Seputar Kekeliruan Aqiqah

Ustaz Dr. Fadlan Mohd Othman

عن الغلام شاتان مكافئتان، وعن الجارية شاةٌ
“Bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sekufu dan bagi anak perempuan seekor kambing”. (Riwayat Abu Daud)

Berkenaan dengan aqiqah hadith ini mempunyai 2 untuk lelaki tetapi untuk wanita hanya 1 kambing sahaja. Untuk lelaki ada riwayat menyatakan mereka aqiqah menggunakan 2 ekor kambing dan ada riwayat menyatakan 1 ekor kambing. Kedua-dua riwayat ini adalah sahih, jadi para ulama kita menyatakan terbaiknya 2 ekor kambing tetapi jika tidak mampu barulah 1 ekor kambing.

Aqiqah ini kita dapati beberapa hadith yang bertaraf hasan menunjukkan Nabi saw pun mengaqiqahkan untuk dirinya selepas dia menjadi Nabi. Maka tempoh masanya tidaklah terhad  kepada hari yang ke-7, 14 ataupun 21, tetapi boleh sahaja bila-bila masa apabila kita tahu kita pun tidak di aqiqahkan oleh ibu bapa kita, maka kita sendiri boleh aqiqahkan untuk diri kita.

Setidaknya ada tiga hadis menjelaskan bahwa Rasul mengaqiqahi dirinya sendiri, Syaikh Al-Albani memasukkan hadis ini dalam silsilah ahadits ash-shohihah, namun para ulama ahli hadis lainnya tetap memasukkannya dalam kategori hadis yang lemah karena beberapa perawinya didaifkan.

Maka al-hafidz ibnu hajar mengatakan “andaipun berita (hadits) ini shohih, maka ini masuk dalam kekhususan Rasulullah SAW” (fathul bari 9/595)

Namun seandainya tetap ingin mengaqiqahi atas dirinya sendiri, semoga Allah menerimanya sebagai kebaikan karena Al-Hasan Al-Bashri mengatakan

قال الحسن البصري :إذا لم يعق عنك فعُقَّ عن نفسك وإن كنتَ رجلاً

“jika kalian belum diaqiqahi, maka aqiqahilah diri kalian. Jika kalian adalah laki-laki”

Cuma banyak masalah yang timbul sekarang ini kerana ramai orang akan bertanya tentang bolehkan aqiqah dibuat dengan satu bahagian lembu ataupun satu bahagian unta.

 

Jawapannya tidak boleh kerana aqiqah ialah yang diperhatikan daripada aqiqah adalah darah sembelihan dan diperhatikan daripada korban adalah daging. Kemudian korban adalah satu ibadat lain dan aqiqah adalah satu ibadat lain. Tidak ada hadith yang menyatakan boleh aqiqah dengan seekor lembu, unta, zirafah atau sebagainya. Aqiqah hanya boleh dilakukan dengan kambing sahaja. Dizaman Aisyah ra ada orang yang aqiqahkan unta. Tetapi Aisyah menyatakan sunnah Nabi saw adalah kambing. Jadi adakah sunnah kita lebih bagus daripada sunnah Nabi? Sudah pastilah sunnah Nabi lebih bagus daripada sunnah kita.

Jika diikutkan amalan Rasulullah saw Nabi aqiqahkan pada hari yang ke-7. Jadi kita lakukan pada hari yang ke-7 selepas itu dan tiada had.

Rakaman oleh Abu Aqif Studio

“Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

 

1 comment
  1. Mohd Rais bin Samat said:

    Salam.
    Ustaz, ada yang menyatakan hari yang paling afdal untuk aqiqah ialah jari ke-7, manakala yang ke-14 dan ke-21 tidak berapa kuat dalilnya. Manakala hari selepas itu tidak lagi disunnahkan. Kenyataan dari ustaz tiada had. Mohon sedikit pencerahan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: