Bulughul Maram Hadis 68 (bahagian 1)

bulughul-maramKitab Bulughul Maram Hadis 68

Ustaz Dr. Fadlan Mohd Othman

Perbincangan kita kali ini tentang Bulughul Maram. Hadith-hadith yang dikumpulkan oleh al-Imam Ibn Hajar al-Asqalani bersama syarahnya oleh Syeikh Abdullah al-Bassam di dalam kitabnya Taudhih al-Ahkam. Kita telah pun sampai kepada hadith yang ke-68 dimana hadith ini berbunyi,

“Dan daripada Aisyah ra bahawa Nabi saw telah bersabda bahawa sesiapa yang terjadi padanya iaitu muntah, keluarnya darah dari hidung, sedikit muntah dan keluarnya air mazi, maka hendaklah dia meninggalkan solatnya dan hendak dia mengambil air sembahyang. Kemudian hendaklah dia kembali dan menyambung solatnya itu di tempat di mana dia telah tinggalkan dan hendak dia tidak bercakap ketika di dalam pergerakannya itu.”

Hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Majjah dan dinyatakan statusnya sebagai dhaif oleh Ahmad dan juga yang lain-lain. Dengan itu kita boleh faham hadith ini adalah satu hadith yang dhaif dan al-Hafiz Ibn Hajar sendiri di dalam kitabnya menyatakan ramai di kalangan ulama yang telah menyatakan kelemahannya daripada riwayat Ismail bin Aiyash, daripada Ibn Jurayj dan riwayat Ismail daripada Hijaziyin iaitu ulama hadith yang berasal dari Hujaz adalah riwayat yang dhaif.

Hijaz

Hijaz ini adalah bahagian, jika di Arab Saudi sekarang ini kita boleh faham Hijaz ini adalah Makkah-Madinah iaitu kawasan barat Arab Saudi manakala Najid ialah kawasan timur Arab Saudi. Najd juga dikenali sebagai Iraq. Iraq juga dinamakan sebagai kawasan timur sekiranya dibandingkan dengan Makkah ataupun Madinah al-Munawarah.

Faedah hadith

Maksud hadith ini pertama sekali ialah disini menunjukkan sesiapa yang muntah, keluar darah dari hidungnya, sendawa seperti hendak muntah dan keluar air mazi di dalam keadaan sedang bersolat maka dia hendaklah meninggalkan solatnya sebentar untuk mengambil wuduk dan kemudian kembali sempurnakan solatnya itu. Contohnya jika dia berada di rakaat yang ke-2, kemudian berlaku perkara yang disebutkan tadi. Maka dia keluar mengambil wuduk dan masuk semula terus dengan rakaan yang kedua. Jadi tidak perlu mengulangi semula rakaat yang telah dilaksanakan itu tadi.

Faedah yang kedua ialah syaratnya ialah dia tidak boleh berkata-kata. Ertinya jika dia berkata-kata ketika perkara seperti tadi berlaku lalu dia masuk semula dengan rakaat yang ke-2 maka ianya tidak dibenarkan. Solat itu terbatal, maka dia perlu mengulangi solatnya kembali dari mula.

Faedah yang ketiga, hadis ini digunakan dan dijadikan hujjah oleh al-Hanafiah, al-Zaidiah, Malik dan salah satu daripada qaul al-Imam al-Syafie bahawa kita boleh melakukan perkara seperti yang dinyatakan di dalam hadith ini iaitu kita keluar sebentar mengambil wuduk kemudian kembali semula dan menyambung solat tadi. Manakala jumhur pula menyatakan sesiapa yang berlaku padanya itu (dia keluar dari solatnya), maka batallah solatnya. Maksudnya apabila dia keluar daripada solat dan kembali semula, maka dia hendaklah kembali bersolat dari awal semula.

Faedah yang ke-empat hadith ini merupakan hadith yang dhaif. Ianya didhaifkan oleh al-Syafie, Ahmad, Daruqutni dan lain-lain. Seperti yang kita pernah sebutkan suatu masa dahulu bahawa hadith yang dhaif jikalau hadith itu sahih apa yang harus kita lakukan? Ini dihuraikan oleh para ulama kita sekiranya apabila mereka menepati satu hadith yang dhaif, mereka membincangkan hadith itu sehinggalah ketahap sekiranya hadith ini sahih maka jawapannya ialah begini.

Pandangan mereka cukup panjang kerana kemungkinan hadith ini dhaif pada saya maksudnya pada ulama itu tetapi hadith ini didapati kuat menjadi naik ke tahap Hassan, sahih lihhairihi, syawahid, muktaba’ oleh orang lain. Ulama tersebut menyatakan, ‘saya dapati hadith ini dhaif kerana sanad yang ada pada saya ialah sanad yang dhaif’. Tetapi mungkin ada pada orang lain sanad itu berbilang-bilang di mana di dalam sanad tersebut adanya riwayat sahih yang boleh mengangkat hadith yang dhaif ini kerana hadith ini tidaklah begitu dhaif.

Bukannya syadid ianya hanyalah hafif iaitu kedaifan yang berkisarkan tentang hafalan dan bukanya berkisarkan tentang thiqah. Thiqah ialah orang yang dhabit dan adil. Adil bermaksud dia tidak melakukan dosa-dosa. Jadi sekiranya hadith ini dhaif kerana kelemahan di dalam kedhabitannya, maka namanya khatif. Jika kelemahan itu di dalam ‘adalah maka namanya adalah syadid. Maksudnya dia adalah jenis orang yang bercakap bohong, maka dia boleh menjadi orang muntahabil kazim iaitu orang yang bercakap bohong dengan binatang tetapi dengan manusia tidak.

Contohnya dia dituduh menipu sedangkan dia tidak menipu. Sememang dia tidak pernah menipu orang dan tidak pernah menipu di dalam hadith Nabi tetapi dia pernah menipu kucingnya. Jadi di sini menunjukkan seriusnya ulama kita di dalam ilmu jarah wa ta’dil sampai ke tahap menipu binatang pun akan dikeluarkan satu hukum yang khas kepada orang itu iaitu dia ini muntahabil kazim. Lalu disebabkan dia menipu pada binatang berkemungkinan dia boleh menipu kepada orang dan hadith Nabi. Kemungkinan inilah yang dinamakan sebagai muntahab iaitu dia dituduh dan boleh dituduh sebagai menipu.

Denga itu hadith yang dhaif ini sekiranya dilihat dari sudut kedhaifannya ianya telah selesai dan tidak boleh digunakan sebagai hujjah tetapi para ulama menyatakan sekiranya hadith ini sahih sekali pun ianya tetap bercanggahan dengan hadith-hadith sahih yang lain yang lebih jelas. Dengan itu ianya tetap tidak boleh digunakan.

Jika sahih kita perlu lihat adakah ianya bercanggahan dengan hadith lain. Ianya tetap bercanggah dengan hadith lain iaitu hadith Ali bin Tal katanya Nabi telah bersabda, mafhumnya: “Sekiranya keluar angin daripada salah seorang daripada kamu tanpa suara dan bunyi, hendaklah ditinggalkan solat dan mengambil wuduk dan hendaklah ia mengulangi semula solatnya.” (Hadis hasan riwayat Imam Tarmizi) Dengan itu kita boleh faham bahawa hadith yang dhaif ini walaupun ianya sahih tetapi dia bercanggahan dengan hadith lain yang lebih kuat, maka hadith ini tidak boleh digunakan.

Faedah yang kelima ialah hadith ini dikira sebagai hadith yang syaz kerana di dalam hadith ini membawa satu maksud yang ganjil iaitu boleh menyambung solat di dalam keadaan orang tersebut telah meninggalkan solat dan kembali semula untuk menyambung solatnya. Sedangkan difahami di dalam hadith-hadith lain yang lebih kuat bahawa jika kita meninggalkan solat maka kita perlu mengulangi solat semula..

Berkenaan dengan 4 perkara yang dinyatakan di dalam hadith ini, terdapat khilaf. ianya khilaf yang kuat disisi para ulama kecuali mazi. Jika keluar mazi maka membatalkan wuduk secara ijmak kerana ianya keluar daripada kemaluan. Apa sahaja yang keluar daripada kemaluan ianya boleh membatalkan wuduk.

Kuliah bertarikh: 23 Mei 2012- Rabu. Rakaman oleh Abu Aqif Studio

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: