Bulughul Maram Hadis 68 (Bahagian 2)
Ust. Dr. Fadlan Mohd Othman
Khilaf dan Toleransi
Tentang khilaf ulama ini jangan kita jadikan ia sebagai satu subjek yang menimbulkan permusuhan. Khilaf ulama merupakan satu subjek ‘ikhtilaf umatin rahmah’ iaitu umatku adalah rahmat. Hadith ini adalah hadith dhaif ianya tidak boleh digunakan cuma kita sebutkan kerana untuk menjelaskan. Kita tidak menggunakan hadith yang dhaif tadi sebagai hujjah tetapi kita ingin menyatakan di sini bahawa khilaf itu sepatutnya disulami ataupun dihiasi dengan toleransi. Itulah yang diajarkan oleh Nabi saw di dalam sunnah baginda ‘alaihissalam.
Antara contohnya yang boleh kita lihat adalah apabila Umar ataupun Abdullah bin Masud mendengar bacaan yang lain daripada apa yang diajarkan oleh Nabi kepada beliau. Jika Umar mendengarnya beliau akan tarik lelaki tersebut dan membawanya kepada Nabi saw sehingga Nabi menyatakan, ‘lepaskan dia wahai Umar dan jelaskan apa yang berlaku’. Umar menceritakan kepada Nabi apa yang telah berlaku bahawa dia mendengar lelaki tersebut membaca ayat lain daripada apa yang Nabi ajar kepadanya. Lalu Nabi menyuruh lelaki tersebut dan Umar membaca. Nabi pun menyatakan, “kedua-dua kamu telah melakukan perkara yang baik”.
Begitu juga dengan Abdullah bin Masud berlaku perkara yang sama cuma Abdullah bin Masud tidak menarik orang tersebut. Dia hanya membawa orang tersebut kepada Nabi saw dan apabila ditanya jawapannya lebih kurang sama seper Umar tadi iaitu jangan berkhilaf ataupun berselisih di dalam perkara ini kerana kedua-duanya adalah wahyu daripada Allah swt.
Toleransi
Dengan itu kita faham konsep yang diajar oleh Nabi saw adalah perkara yang boleh kita toleransi maka kita bertoleransi. Perkara seperti aqidah, perkara yang ijmak contohnya rejam adalah satu perkara yang wajib di dalam ijmak Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka bolehkah kita bertoleransi dengan perkara ini? Kita tidak boleh bertoleransi dengan perkara seperti ini, kita perlu bertegas.
Apa yang boleh ditoleransikan adalah perkara yang berkaitan dengan syariah hukum hakam yang mana masih lagi ada khilaf maka ianya boleh ditoleransikan.
Seperti solat, ianya adalah hukum yang dasar dan tidak boleh ditoleransikan akan kewajipannya. Akan tetapi hukum-hukum rincian di dalam solat seperti meletakkan tangan di mana; sama ada di bawah pusat, di dada, di perut dan sebagainya ianya tiada masalah untuk ditoleransikan selagi mana semuanya berasaskan dalil.
Kita perhatikan sedikit khilaf yang berlaku tujuannya adalah untuk melihat bagaimana pandangan mereka antaranya adalah imam Malik dan iman Syafie menyatakan perkara yang keluar daripada selain 2 kemaluan itu seperti muntah, darah, nanah dan sebagainya adalah tidak perkara yang tidak membatalkan wuduk walaupun banyak. Al-Baghawi pula menyatakan ini adalah pandangan kebanyakan para sahata dan tabi’in. An-Nawawi menyatakan tidak ada satu dalil yang sah bahawa Nabi saw mewajibkan wuduk daripada perkara-perkara itu.
Manakala Syeikh Abdul Rahman al-Saad di kalangan ulama Arab Saudi iaitu guru kepada al-Imam Ibn Uthaimin menyatakan yang sahihnya ialah darah, muntah dan seumpamanya tidak membatalkan wuduk samada sedikit mahupun banyak kerana tidak dalil yang menyatakan perkara itu membatalkan wuduk dan kaedah usul fiqh menyatakan dasar sesuatu perkara itu adalah suci sehinggalah datang dalil yang menyatakan perkara itu tidak suci barulah kita menyatakan ianya tidak suci.
