Istilah dalam ilmu jarah wa ta’dil

Istilah jarah wa ta’dil

Ust. Dr. Fadlan Mohd Othman

Jadi banyak perkataan jarah ta’dil iaitu kritikan dan juga sokongan. Kadang-kadang kita dengar satu perkataan itu, kita ingat maksudnya ta’dil tetapi sebenarnya adalah jarah. Kita nampak seperti dia menyokong tetapi sebenarnya dia mengkritik. Contoh yang saya ingat ‘fulanul bayna yadai adail’ yang bermaksud fulan berada di hadapan keadilan. Kadang-kadang kita faham fulan berada dihadapan keadilan tetapi itu bukan maksudnya.

Sebenarnya ada satu kisah di mana seorang lelaki yang bertugas menjatuhkan hukuman. Maksudnya apabila menerima hukuman sampai kepadanya ertinya akan dihukum bunuh ataupun hukum pancung. Nama lelaki ini adalah ‘Adil. Di dalam pepatah Arab jika disebutkan ada satu zaman khalifah yang mana saya tidak pasti yang pentingnya lelaki itu bernama ‘Adil dan kerjanya jika dia hukum ertinya pancung.

Jadi apabila periwayat ini periwayat yang tidak boleh digunakan, perlu sebut dengan cara yang baik sedikit seperti si A berada dihadapan ‘Adil. Maksudnya ia tidak boleh digunakan di dalam hadith. Tetapi orang yang tidak mengatehui pepatah ini dia akan ingat orang itu adalah orang yang adil dan ertinya hadithnya adalah yang sahih. Jadi kita perlu berikan sedikit perhatian terhadap perkara ini.

Sebagai contoh di sini Darul Qutni mengeluarkan dan meriwayatkan hadith ini serta menyatakan ianya adalah hadith yang layin iaitu hadith yang lembut. Lembut yang bermaksdu dekat kepada dhaif iaitu lemah.

Imam al-Syafie atau al- Imam al-Bukhari menggunakan lafaz yang lunak di dalam mengkritik orang. Jika orang bertanya kepadanya seperti ‘fulan bagaimana?’ maka dia akan menjawap ‘mereka tidak berkata apa-apa’. Ulama tidak berkata apa-apa tentang fulan maksudnya di sini dhaif. ‘Sakatulanhu’ di sisi Imam al-Bukhari adalah dhaif tetapi mungkin di sisi ulama lain ‘sakatulanhu’ bukanlah dhaif tetapi dia hanya masih boleh lagi diguna mungkin sampai ketahap majmul tetapi masih boleh lagi digunakan syawahid dan mutabaah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: