Sunnah Ramadhan; zakat fitrah

Dr. Fadlan Mohd Othman

Apabila sampai dua atau tiga hari sebelum berakhirnya Ramadhan, bersedialah untuk mengeluarkan zakat fitrah seperti berikut:

– Hukumnya fardhu:

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ عَلَى الْعَبْدِ وَالْحُرِّ وَالذَّكَرِ وَالْأُنْثَى وَالصَّغِيرِ وَالْكَبِيرِ مِنْ الْمُسْلِمِينَ وَأَمَرَ بِهَا أَنْ تُؤَدَّى قَبْلَ خُرُوجِ النَّاسِ إِلَى الصَّلَاةِ

Maksudnya: Daripada Ibnu Umar r.a. katanya Rasulullah s.a.w. telah memfardhukan zakat fitrah segantang kurma atau segantang gandum ke atas hamba, merdeka, lelaki, wanita, kecil dan dewasa dari kalangan orang-orang Islam. Baginda juga memerintahkan supaya zakat ini dikeluarkan sebelum orang ramai keluar untuk solat.

(HR al-Bukhari, Kitab al-Zakat, Bab Fard Sadaqah al-Fitr, No. 1407.)

– Bentuk zakat fitrah:

عَنْ عِيَاضِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ سَعْدِ بْنِ أَبِي سَرْحٍ الْعَامِرِيِّ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا سَعِيدٍ الْخُدْرِيَّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ كُنَّا نُخْرِجُ زَكَاةَ الْفِطْرِ صَاعًا مِنْ طَعَامٍ أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ أَوْ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ أَوْ صَاعًا مِنْ أَقِطٍ أَوْ صَاعًا مِنْ زَبِيبٍ

Maksudnya: Daripada ‘Iyad bin Abdullah bin Sa‘d bin Abi Sarh al-‘Amiri bahawa dia mendengar Abu Sa‘id al-Khudri r.a. berkata (Dahulu kami sering mengeluarkan zakat fitrah sebanyak segantang makanan atau segantang gandum atau segantang kurma atau segantang susu ‘kering’ atau segantang kismis.)

(HR al-Bukhari, Kitab al-Zakat, Bab Sadaqah al-Fitr Sa‘ Min Ta‘am, No. 1410.)

– Masa keluarkan zakat fitrah:

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ عَلَى الْعَبْدِ وَالْحُرِّ وَالذَّكَرِ وَالْأُنْثَى وَالصَّغِيرِ وَالْكَبِيرِ مِنْ الْمُسْلِمِينَ وَأَمَرَ بِهَا أَنْ تُؤَدَّى قَبْلَ خُرُوجِ النَّاسِ إِلَى الصَّلَاةِ

Maksudnya: Daripada Ibnu Umar r.a. katanya Rasulullah s.a.w. telah memfardhukan zakat fitrah segantang kurma atau segantang gandum ke atas hamba, merdeka, lelaki, wanita, kecil dan dewasa dari kalangan orang-orang Islam. Baginda juga memerintahkan supaya zakat ini dikeluarkan sebelum orang ramai keluar untuk solat.

(HR al-Bukhari, Kitab al-Zakat, Bab Fard Sadaqah al-Fitr, No. 1407.)

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ طُهْرَةً لِلصَّائِمِ مِنْ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ وَطُعْمَةً لِلْمَسَاكِينِ مَنْ أَدَّاهَا قَبْلَ الصَّلَاةِ فَهِيَ زَكَاةٌ مَقْبُولَةٌ وَمَنْ أَدَّاهَا بَعْدَ الصَّلَاةِ فَهِيَ صَدَقَةٌ مِنْ الصَّدَقَاتِ

Maksudnya: Daripada Ibnu ‘Abbas katanya Rasulullah telah memfardhukan zakat fitrah sebagai penyuci bagi orang yang berpuasa daripada kata-kata kosong dan kata-kata lucah, di samping menjadi makanan kepada orang-orang miskin. Siapa yang menunaikannya sebelum solat, ia adalah zakat yang diterima. Siapa yang menunaikannya selepas solat, ia adalah sedekah seperti mana-mana sedekah.

(HR Abu Daud, Kitab al-Zakat, Bab Zakat al-Fitr, No. 1371. Juga Ibnu Majah, Kitab al-Zakat, Bab Sadaqah al-Fitr, No. 1817. Dihukum sahih oleh al-Albani dalam Sahih Abi Daud No. 1427 dan Sahih Ibnu Majah No. 1492.)

Kepada siapa diberikan zakat fitrah:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: