Nyanyian dan alat muzik

Dr. Fadlan Mohd Othman

Soalan: Apakah hukum bermain alat muzik dan menyanyi? Wujudkah muzik yang dibenarkan dalam Islam? Apa hukum membuka radio dalam kereta?

Jawapan:

Bismillah,

Hukum bermain alat muzik telah dinyatakan dalam hadis Sahih Bukhari,

Dari Abu Malik Al-Asy’ari radhiallahu anhu bahawa dia mendengar Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda:

لَيَكُوْنَنَّ مِنْ أُمَّتِي أَقْوامٌ يَسْتَحِلُّوْنَ الْحِرَ وَالْحَرِيْرَ وَالْخَمْرَ وَالْمَعازِفَ

“Kelak akan ada sekelompok kaum dari umatku yang akan menghalalkan zina, kain sutera (bagi lelaki), khamar dan alat-alat muzik.” (Hadith Bukhari no: 5590)

Al-ma’azif yang disebutkan dalam hadis adalah alat muzik dan hadith tersebut seterusnya menyatakan bahawa Allah akan menurunkan azab kepada mereka.

Hadith ini adalah hadith yang sahih. Sebahagian ulama mengatakan hadith itu tidak sahih ataupun hadis mu’allaq. Walaubagaimanapun, para ulama dalam bidang hadis mengatakan hadith muallaq dalam Sahih al-Bukhari sekiranya di depannya datang dalam bentuk yang jazm (pasti) seperti diawali dengan perkataan ‘qaala’, maka hadith itu adalah sahih. Dan perkara ini telah dipastikan oleh Imam Ibnu Hajar Asqalani bahawasanya hadith itu adalah hadis yang sahih, bukan hadis yang dhaif.

Cukuplah hadis itu sebagai jawapan kepada persoalan ini; hukum bermain alat muzik adalah haram jika mengikut hadis tersebut, kerana Nabi menyatakan “akan ada yang menghalalkan”. Ini bererti hukum asalnya adalah haram, tetapi akan ada yang menghalalkan dan mereka ini akan dikenakan azab.

Antara perkara yang menunjukkan sesuatu perkara itu adalah haram ialah adanya azab.

Hukum membuka radio di dalam kereta dibenarkan jika untuk mendengar berita, ceramah dan seumpamanya. Tetapi kalau bertujuan untuk mendengar muzik maka ia tidak dibolehkan. Sebenarnya Islam tidak membezakan antara muzik yang disebut orang sebagai “muzik Islam” atau “muzik tidak Islam”. Kedua-duanya adalah sama.

Hukum menyanyi

Menyanyi tanpa muzik seperti yang berlaku pada zaman Nabi SAW,

كان للنبي حاد يقال له أنجشة وكان حسن الصوت فقال له النبي رويدك يا أنجشة لا تكسر القوارير قال قتادة يعني ضعفة النساء

Nabi mempunyai seorang Had, Anjasyah. Beliau mempunyai suara yang merdu. (Pada satu perjalanan baginda) Nabi sallallahu alaihi wassallam berkata kepadanya: ‘Perlahankan, Anjasyah, supaya kamu tidak memecahkan botol-botol kaca. Qatadah menjelaskan bahawa Nabi  telah merujuk kepada wanita. (Bukhari, No: 5857)

Anjasyah pada waktu malam kebiasaannya membaca puisi-puisi. Puisi arab ada yang panjang dan ada yang pendek. Apabila membaca puisi yang pendek, biasanya unta akan berjalan dengan semangat dan laju. Namun yang pasti Anjasyah membaca puisi tanpa iringan alat muzik. Apabila unta berjalan dengan laju, maka Nabi SAW pun berkata kepada Anjasyah agar memperlahankan suaranya kerana kebiasaannya di belakang unta diletakkan haudasy (tempat yang dinaiki dan diduduki para wanita) jadi apabila unta berjalan laju, hal ini akan menyebabkan para wanita di atas haudasy itu tidak selesa.

Apa yang hendak saya nyatakan adalah boleh untuk kita membaca puisi jika tidak diiringi dengan alat muzik, antaranya ketika di dalam pengembaraan, peperangan, perkahwinan dan dibenarkan menyanyi dalam perayaan bagi anak perempuan yang masih kecil dengan syarat-syarat tertentu.

Dalam hadis Nabi pernah bertanya kepada Aisyah dalam sebuah majlis perkahwinan, tidak adakah puisi yang disebutkan kepada golongan Anshar kerana golongan Anshar suka kepada keriangan. Aisyah bertanya kepada Nabi, apa yang perlu kita ucapkan? Nabi mengajarkannya untuk menyebut “Kami telah datang kepada kalian, kami telah menyertai kalian, ucapkan salam sejahtera ke atas kami, kami ucapkan salam sejahtera kepada kalian.” (Ibnu Majah, No: 1900, hadith hasan)

Jadi tidak salah untuk menyanyi (berpuisi) tanpa iringan muzik, namun perbuatan ini jangan diperluaskan, ambil cukup sekadarnya.

Nyanyian untuk dakwah

Tidak ada nyanyian yang digunakan untuk dakwah. Pada zaman Nabi, cara dakwah seperti ini tidak pernah ada. Deklamasi puisi atau syair pada zaman Nabi hanya digunakan untuk tujuan keriangan seperti dalam perkahwinan, perayaan, dan peperangan untuk menaikkan semangat. Atau seperti yang dilakukan oleh Hassan bin Tsabit yang menggunakan puisi untuk melawan atau mematahkan hujah orang kafir. Namun Rasulullah SAW menyuruhnya agar berhati-hati agar celaannya kepada golongan musyrikin tidak terkena kepada nasab keturunan Nabi SAW.

Hadis riwayat Aisyah radhiyallahu’anha, dia berkata, Hassan bin Tsabit berkata: Wahai Rasulullah! Izinkan aku untuk menyindir Abu Sufyan. Baginda sallallahu alaihi wassalam bertanya: Bagaimana dengan hubungan kekerabatanku dengannya? Hassan bin Tsabit berkata: Demi Zat yang telah memuliakanmu, aku tidak akan menyindir mereka dengan nasab kamu seperti sehelai rambut yang disisihkan dari adonan roti. Selanjutnya Hassan bin Tsabit melantunkan bait puisinya: Dan sesungguhnya puncak keluhuran adalah dari keluarga Hasyim, sedangkan orang-orang keturunan Bani Makhzum dan ayahmu adalah hamba. (Sahih Muslim, No:4544, Kitab Keutamaan Sahabat)

Wallaahu A’lam

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut;

http://www.youtube.com/watch?v=cT9aHSzwltU&feature=plcp

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: