Haruskah membongkar dosa zina kepada pasangan

Dr. Fadlan Mohd. Othman

555897_412612765441610_802962529_nSoalan: Sekiranya ada seorang wanita atau lelaki yang telah melakukan perbuatan zina dan kemudian dia telah bertaubat kepada Allah subhanallahu taala, perlukah dia memberitahu kepada pasangannya, sama ada suami atau isterinya?

Jawapan:

Bismillah,

Jawapan bagi soalan tersebut boleh dilihat di dalam sebuah hadith dari Ibnu ‘Umar, yang berbunyi:

اِجْتَنِبُوا هَذِهِ اَلْقَاذُورَاتِ اَلَّتِي نَهَى اَللَّهُ تَعَالَى عَنْهَا, فَمَنْ أَلَمَّ بِهَا فَلْيَسْتَتِرْ بِسِتْرِ اَللَّهِ تَعَالَى, وَلِيَتُبْ إِلَى اَللَّهِ تَعَالَى, فَإِنَّهُ مَنْ يَبْدِ لَنَا صَفْحَتَهُ نُقِمْ عَلَيْهِ كِتَابَ اَللَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: “Jauhilah kalian perbuatan-perbuatan keji yang dilarang Allah. Barangsiapa melakukannya maka hendaklah dia bersembunyi dengan tirai Allah (Sitr di sini membawa maksud tirai atau tabir, yakni bersembunyi dengan pengetahuan Allah atau perbuatan Allah yang tidak membongkarkan perbuatan kita) dan bertaubatlah kepada Allah, kerana sesungguhnya orang yang menunjukkan kepada kami safhah (sijil atau rekod kesalahannya), kami akan laksanakan hukuman (hadd) ke atasnya.” (riwayat Al-Hakim, al-Muwaththa’ hadits-hadits mursal Zaid Ibnu Aslam.)

Di dalam hal ini Allah telah menyembunyikan kita dengan meletakkan kita di bawah sitrullah. Jadi, kenapa kita membongkarkan perbuatan kita? Sekiranya Allah tidak membongkarkan maksiat kita, maka janganlah kita membongkarkan atau memberitahu pada orang lain.

Di sini perintahnya umum, barangsiapa yang membuat amalan-amalan yang tidak baik sehingga hudud boleh dijalankan ke atasnya seperti zina dan sebagainya dan sekiranya dia memberitahu orang lain, maka pihak berkuasa boleh melaksanakan hudud ke atasnya. Oleh yang demikian, jelas di sini rahmat Allah subhanallahu taala kepada hamba-hambaNya. Kalau Allah sudah menutup perkara itu(dosa), maka jangan kita membongkarkannya.

Berdasarkan hadith ini, sekiranya seorang isteri atau suami telah melakukan dosa besar sebagai contoh zina, maka tidak perlu memberitahu kepada pasangannya. Cukup dengan dia bertaubat kepada Allah subhanallahu taala dengan taubat yang sebenar-benarnya. Semoga Allah mengampunkannya di dunia dan di akhirat.

Wallahu Taala A’lam.

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

http://www.youtube.com/watch?v=4T-wOpE1VzY

2 comments
  1. JIWA HAMBA said:

    Reblogged this on .

  2. Srida said:

    Assalammualaikum ustatz…….
    saya seorang hamba ALLAH inggin menanyakan apakah doza sang ratu penzina akan diampuni ALLAH padahal sebenarnya ia tau itu doza…
    sekian terimakasih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: