Ahlus Sunnah versus Khawarij

Ust Dr Fadlan Mohd Othman

dari Kuliah Akidah Perbandingan Akidah Ahlus Sunnah dan Khawarij.

jalanBahagian 1

Perbandingan ini kita ringkaskan daripada kitab al-Khawarij al-Wa Ahlul Firaq fi tarifi Islam oleh Professor Dr. Nasir bin Abdul Karim al-Aql. 

Pertama : Ahlus Sunnah Wal Jamaah menyatakan bahawa muahid (orang yang mentauhidkan Allah) yang membuat dosa besar, sekiranya tidak bertaubat maka mereka berada di bawah kehendak Allah swt. Sama ada diazab dahulu kemudian dia akan masuk ke syurga atau dimaafkan terus dan dimasukkan ke dalam syurga.

Berbeza dengan golongan Khawarij yang mengkafirkan pembuat dosa besar. Yakni dosa yang tidak sampai ke tahap syirik ataupun sama dengannya seperti kufur yang mengeluarkan daripada Islam.

Maka Ahli Sunnah Wal Jamaah menyatakan muwahid (orang Islam yang mengesakan Allah), sekiranya mereka tidak terlepas dan pastilah mereka tidak terlepas daripada dosa-dosa kecil dan dosa-dosa besar, maka apakah keadaan mereka sekiranya mereka mati di dalam keadaan membuat dosa kecil? Dan apa pula keadaan mereka sekiranya mereka mati di dalam membuat dosa besar ataupun selepas membuat dosa besar dan tidak sempat bertaubat. Jika bertaubat dan sekiranya taubat itu taubat nasuha, maka tiada masalah. Tetapi sekiranya tidak bertaubat dosa kecilnya bagaimana?

Contohnya seorang mukmin muwahid iaitu mengesakan Allah, tidak melakukan perkara syirik tetapi dia melakukan dosa kecil kemudian dia mati dan tidak sempat bertaubat. Akan tetapi dia ada melakukan amalan yang lain. Jadi adakah dia akan masuk syurga atau neraka? Jawapannya ialah dia akan ke syurga kerana dosa kecilnya itu boleh diampunkan dan boleh dihapuskan dengan perbuatan-perbuatan soleh ataupun amalan-amalan soleh yang dia lakukan.

Dalilnya ialah sebuah hadith di mana seorang lelaki datang kepada Nabi saw dan berkata dia telah berzina. Nabi bertanya, ‘Apakah yang telah kamu lakukan?’ Maka lelaki itu menjawab dia telah mencium, memegang dan sebagainya tetapi dia tidak berzina sebenarnya. Lalu Rasulullah saw menahannya untuk solat bersama. Selepas solat bersama Nabi menyatakan, ‘Solat ini telahpun mengkifaratkan perbuatan kamu itu.’ Jadi perbuatan dosa kecil boleh di ampunkan ataupun dihapuskan dengan amalan-amalan yang soleh.

bersambung…

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

Rakaman oleh Abu Aqif Studio

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: