Bid’ah Hasanah atau Bid’ah Mahmudah?
Bid’ah Hasanah atau Bid’ah Mahmudah?
dari Kuliah Akidah Perbandingan Akidah Ahlus Sunnah dan Khawarij. Bahagian 8.
Ust. Dr. Fadlan Mohd Othman
Pembahagian ‘bid’ah hasanah’ disandarkan kepada Imam kita Imam Muhammad bin Idris asy-Syafie. Memang benar Imam asy-Syafie ada menyatakan hal ini tetapi bukan di dalam bentuk hasanah yang kita difahami pada hari ini, Imam al-Syafie menyatakan bid’ah mempunyai dua jenis iaitu bid’ah mahmudah iaitu bid’ah yang terpuji dan bid’ah mazmumah iaitu bid’ah yang tercela.
Disebutkan bahawa Imam Syafie pernah berkata:
اَلْبِدْعَةُ بِدْعَتَانِ : بِدْعَةٌ مَحْمُوْدَةٌ وَبِدْعَةٌ مَذْمُوْمَةٌ, فَمَا وَافَقَ السُّنَّةَ فَهُوَ مَحْمُوْدٌ وَمَا خَالَفَ السُّنَّةَ فَهُوَ مَذْمُوْمٌ
“Bid’ah itu ada dua: Bid’ah yang (mahmudah) terpuji dan bid’ah yang tercela (mazmumah). Semua yang sesuai dengan sunnah, maka itu adalah terpuji, dan semua yang menyelisihi sunnah, maka itu adalah tercela.”(Riwayat Abu Nu’aim dalam Al-Hilyah (9/113))
Semakna dengannya, apa yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dalam Manaqib Asy-Syafi’i (1/469) bahwa beliau berkata:
اَلْمُحْدَثَاتُ ضَرْبَانِ : مَا أُحْدِثَ يُخَالِفُ كِتَابًا أَوْ سُنَّةً أَوْ أَثَرًا أَوْ إِجْمَاعًا فَهَذِهِ بِدْعَةُ الضَّلاَلِ, وَمَا أُحْدِثَ مِنَ الْخَيْرِ لاَ يُخَالِفُ شَيْئًا مِنْ ذَلِكَ فَهَذِهِ مُحْدَثَةٌ غَيْرُ مَذْمُوْمَةٍ
“Perkara yang baru ada dua bentuk: (Pertama) Apa yang diada-adakan dan menyelisihi kitab atau sunnah atau atsar atau ijma’, inilah bid’ah yang sesat. Dan (yang kedua) apa yang diada-adakan berupa kebaikan yang tidak menyelisihi sesuatupun dari hal tersebut, maka inilah perkara baru yang tidak tercela.”
Jadi jika ingin mengikut mazhab al-Syafie maka gunalah bid’ah mahmudah dan dia berkata bid’ah mahmudah yang terpuji itu ialah yang menepati al-Qur’an dan Sunnah. Yang menyalahinya adalah bid’ah yang tercela.
Contoh Bid’ah Tercela (Mazmumah)
Di antara bid’ah yang tercela adalah penetapan waktu imsak ketika berpuasa. Ini disebutkan oleh Imam Ibn Hajar al-Asqalani. Ibn Hajar al-Asqalani antara yang membawa kata-kata al-Imam al-Syafie seperti yang saya sebutkan tadi. Jadi tentu dia faham tentang perkara itu.
Apabila sampai ke masalah imsak tetapi ianya tidak menyebut imsak pun tetapi maksudnya seperti imsak iaitu berhenti makan. Apabila sampai puasa, berhenti makan 1/3 jam sebelum azan telah dibuat satu isyarat bahawa perlu berhenti makan. Imam Ibn Hajar menyatakan,
“Antara bid’ah yang mungkar”
Ibn Hajar al-Asqalani adalah al-Imam al-Syafie. Assuyuti menyatakan contohnya orang menyatakan perkara itu hasanah tetapi imam di dalam mazhab itu sendiri pun menyatakan adalah mungkar antaranya ialah melafaskan niat. Imam Assuyuti menyatakan itu adalah satu bid’ah yang mungkar. Jadi boleh menggunakan bid’ah hasanah, Cuma pastikan perkara itu tidak menyalahi al-Qur’an dan al-Sunnah.