Antara dalil mereka ialah apa yang mereka sebutkan, ‘albaroahtulasfiah’ ertinya asalnya bebas daripada segala perkara. Inilah yang disebutkan disini bahawa asal daripada sesuatu ialah ianya bebas daripada di kaitkan dengan sifat-sifat. Dengan itu asal bagi najis dan tidak najis iailah tidak najis kerana sifat najis itu adalah sifat tambahan. Contohnya kita lalu disuatu tempat dan ingin bersolat tetapi kita tidak tahu samada tempat itu bersih dari najis ataupun tidak maka kita gunakan kaedah ‘albaroahtulasfiah’. Asalnya boleh dibenarkan solat di situ dan tidak boleh dikaitkan dengan perkara lain kecuali jika ada dalil yang menunjukkan ada najis di situ.
Dalil yang kedua ‘adamussolahikiashuna’ ertinya tidak sesuainya di lakukan kias disini kerana hukum tidak sama contohnya ada dua perbincangan iaitu pertama apa yang keluar daripada 2 kemaluan dan perbincangan ke-2 ialah yang keluar selain daripada 2 kemaluan. Jika nanah dan darah keluar di muka atau tangan kita bukan di 2 kemaluan maka ianya tidak boleh dikiaskan. Mungkin pihak satu lagi mengkiaskan apa sahaja yang keluar maka ianya adalah membatalkan. Jadi kita menyatakan tidak boleh.
Yang ke-3 ialah beberapa asar ataupun riwayat daripada para sahabat dan sebagainya contohnya Omar solat semasa darahnya mengalir ketika Omar ditikam oleh Abu….al majusi yang dilaknat oleh Allah swt dan semoga Allah melaknat juga orang yang menganggap dia sebagai pejuang iaitu golongan Syiah. Kemudain Ibn Omar pula dikatakan di sini mengeluarkan darah dari matanya dan dia terus solat. Selain itu 2 orang sahabat Nabi yang menjaga sempadan iaitu seorang menjaga sempadan dan ingin seorang solat. Sedang dia solat musuh menembaknya dari jauh dan berdarah tetapi dia meneruskan solatnya sehinggalah dia merasakan hendak pengsan barulah dia mengejutkan sahabat yang seorang lagi agar bagun.
Ini menunjukkan tidak ada teguran daripada Nabi saw menunjukkan berlakunya takrir (perakuan) daripada Nabi saw terhadap perbuatan sahabat tadi yang terkena tembakan dan mengalir darahnya tetapi tetap juga meneruskan solat. Nabi tidak menyatakan perkara itu membatalkan solat. Manakala al-Hassan al-Basri mengeluarkan kenyataan bahawa orang Islam solat di dalam kecederaan mereka.
Pandangan yang ke-2 pula Imam Abu Hanifah dan juga Imam Ahmad menyatakan keluarnya perkara-perkara seperti tadi akan membatalkan wuduk sekiranya banyak tetapi jika sedikit ianya tidak membatalkan wuduk. Dalilnya adalah hadith Abu Darda’ bahawa Nabi saw muntah dan Nabi saw mengambil wuduk.
Cuma hadith ini dihujjah kembali dengan menyatakan perbuatan Nabi saw tidak menunjukkan wajib tetapi perbuatan Nabi hanya menunjukkan sunat dan juga mustahab (boleh dilakukan) tetapi tidak sampai ke tahab wajib.
Disebabkan itu Syeikhul Islam Ibn Taimiyaah menyatakan hukum istihbab (sunat) mengambil air sembahyang selepas berbekam ataupun muntah dan sebagainya adalah tiada masalah. Jika ianya sunat tiada masalah tetapi apabila dikatakan wajib ianya perlukan dalil yang kuat.
23 Mei 2012- Rabu
Rakaman oleh Abu Aqif Studio