Arkib

Akidah & Manhaj

Dipetik dari Kuliah Manhaj Al-Talaqqi Wa Al-Istidlal Baina Ahlus Sunnah Wal Mubtadi’ah (Method Pengambilan Ilmu dan Pendalilan Diantara Ahli Sunnah dan Ahli Bid’ah)

poligamiApabila menyebut tentang Poligami, sebelum seseorang isteri ingin menolaknya, maka hendaklah dia menerimanya bahawa ia adalah salah satu hal yang dihalalkan oleh ALLAH dan kita menerimanya .

Tidak sedikit orang apabila kita bercakap tentang poligami maka dia akan membangkang semampunya, yang kita khuatiri adalah sekiranya ia MENGHARAMKAN APA APA YANG TELAH DIHALALKAN OLEH ALLAH.

Adapun kemudian jika dia mahu menangis kerana kecemburuannya terhadap suaminya maka itu adalah cerita lain. Yang paling utama adalah menjadi sami’na wa’ato’na (kami dengar dan kami taat) dan berlawanan dengan ciri ciri yang ada pada orang jahiliyyah yang mana salah satu Pendirian orang Musyrik Terhadap Hujah Hujah Yang jelas adalah Mereka Menolaknya sebagaimana yang difirmankan ALLAH didalam Surah An Naml Ayat 14 iatu :

‘Dan mereka mengingkarinya secara zholim dan angkuh sedang hati mereka meyakini kebenarannya. Oleh itu lihatlah bagaimana kesudahan orang yang melakukan kerosakan ‘

Dipetik dari Kuliah Manhaj Al-Talaqqi Wa Al-Istidlal Baina Ahlus Sunnah Wal Mubtadi’ah (Method Pengambilan Ilmu dan Pendalilan Diantara Ahli Sunnah dan Ahli Bid’ah) – Teks disalin oleh rakan FB kami, jazakallahu khaira. -admin

Bid’ah Mukaffirah dan Bid’ah Ghairu Mukaffirah

dari Kuliah Akidah Perbandingan Akidah Ahlus Sunnah dan Khawarij. Bahagian 7.

Jika di dalam perbincangan ulama hadith mereka akan meletakkan bid’ah mempunyai dua iaitu mukafarah ataupun mukafirah dan juga ghairu mukaffirah atau bid’ah mufasikah. Antara yang membahaskan ialah Syaikh Dr. Ibrahim bin AMir ar-Ruhaili dalam bukunya Mawqif Ali al Sunnah wa al-Jama’ah min Ahli al –Ahwâ wal- al Bidâ. 

Bid’ah mukafarah adalah bid’ah yang mengkafirkan ataupun dikufurkan. Pada zaman Nabi, sifat-sifat Allah diterima tetapi sampai zaman Jahm b Sofwan (pengasa fahaman Jahmiyah) sifat Allah ditolak maka ini adalah satu bid’ah.

Bid’ah yang fasik ini pula mempunyai banyak seperti amalan-amalan yang di dalam kategori maksiat contohnya solat semperna puasa enam, zikir beralunan dan sebagainya. Azan yang beralunan juga adalah bid’ah.

Ibn Umar menyatakan dia pernah masuk ke dalam satu masjid, dia mendengar orang azan yang dialunkan, lalu dia keluar daripada masjid itu.

Kata Ibn Mas’ud ra. terhadap mereka yang melakukan zikir yang kuat, beramai-ramai (halaqah) ketika menunggu solat.

“Celakalah kamu wahai umat Muhammad! Alangkah cepat kemusnahan kamu. Para sahabat Nabi masih ramai lagi, baju baginda belum lagi buruk dan bekas makanan dan minuman baginda pun  belum lagi pecah! Demi yang jiwaku berada di tanganNya, apakah kamu berada di atas agama yang lebih mendapat petunjuk daripada agama Muhammad, atau sebenarnya kamu semua pembuka pintu kesesatan?

Jawab mereka; ‘Demi Allah wahai Abu Abd Rahman, kami hanya bertujuan baik.

Jawabnya; ‘Betapa ramai yang bertujuan baik, tetapi tidak menepatinya.”  (riwayat al-Darimi dalam Musnadnya)

Mereka mempunyai dua pilihan. Adakah mereka boleh berkata, ‘kami lebih hebat daripada Muhammad’? Jika berkata seperti ini maka kafirlah mereka. Jika tiada yang pertama ini maka hanya ada pilihan yang kedua iaitu membuka pintu kesesatan. Nampak seperti baik kerana mereka duduk di masjid, berkumpul bertasbih, takbir dan tahmid. Itu pun Ibn Masud berkata membuka pintu kesesatan.

Rakaman oleh Abu Aqif Studio

“Teks disediakan oleh Biro Penerbitan iLMU berdasarkan rakaman berikut: 

http://www.youtube.com/playlist?list=PL99617A8EF5F8F1EA

Syirik, kufur, nifaq, fasik dan zalim 

dari Kuliah Akidah Perbandingan Akidah Ahlus Sunnah dan Khawarij. Bahagian 6.

b4132405Syirik, kufur, nifaq, fasik dan zalim. Lima perkara ini setiap satunya mempunyai dua bahagian iaitu akbar dan asghar.

Syirik besar ialah syirik akbar iaitu syirik yang berkaitan dengan menyembah Allah bersama dengan selain daripada Allah. Manakala syirik kecil ialah syirik asghar iaitu riak yang bermaksud menunjuk-nunjuk dengan perbuatan, sumaah pula menunjuk-nunjuk dengan percakapan seperti kita bercakap supaya orang mendengarnya dan menyampaikan pula kepada orang lain.

Jika perkataan syirik adakah Allah tidak mengampunkan syirik yang mana satu sebenarnya (syirik besar atau syirik kecil)?

Syirik akbar (syirik besar) tidak diampunkan oleh Allah melainkan taubat ketika masih hidup.

Syirik kecil sebagai contoh di dalam bentuk riak ada khilaf di kalangan ulama. Ada yang menyatakan boleh diampunkan dan ada yang menyatakan tidak boleh diampunkan. Tetapi masih lagi ada khilaf.

Kufur

Kufur besar ialah menolak agama Islam. Kufur kecil ialah sebahagian amalan yang disifatkan kufur. Contohnya mencaci orang Islam adalah fasik dan memerangi orang Islam hukumnya adalah kufur. Fasik kecil adalah maksiat. Fasik besar adalah menolak agama Islam. Nifaq besar adalah zahirnya Islam tetapi batinnya kufur.

Nifak @ Munafik 

Nifaq kecil adalah empat amalan iaitu tipu, mungkir janji, extreme dan kianat di dalam amanah. Nifaq biasanya digunakan untuk zahirnya Islam, batinnya kufur. Ertinya kita perlu tahu apakah yang biasa dan apakah yang jarang-jarang. Kita perlu melihat sesutau dalil berdasarkan kepada yang kebiasaan dan jarang-jarang ini.

Nifaq juga sama, apabila kita sebutkan dia ini munafiq ertinya hipokrit yang bermaksud menzahirkan Islam menyembunyikan kufur.

Adakah Munafiq itu masih Muslim?

Jawapannya sebenar-benarnya dia tidak Muslim tetapi hukum kita berurusan dengannya adalah urusan Islam. Contohnya jika dia menyembelih kambing bolehkah kita memakannya?

Jawapannya boleh tiada masalah. Jika dia mati adakah kita akan solat keatasnya iaitu solat jenazah? Jawapannya solat. Hakikat sebenarnya dia adalah kafir tetapi kita tidak tahu secara pasti. Kita hanya ada petanda-petanda kemungkinan dia ini munafik.

Perkataan munafik biasanya zahir Islam, batinnya kekufuran.

Tetapi ada juga perbuatan-perbuatan yang disebut sebagai munafik iaitu, ‘tanda-tanda munafik ialah tiga’. Di dalam riwayat lain ditambah kepada empat.

“Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tanda orang munafik itu ada tiga iaitu jikalau berkata dia berdusta, jikalau berjanji dia tidak menepati janjinya, dan jika diberi amanah dia akan berkhianat.” (HR Bukhari dan Muslim)

Jika dia khianat sahaja bolehkah kita sebutkan dia sebagai munafiq dan akan kekal di dalam neraka? Ianya tidak boleh kerana dia hanya ada satu ayat yang dipanggil nifak kecil. Nifak kecil tidak boleh digunakan hukum nifak besar.

Zalim 

Kemudian yang akhir sekali ialah zalim yang besar adalah syirik. Zalim kecil adalah tidak adil. Kebiasaannya syirik digunakan untuk menyembah Allah dan selain daripada Allah. Zalim pula biasanya digunakan untuk tidak adil.

Ramai orang marah pemerintah dan berkata pemerintah sebagai zalim. Maksud mereka zalim disitu ialah tidak adil. Itu kebiasaan yang digunakan tetapi zalim juga membawa maksud syirik.

“Sesungguhnya syirik adalah kezaliman yang besar” (Surah Lukman)

Jadi bolehkah kita gunakan ayat ini kita letakkan kepada orang-orang yang zalim di kalangan pemerintah bahawa mereka sebenarnya telah zalim dan hukum kezaliman itu adalah syirik? Dengan itu mereka adalah orang-orang yang musyrik. Ini tidak boleh kerana itu adalah tidak adil, bukanya mereka membuat syirik. Jadi ini adalah secara kasarnya maksud tentang perkara ini. Syirik kecil adalah termasuk di dalam dosa besar.

Kufur 

Kufur biasanya digunakan untuk yang menolak agama Islam. Kufur ini apabila Islam datang dia tahu tetapi dia menolaknya. Amalan yang bersifatkan kufur, boleh atau tidak seseorang itu berdasarkan hadith yang menyatakan memerangi orang Islam adalah kufur. Contohnya dia melihat orang yang sedang berperang seperti di Libya, maka dia menyatakan memerangi orang Islam adalah kufur. Dua-dua saling memerangai maka dua-duanya kafir dan dia menyatakan Libya bukan Negara Islam lagi. Perkara ini tidak benar kerana amalan ini adalah amalan kufur asghar iaitu kufur kecil tetapi kita berikan hukum sebagai kufur akbar, maka ini tidak benar.

Jika kita melihat orang melakukan kufur asghar bolehkah kita beri hukum kufur akbar? Iainya tidak boleh. 

Fasik

Fasik pula biasa digunakan untuk maksiat. Sebagai contoh dalam kes nikah yang perlu kepada saksi yang adil. Jika dua saksi itu fasik adakah nikah itu sah? Mengumpat adalah dosa kecil atau besar? Jawapan dosa besar. Menipu adalah dosa besar, maka seorang yang menipu adakah dia adil ataupun fasik?

Jawapannya ialah dia adalah orang yang fasik dan tidak adil. Contohnya apabila nikah tadi saksi duanya kita selalu melihat kerjanya mengumpat, batu api dan sebagainya, maka adakah dia adil? Jawapannya dia tidak adil maka sahkah nikah tersebut?

Ulama kita menyatakan disebabkan zaman telah bertukar, kurangnya orang yang adil, ramai orang yang fasik dan susah mencari orang yang adil, maka hukumnya dipermudahkan. Maksudnya di sini orang yang fasik juga boleh menjadi saksi dalam pernikahan itu tetapi carilah yang terbaik di kalangan yang fasik. Itu adalah maksiat, tetapi orang yang membuat maksiat bolehkah kita hukumnya sebagai orang yang melakukan fasik yang besar iaitu kufur. Ada beberapa ayat yang menunjukkan amalan kufur sebagai fasik dan juga nifaq sebagai fasik. Jadi kita perlu berikan setiap satu dalil itu di letakkan pada tempatnya.

Rakaman oleh Abu Aqif Studio

“Teks disediakan oleh Biro Penerbitan iLMU berdasarkan rakaman berikut: 

http://www.youtube.com/playlist?list=PL99617A8EF5F8F1EA

tumblr_m41r26QQyk1r9f4s0o1_500Kisah orang beriman yang berdosa

dari Kuliah Akidah Perbandingan Akidah Ahlus Sunnah dan Khawarij. Bahagian 5

Ada kisah seorang pelacur yang diampunkan oleh Allah kerana satu kebaikan dan dimasukkan ke dalam syurga.

“Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu diikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).

Banyak juga hadith-hadith yang menunjukkan bagaimana dengan perbuatan-perbuatan yang tidak baik seseorang itu boleh masuk ke neraka seperti tadi berkenaan dengan binatang.

Ada hadith lain juga berkenaan dengan binatang iaitu seorang wanita menampat seekor kucing sehingga kucing itu mati dan tidak memberi makan serta tidak melepaskan kucing itu. Maka Rasulullah menyatakan yang wanita itu diazab dengan perbuatannya itu.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, bersabda:

دَخَلَتِ امْرَأَةٌ النَّارَ فِي هِرَّةٍ رَبَطَتْهَا فَلاَ هِيَ أَطْعَمَتْهَا وَلاَ هِيَ أَرْسَلَتْهَا تَأْكُلُ مِنْ خَشَاشِ اْلأَرْضِ حَتَّى مَاتَتْ هَزْلاً

“Seorang wanita masuk Neraka karena seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan dan tidak membiarkannya makan serangga bumi, sehingga mati kelaparan.” (riwayat al-Bukhari & Muslim)

Husnul Khotimah, mati dalam keadaan yang baik 

Terdapat hadith lain lagi di dalam himpunan 40, ada hadith yang berkenaan dengan husnul khotimah ataupun amalan itu bergantung kepada amalan yang terakhir.

“..ada seseorang diantara kalian yang mengerjakan amalan ahli surga sehingga tidak ada jarak antara dirinya dan surga kecuali sehasta saja. kemudian ia didahului oleh ketetapan Alloh lalu ia melakukan perbuatan ahli neraka dan ia masuk neraka. Ada diantara kalian yang mengerjakan amalan ahli neraka sehingga tidak ada lagi jarak antara dirinya dan neraka kecuali sehasta saja. kemudian ia didahului oleh ketetapan Alloh lalu ia melakukan perbuatan ahli surga dan ia masuk surga.” (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kita perlu faham hadith-hadith yang kita bacakan tadi ataupun yang kita sebutkan tadi di dalam dua sudut.

Sudut yang pertama berkaitan dengan dosa manakala sudut yang kedua berkaitan dengan kufur dan iman. Pertama dosa pahala, yang kedua kufur iman.

Bagi minuman kepada anjing adalah pahala manakala wanita ini berzina adalah dosa. Maka ini adalah antara pahala dengan dosa. Kemudian hadith yang di sebut masuk ke syurga dan masuk ke neraka, orang yang melakukan amalan syurga dan amalan neraka. Dia melakukan amalan ahli neraka tiba-tiba sebelum mati dia melakukan amalan ahli syurga, lalu mati dia masuk syurga. Ini adalah berkaitan dengan iman dan kufur. Seperti orang yang kafir sebelum mati dia beriman maka dia kana masuk ke syurga. Manakala orang yang beriman sebelum mati dia kufur maka dia akan masuk ke neraka.

Zahirnya kita kenal 20 tahun, 30 tahun atau 40 tahun di masjid tiba-tiba sudah hampir mati datang pula Kristian berdakwah kepadanya dan dia tidak mampu untuk menjawab dan melakukan kesilapan di dalam debat itu dengan berkata siapa kalah perlu tukar agama. Mereka bersetuju tetapi tiba-tiba dia terlupa beberapa ayat lalu menyebabkan dia masuk agama Kristian. Sejam selepas itu dia pun mati maka dia masuk neraka. Berbeza dengan tadi, wanita yang memberi minum anjing lalu masuk syurga. Dia adalah wanita beriman, telah membuat dosa besar dan mempunyai amalan baik maka apabila mempunyai amalan baik maka amalan baik itu boleh diampunkan dan itu semua masih lagi termasuk di dalam masyiatullah iaitu kehendak Allah untuk mengampunkannya.

Manakalan wanita yang menambat kucing sehingga mati itu ada perbincangan di situ samada wanita itu kekal masuk neraka ataupun tidak. Jika kekal kemungkinan kerana dia munafiq atau sebagainya. tetapi zahirnya bukan begitu, dia dimasukkan untuk diazab terhadap perbuatannya yang mengazab binatang tersebut. Ini tidak menunjukkan dia kekal di dalam neraka.

Jadi disini kita perlu bezakan dua perkara jika amalan yang berkaitan dengan pahala dan dosa, maka Allah boleh mengampunkan. Jika orang yang melakukan dosa itu adalah orang yang beriman, maka kita melihat kepada prinsip Ahli Sunnah yang pertama iaitu melakukan dosa besar tidak bertaubat pun maka masih lagi ada peluang untuk dimaafkan dan diampunkan oleh Allah, walaupun ada risiko Allah mengazabnya terlebih dahulu.

Seperti wanita tadi melakukan dosa besar tetapi disebabkan ada keikhlasan di dalam dirinya yang dilihat oleh Allah swt iaitu memberi minum kepada anjing itu, maka itu menunjukkan adanya taubat, keikhlasan dan keinsafan maka Allah mengampunkannya dan memasukkannya terus ke dalam syurga. Jika hadith yang saya sebutkan tadi iaitu orang yang terakhir keluar daripada neraka, itu adalah dibawah kehendak Allah tetapi masuk ke dalam neraka terlebih dahulu.

Rakaman oleh Abu Aqif Studio

“Teks disediakan oleh Biro Penerbitan iLMU berdasarkan rakaman berikut: 

http://www.youtube.com/playlist?list=PL99617A8EF5F8F1EA

Khawarij mengkafirkan pelaku dosa besar

dari Kuliah Akidah Perbandingan Akidah Ahlus Sunnah dan Khawarij.

Bahagian 4

b4034999Golongan al-Khawarij pula mengkafirkan pembuat dosa besar di kalangan mukminin. Mengapakah mereka menyatakan demikian? Ini kerana mereka melihat ayat-ayat wa’id. Waid ini ialah ayat-ayat ancaman. Kita biasa mendengar tarhib dan targhib. Targhib bermaksud memberi galakan, manakala tarhib bermaksud memberi amaran.

Al-Wa’du adalah janji baik. Allah menjanjikan orang yang berpuasa sekian-sekian, orang yang solat pula sekian-sekian. Dan Allah memberi amaran kepada orang yang memakan harta anak-anak yatim dan sebagainya.

Jadi mereka menggunakan ayat-ayat wa’id iaitu ayat-ayat amaran yang kebiasaannya Allah turunkan kepada orang-orang kafir, namum mereka (khawarij) gunakan kepada orang-orang Islam. Itu secara umumnya yang dibuat oleh golongan khawarij.

Sebagai contoh dalam firman Allah,

“Sesungguhnya orang yang makan harta anak yatim secara zalim, maka sesungguhnya mereka masukkan kedalam perut mereka itu api neraka dan mereka akan masuk neraka sair.” (surah an-Nisa, ayat 10)

Mereka mengambilnya pada zahirnya tanpa melihat kepada ayat-ayat dan hadith-hadith yang meletakkan pengecualian.

Jadi itulah yang dilakukan oleh golongan khawarij dengan mengambil ayat-ayat ancaman dan terus gunakan pada orang Islam tanpa melihat kepada ayat-ayat yang mengecualikan seperti Allah tidak mengampunkan dosa syirik tetapi mengampunkan dosa yang tidak sampai syirik.

Ust. Dr. Fadlan Mohd Otman

dari Kuliah Akidah Perbandingan Akidah Ahlus Sunnah dan Khawarij.

Bahagian 3

tumblr_m2uyntsc7l1r5gqh6o1_500Selepas diazab adakah orang yang melakukan dosa besar akan kekal di dalam neraka? 

Jawapannya tidak dan sesiapa yang mempunyai di dalam hatinya sebesar biji sawi keimanannya maka dia tidak akan kekal di dalam neraka, malah dia akan dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam syurga. Semuanya telah kita pelajari dan semuanya menunjukkan bahawa orang yang membuat dosa besar jika tidak bertaubat, kemudian Allah menghendaki dia diazab di dalam neraka, maka azabnya adalah untuk beberapa ketika.

Kemudian apabila telah dibersihkan maka dia akan dikeluarkan dan dikembalikan semula ke dalam syurga. Ini kerana adanya keimanan di dalam hatinya yang tidak boleh mengekalkannya di dalam neraka seperti satu hadith yang berkenaan dengan orang terakhir yang akan keluar daripada neraka ataupun dikeluarkan daripada neraka. Apabila dikeluarkan dia sudah hangus dan diletakkan disebelah sungai kehidupan kemudian dia akan hidup semula.

Abu Said Khudri bahwa Nabi saw. bersabda,

“Penghuni surga akan masuk surga dan penghuni neraka akan masuk neraka. Kemudian Allah Taala berfirman, ‘Keluarkanlah dari neraka siapa saja yang di dalam hatinya ada keimanan sekali pun seberat biji sawi.’ Orang-orang itu lalu keluar dari neraka dan tubuhnya sudah hitam hangus. Mereka lalu dimasukkan ke dalam sungai kehidupan (memberikan semangat hidup kembali), lalu tumbuhlah orang-orang tersebut sebagai tumbuhnya benih di samping tanah yang terkena air bah (banjir). Tidakkah engkau mengetahui bahwa benih itu akan keluar kekuning-kuningan dan berseri-seri.”  (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Nasai)

Orang yang terakhir keluar dari neraka dan masuk ke dalam syurga 

Diriwayatkan dari Ibnu Masud r.a. bahwa Rasulullah saw. bersabda,

“Orang yang terakhir masuk surga adalah seorang lelaki. Ia kadang-kadang berjalan dan kadang-kadang merangkak, bahkan kadang-kadang masih dijilat-jilat juga oleh api. Setelah ia dapat melalui tempat api itu, ia pun menoleh ke belakang dan berkata, ‘Maha Suci Allah yang telah menyelamatkan diriku daripadamu. Sungguh saya telah dikaruniai oleh Allah Taala suatu pemberian yang belum pernah diberikan oleh-Nya kepada seseorang pun baik dari golongan orang-orang dahulu (awalin) atau pun orang-orang belakangan (akhirin).

Kemudian ditampakkan padanya sebatang pohon, lalu ia berkata, ‘Ya Tuhanku! Sudilah kiranya Engkau mendekatkan aku kepada pohon ini, supaya aku dapat bernaung di bawahnya dan dapat pula minum airnya.’ Allah berfirman, ‘Hai anak Adam (manusia)! Barangkali kalau sudah Kuberikan padamu permintaanmu itu, apakah kiranya engkau tidak meminta lagi yang lain?’

Orang itu menjawab, ‘Ya Tuhanku! Aku tidak akan meminta yang lainnya lagi.’

Orang itu disuruh berjanji tidak akan meminta yang lain lagi dan setelah itu Tuhan lalu menerima permohonannya, sebab dilihatnya orang tersebut tidak sabar lagi mendapatkan keinginannya. Oleh Allah ia didekatkan pada pohon itu dan ia pun bernaung di bawahnya serta minum pula airnya. Selanjutnya ditampakkan sebatang pohon yang lain padanya dan yang lebih bagus dari yang pertama.

Orang itu berkata, ‘Ya Tuhanku! Sudilah kiranya Engkau mendekatkan aku kepada pohon ini, supaya aku dapat bernaung di bawahnya dan minum airnya. Aku tidak akan meminta yang lainnya pada-Mu.’

Allah berfirman, ‘Hai anak Adam! Bukankah sebelum ini engkau sudah berjanji tidak akan meminta yang lainnya kepada-Ku? Barangkali kalau sudah Kuberikan permintaanmu ini, engkau akan meminta lagi yang lainnya pula?’

Orang itu berjanji sekali lagi untuk tidak meminta yang lainnya. Tuhan lalu menerima permohonannya, sebab dilihatnya orang tersebut agaknya tidak sabar lagi untuk mendapatkan keinginannya itu. Oleh Allah ia didekatkan pada pohon itu dan ia pun bernaung di bawahnya serta minum airnya. Setelah itu ditampakkan pula di muka orang tadi sebatang pohon yang terletak di dekat pintu gerbang surga yang keadaannya lebih bagus dari kedua pohon yang sebelumnya.

Orang itu berkata pula, ‘Ya Tuhanku! Sudilah kiranya Engkau mendekatkan aku dari pohon ini, supaya aku bernaung di bawahnya dan minum airnya. Aku tidak akan meminta pada-Mu yang lain lagi.’

Allah berfirman, ‘Hai anak Adam! Bukankah sebelum ini engkau sudah berjanji pada-Ku tidak akan meminta yang lain.’

Orang tadi menjawab, ‘Benar, ya Tuhanku sekarang saya tidak meminta lagi yang lain.’ Oleh Allah diterima permohonannya, sebab dilihatnya ia sudah tidak sabar lagi untuk mendapatkan keinginannya. Orang itu didekatkan pada pohon tersebut. Demi ia sudah didekatkan pada pohon yang terletak di dekat pintu surga itu, lalu terdengar olehnya suara riuh rendah dari penghuni surga.

Kemudian ia pun berkata lagi, ‘Ya Tuhanku, masukkanlah saya ke dalam surga.’

Allah berfirman, ‘Hai anak Adam! Karunia apakah yang kiranya dapat memuaskan hatimu, sehingga engkau tidak meminta-minta lagi? Apakah kiranya engkau puas, sekiranya engkau Kuberi kenikmatan sebesar kadar dunia dan sebuah lagi yang seperti itu?’

Orang itu berkata, ‘Ya Tuhanku! Apakah Engkau memperolok-olokkan diriku padahal Engkau adalah Tuhan seru sekalian alam?’

Ibnu Masud (yang menceritakan hadis ini) lalu ketawa. Setelah itu ia berkata, ‘Mengapa kamu semua (kawan-kawannya yang mendengarkan) tidak menanyakan kepadaku, apa sebab aku ketawa?’ Orang-orang yang mendengarkan lalu bertanya, ‘Mengapa engkau tertawa?’ Ia menjawab, ‘Begitulah Rasulullah saw. juga ketawa sewaktu menceritakan ini, lalu beliau ditanya, apakah sebab beliau tertawa.’

Beliau menjawab, ‘Saya tertawa karena Tuhan seru sekalian alam ketawa ketika orang yang meminta dimasukkan surga itu berkata, ‘Apakah Engkau memperolok-olokkan diriku, padahal Engkau adalah Tuhan seru sekalian alam.’

Seterusnya Allah lalu berfirman, ‘Aku tidak memperolok-olokkan engkau, tetapi memang Aku ini Maha Kuasa atas segala yang Aku kehendaki.’”(riwayat oleh Muslim)

Motivasi buat orang beriman

Zahir daripada hadith-hadith menunjukkan jika orang yang beriman ini yang masuk neraka dahulu maka dia tidaklah sesuci orang-orang yang mendahului ataupun yang terawal masuk syurga. Jika kita lihat daripada aspek itu untuk motivasi bagus kita melihat bahagian tersebut. Maksudnya untuk memotivasikan orang contohnya kita lihat ada orang bersemangat ataupun pertengahan seperti tidak cuai ataupun dia cuai tetapi masih ada harap untuk kita berikan semangat, jadi kita beritahu padanya bahawa usahalah sungguh-sungguh supaya kita boleh masuk syurga seawal mungkin dan bukannya selepas dibersihkan di dalam neraka.

Tetapi sekiranya kita berjumpa dengan orang yang hampir-hampir berputus asa. Dia mempunyai harapan sedikit dan hendak masuk ke syurga tetapi amalannya yang dia lihat terlalu banyak amalan jahatnya lalu dia hampir-hampir berputus asa dan dia datang kepada kita lalu menyatakan, ‘ustaz saya hendak masuk syurga tetapi saya tidak layak kerana terlalu banyak dosa saya. Saya tidak sempat lagi untuk memperbaiki semula kesilapan saya.’

Jadi disini kita boleh gunakan hadith tadi iaitu hadith yang orang terakhir masuk syurga. Tetapi persoalan adakah dia boleh naik ke darjat yang lebih tinggi ‘wallahualam’. Zahirnya jika masuk lewat itu akan duduk berjauhan dengan Nabi.

Rakaman oleh Abu Aqif Studio

“Teks disediakan oleh Biro Penerbitan iLMU berdasarkan rakaman berikut: 

http://www.youtube.com/playlist?list=PL99617A8EF5F8F1EA

Ust Dr Fadlan Mohd Othman

dari Kuliah Akidah Perbandingan Akidah Ahlus Sunnah dan Khawarij.

tumblr_m25bx1EYf01r837ebo1_500Bahagian 2: Dosa besar

Dosa besar pula definisinya ialah mana-mana perbuatan yang dilarang oleh Allah swt dengan menyatakan bahawa sesiapa yang membuatnya akan mendapat azab atau mendapat hudud ataupun menyatakan celaan terhadap amalan tersebut iaitu celaan yang keras, maka itu adalah dosa besar.

Jika dia melakukan dosa besar dan tidak bertaubat maka bagaimana?

Dijelaskan oleh ulama’ kita bahawa dosa besar hanya dikifarahkan ataupun dihapuskan dengan taubat. Sesiapa yang melakukan dosa besar dan tidak bertaubat, maka akhirat nanti dia akan menjadi seperti ayat yang pertama tadi iaitu sekiranya Allah ingin, Allah boleh azabnya terlebih dahulu dan sekiranya Allah ingin, Allah boleh mengampunkannya. Bergantung kepada masyitatullah (kepada kehendak Allah).

Firman-Nya yang bermaksud,

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa Yang lain dari itu bagi sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). dan sesiapa Yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain), maka Sesungguhnya ia telah melakukan dosa Yang besar.” (An-Nisa’, ayat 48)

Maksudnya Allah boleh mengampunkan dosa yang tidak sampai kepada syirik bagi sesiapa yang Allah inginkan. Daripada situlah para ulama kita menyatakan siapa yang Allah inginkan, Allah boleh mengampunkan dan sesiapa yang Allah inginkan, Allah boleh mengazabnya terlebih dahulu. ini adalah pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Orang yang beriman, mengesakan Allah SWT yang tidak terlepas daripada kesilapan sama ada kesilapan kecil atau besar iaitu dosa kecil atau dosa besar. Pendirian kita jelas bahawa jika dosa kecil boleh dihapuskan dengan amalan soleh walaupun tidak bertaubat.

Tetapi jika dosa besar pula, jika bertaubat maka tiada masalah. Tetapi jika tidak bertaubat maka dia di bawah risiko iaitu boleh diampunkan oleh Allah dan juga boleh diazab oleh Allah.

Teks disediakan oleh Biro Penerbitan iLMU berdasarkan rakaman berikut:

http://www.youtube.com/playlist?list=PL99617A8EF5F8F1EA

Rakaman oleh Abu Aqif Studio

 

Ust Dr Fadlan Mohd Othman

dari Kuliah Akidah Perbandingan Akidah Ahlus Sunnah dan Khawarij.

jalanBahagian 1

Perbandingan ini kita ringkaskan daripada kitab al-Khawarij al-Wa Ahlul Firaq fi tarifi Islam oleh Professor Dr. Nasir bin Abdul Karim al-Aql. 

Pertama : Ahlus Sunnah Wal Jamaah menyatakan bahawa muahid (orang yang mentauhidkan Allah) yang membuat dosa besar, sekiranya tidak bertaubat maka mereka berada di bawah kehendak Allah swt. Sama ada diazab dahulu kemudian dia akan masuk ke syurga atau dimaafkan terus dan dimasukkan ke dalam syurga.

Berbeza dengan golongan Khawarij yang mengkafirkan pembuat dosa besar. Yakni dosa yang tidak sampai ke tahap syirik ataupun sama dengannya seperti kufur yang mengeluarkan daripada Islam.

Maka Ahli Sunnah Wal Jamaah menyatakan muwahid (orang Islam yang mengesakan Allah), sekiranya mereka tidak terlepas dan pastilah mereka tidak terlepas daripada dosa-dosa kecil dan dosa-dosa besar, maka apakah keadaan mereka sekiranya mereka mati di dalam keadaan membuat dosa kecil? Dan apa pula keadaan mereka sekiranya mereka mati di dalam membuat dosa besar ataupun selepas membuat dosa besar dan tidak sempat bertaubat. Jika bertaubat dan sekiranya taubat itu taubat nasuha, maka tiada masalah. Tetapi sekiranya tidak bertaubat dosa kecilnya bagaimana?

Contohnya seorang mukmin muwahid iaitu mengesakan Allah, tidak melakukan perkara syirik tetapi dia melakukan dosa kecil kemudian dia mati dan tidak sempat bertaubat. Akan tetapi dia ada melakukan amalan yang lain. Jadi adakah dia akan masuk syurga atau neraka? Jawapannya ialah dia akan ke syurga kerana dosa kecilnya itu boleh diampunkan dan boleh dihapuskan dengan perbuatan-perbuatan soleh ataupun amalan-amalan soleh yang dia lakukan.

Dalilnya ialah sebuah hadith di mana seorang lelaki datang kepada Nabi saw dan berkata dia telah berzina. Nabi bertanya, ‘Apakah yang telah kamu lakukan?’ Maka lelaki itu menjawab dia telah mencium, memegang dan sebagainya tetapi dia tidak berzina sebenarnya. Lalu Rasulullah saw menahannya untuk solat bersama. Selepas solat bersama Nabi menyatakan, ‘Solat ini telahpun mengkifaratkan perbuatan kamu itu.’ Jadi perbuatan dosa kecil boleh di ampunkan ataupun dihapuskan dengan amalan-amalan yang soleh.

bersambung…

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

Rakaman oleh Abu Aqif Studio

 

QnA : Perbandingan Agama 

Ust. Dr. Fadlan Mohd Othman

Soalan dengan comparative religion di dalam bahasa Melayu dipanggil perbandingan agama. Perbandingan agama ini ialah satu istilah yang boleh juga disalah-fahami seperti juga perubatan Islam. Jika kita menyebut perbandingan agama dan kita faham bahawa kita ini agama Islam dan agama-agama lain, kita hendak berdialog dan berbincang tentang kewujudan Allah. Maksudnya seolah-olah kita berbincang, terbuka dan toleransi di dalam masalah ini maka itu adalah masalah.

Tetapi jika dimaksudkan dengan dialog agama seperti baru-baru ini yang dibuat oleh kerjasama antara Universiti Islam Madinah dan juga Universiti Islam Antarabangsa (M) di Hotel Raja Chulan baru-baru ini, inisiatif Raja Abdullah al-Isahud rahimahullah di dalam menggalakkan dialog peradaban merangkumi dialog agama. Jadi yang dimaksudkan di situ ialah kita hendak berdialog di dalam perkara yang boleh kita sepakat.

Contohnya kita hendak mengurangkan pergaduhan maka kita berdialog seperti orang Islam perlu mempunyai wakil, sebagaimana orang Hindu juga perlu mempunyai wakil, orang Budha perlu ada wakil dan orang Kristian perlu ada wakil dan kita berbincang serta kita hendak sepakat di dalam satu perkara iaitu kita hendak mengurangkan pembunuhan.

Contoh lain kita hendak menjaga keselamatan Selangor atau Kajang, maka kita berdialog atau berbincang tentang keselamatan Selangor dan Kajang. Bukannya kita perlu membincangkan tentang siapakah Tuhan yang lebih layak. Di mana akhirnya kita merasakan hujjahnya lebih kuat, maka kita menyatakan kita tidak akan menyembah Tuhan kita lagi tetapi akan menyembah Tuhan mereka pula. Nauzubillahiminzalik.

Pada perkara yang merupakan usul yang memang pegangan asli dan pegangan asal kita tidak boleh pertikaikan. Perkara-perkara yang tidak boleh kita ubah maka kita kembalikan kepada firman Allah swt ‘lakumdinukum waliyadin’, “kamu percayahlah dengan agama kamu, kami percaya dengan agama kamu”.

Di dalam masalah ini kita tidak akan bersatu. Tetapi di dalam masalah menjaga keselamatan semua orang terlibat untuk menjaganya kerana itu di dalam sahifah Madinah yang Nabi saw lakukan, beliau meletakkan bahawa umat Islam ‘ummatundunannas’, Umat Islam adalah umat yang terasing daripada orang lain dan menceritakan mereka mempunyai hak yang tersendiri.

Kemudian umat Yahudi juga adalah umat yang terasing dengan orang lain. Mereka mempunyai adat sendiri dan kepercayaan sendiri. Itu adalah daripada sudut perbezaan ianya tidak boleh sama. Kita tidak boleh menyatakan orang Islam ini hendak bersama dengan orang Yahudi, maka suatu hari kita menggunakan Gereja dia manakala dia menggunakan Masjid kita. Tetapi untuk menjaga Madinah, semuanya perlu menjaga kedaulatan Madinah. Jadi asas dialog itu adalah kita hendak mendapatkan kebajikan dan ketakwaan yang boleh kita bersatu iaitu ketakwaan seperti hendak menjaga keselamatan. Maka kita boleh bersatu disitu. Tetapi jika hendak sampai ke tahap membincangkan tentang yang mana lebih baik tauhid ataupun trinity, ini tidak boleh berlaku. Ianya akan bertukar menjadi depat itu tidak mengapa.

Seperti yang di lakukan Syeikh Ahmad Deedat yang dilakukan adalah debat bukannya dialog. Dia akan menyatakan hujahnya begini manakala hujah kamu salah maka mereka berdebat. Jadi kita perlu bezakan antara debat dan dialog. Dialog yang positif ialah pada benda yang luar daripada usul ataupun dasar agama kita.

Rakaman oleh Abu Aqif Studio

“Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

http://www.youtube.com/watch?v=4ddarPFGDKA

 

Moderator :Gadaffi Musli

Moderator    : Apakah pandangan Ustaz, mengenai kepercayaan masyarakat Melayu terhadap isu bomoh berdasarkan perspektif Islam?

Ustaz Fadlan : Apabila kita membicarakan bomoh, melihat kepada masyarakat Islam khususnya, adanya kepercayaan yang menepati Islam dan adanya yang tidak menepati. Contohnya,apabila tiba musim peperiksaan, kita akan dapati banyak masyarakat Islam membawa anak-anak mereka berjumpa dengan bomoh dan mendapatkan khidmat dari mereka.

Sedangkan kalau kita perhatikan, contohnya apabila Imam Bukhari R.A apabila ditanya bagaimana caranya untuk kita berjaya mendapatkan ilmu. Jawapannya ialah “izamatun nazor” iaitu sentiasa melihat. Yakni dengan kita sentiasa membaca buku, bukannya dengan mengambil makanan atau minuman tertentu.

Akhirnya anak-anak tidak akan membaca buku dan lebih bergantung kepada minumam yang dijampi daripada menela’ah kitab.

Ustaz Ahmad Fauzan : Kita mungkin dahulu sudah terbiasa sejak dari kecil dengan isu Nujum Pak Belalang. Sehinggalah zaman saya sendiri,sekitar tahun 90-an, di mana ibu bapa akan membeli pensel yang baru dan dibawa kepada bomoh untuk dijampi. Amalan ini ia akan memberi kesan kepada akidah kita.

Sepertimana yang kita tahu semua perkara hendaklah kita bertawakkal kepada-Nya. :Faiza “azamta fatawakkal ‘ala allah faizas ta’anta fasta’in billah”.

Dan dalam surah Al-fatihah ayat 5: “Maksudnya : Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.”

Moderator : Penggunaan bomoh dan jampi sudah menjadi satu budaya di kalangan masyarakat terutamanya musim peperiksaan.Apakah padangan ustaz?

Ustaz Fadlan : Penekanan kepada isu jampi, apakah jampi yang dibenarkan dan apakah yang tidak langsung dibenarkan. Kita akan dapati, dalam amalan Rasulallah jampi itu ada. Tetapi yang pentingnya fokus jampi itu,kepada sebahgian masyarakat yang menghadapi masalah kesakitan seperti dirasuk syaitan dan kesakitan misalnya. Terdapat hadis-hadis yang menunjukkan Rasulallah berjampi berjampi dan menjampi sahabatnya.

Ustaz Ahmad Fauzan : Tidak ada satu jampi yang dapat menjadikan seseorang jadi baik dan soleh. Padahal, kalaulah benda ini diamalkan “Laukana Khairan Lasabaquunaa Ilaihi’. Maksudnya :“Jika suatu perbuatan itu baik, niscaya mereka (yakni para sahabat) akan mendahului kita untuk mengamalkannya”.

Hadis lain yang bermaksud: “Sesiapa yang mendatangi bomoh atau tukang tilik, dan membenarkan (mempercayai) apa yang dikatakan oleh bomoh atau tukang tilik itu, sesungguhnya dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad.”  (Hadith riwayat Ahmad, al-Hakim dari Abu Hurairah RA)

Moderator :Ada cerita mengenai sihir dan ada juga yang menyihir orang. Apakah pandangan ustaz?

Ustaz Ahmad Fauzan : Memanglah,hal-hal sebigini adalah ancaman daripada syiatan. Adanya diajar ayat-ayat yang untuk menghadapi perkara ini seperti Surah Al-Baqoroh.

Moderator:  Kenapa minda masyarakat kita apabila menghadapi marah dan dengki akan membawa mereka kepada sihir? 

Ustaz Fadlan : Kalau diperhatikan sejarah kedatangan Islam ke Nusantara, pada awalnya masyarkat mengamalkan animisme. Dan masih ada saki-bakinya kerana kejahilan.

Maksudnya : Ketahuilah wahai Muhammad bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah ,dan mintalah ampun untuk dosamu dan orang-orang yang beriman.

Hendaklah kita yakin dengan betul dengan kalimah “La ila ha illah”.Bila ada gangguan syaitan mintalah perlidungan daripada Allah. Namun apabila kita jauh dari ajaran Islam,kita akan menjadi masyarakat yang mencari dan mengikut apa yang ada.

Oleh itu, masyarakat kita akan berpindah daripada kejahilan menjadi ikutan.

Ustaz Ahmad Fauzan : Solusinya kita kembali kepada Al-Quran dan hadis.Pesan Nabi, 

“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, selagi kamu berpegang dengan keduanya kamu tidak akan disesatkan iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan sunnah RasulNya. (riwayat  Malik dalam Muwata’.  Hakim dalam Mustadrak.  Disahihkan oleh Al-Albani dalam Sahihul Jami’.  No. 2937.)