama kerana ada sesuatu yang melarang mereka daripada keluar sedangkan mereka hendak keluar’.

Jadi ini yang kita hendak nyatakan bahawa ikhlas perlu ada pada setiap seorang daripada kita dan pasangkanlah niat kearah kebaikan, tinggalkanlah apa saja bentuk keburukan .

“Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

http://www.youtube.com/watch?v=ataaCTpmGc8

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: