Dr. Fadlan Mohd Othman merupakan seorang ilmuan dan pendakwah yang bergiat aktif menyampaikan ilmu di seluruh Malaysia khususnya di sekitar Lembah Klang. Selain memberi kuliah beliau juga mengisi beberapa rancangan televisyen serta aktif dalam pelbagai lapangan dakwah dan kemasyarakatan.
Pendidikan
- Diploma Hadith, Universiti Islam Abu Bakar Karachi, Pakistan.
- Sarjana Muda Aqidah & Dakwah,Universiti Islam Madinah, Arab Saudi.
- Sarjana Pengajian Islam (Tafsir), Universiti Kebangsaan Malaysia.
- Ph.D di dalam bidang Hadith, Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia.
Karier
- Pensyarah Kanan, Jabatan Al-Qur’an dan Al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
- Penyemak Luar kepada pelajar pasca siswazah MEDIU pengkhususan Aqidah
- Panel Kajian Hadith Jabatan Mufti Perlis
- Pengerusi, Sekretariat Ilmuan Malaysia (iLMU)
- Panelis rancangan Hello Malaysia, Bernama TV
Kegiatan Ilmiah
- Seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin (2012) sebagai penterjemah.
- Simposium The Custodian of the Two Holy Mosques King Abdullah Abdul Aziz Initiative’s for Dialoque among Civilizations and Followers of Religions’ (2012) anjuran bersama Universiti Islam Madinah dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dengan sokongan Pusat Antarabangsa Raja Abdullah Abdul Aziz. Kerta kerja Civilizational Dialogue between the Islamic World and other Civilization, A Common Responsibility of Individual and Religious Foundations. [1]
- Siri Rihlah Ilmiah 2012 ke negeri Perlis anjuran Jabatan Mufti Perlis, Pertubuhan Kebajikan IKRAM Malaysia dan Persatuan Al-Islah Perlis.
- Kuliah bersiri mengupas Kitab Bulughul Maram karangan Ibn Hajar al-Asqalani.
- Kuliah bersiri Usul Tafsir karangan Syaikh Muhammad ibn Soleh al-Uthaimin.
Penulisan
Dr. Fadlan juga seorang pengarang dan penterjemah buku-buku agama. Kolum beliau boleh dibaca pada setiap Ahad akhbar Mingguan Malaysia dan Harian Metro (Minda) edisi hari Jumaat. Himpunan tulisan beliau boleh dibaca melalui blog peribadi beliau dan laman web rasmi iLMU.
Buku
- Pengenalan Ringkas Kepada Ilmu Usul Tafsir, Syaikh Muhammad ibn Soleh al-Uthaimin (terjemahan). Jahabersa (2005)
- Himpunan Amalan Sedikit, Pahala Banyak dan Amalan Penghapus Dosa.
Kertas Kerja
- Jihad Menurut Syara’ .Seminar Gerakan Terorisma, Takfir & Jihad, Memorial Tun Hussein On, Kuala Lumpur (2011).
- Aqidah dan Masa Depan Ummah, Seminar Siapakah Ahlu al-Sunnah Wa al-Jamaah; Antara Gelaran dan Realiti, Perlis (Mac 2009). Kertas Kerja
- Allah di sisi Orang Asing, Seminar Iman Orang Asing, Universiti Malaya (2009).
- Pembentangan Takhrij dalam Penulisan Ilmiah: Tanggungjawab sosial dan prosedur minima, Universiti Kebangsaan Malaysia (2009).
- Dakwah Melalui Media – Keperluan, Peluang dan Cabaran, Konvensyen Sunnah kali ke 5 (2009).
- Mengubah Ciptaan Allah; Antara Larangan dan Keperluan
- Adab-Adab Berbeza Pendapat Dalam Islam, Seminar Adab-adab Berbeza Pendapat Dalam Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka (2005).
Page rasmi Ilmuan Malaysia http://ilmuanmalaysia.com/
Untuk jemputan seminar, forum, kolokium, simposium, ceramah agama & konsultasi sila hubungi Protaz Management & Consultancy: 019-2777990 (Azman)
blog ini dikendalikan oleh : Biro Multimedia & Penerbitan Sekretariat Ilmuan Malaysia