Arkib

Akidah & Manhaj

Ustaz Dr. Fadlan Mohd Othman 

Oleh kerana persamaan yang ketara di dalam matlamat tauhid inilah kita hanya mendapati golongan sufi atau tasawwuf daripada kalangan ahli kalam sahaja samada al Asyairah ataupun Maturidiah. Maksudnya di sini golongan sufi boleh klik dengan golongan ilmu kalam. Golongan salaf yang sempurna tauhidnya tidak akan merasakan kesan vacum itu lalu mereka tidak akan memerlukan pemikiran tasawwuf itu. Kerana itu kita akan dapati seorang itu aqidahnya al-asyari, kemudian tarikatnya Naqsyahbandi dan sebagainya. tetapi jika seseorang itu aqidahnya salafi maka dia tidak perlukan tarikat lagi kerana ibadat itu sudah ada di dalam aqidahnya. Tarikat itu adalah satu unsur pergerakan ibadat.

Tauhid yang tidak menekankan uluhiyah ataupun ubudiyyah iaitu pengabdian diri hanya kepada Allah akan membuka ruang kepada syirik. Oleh sebab itu kita dapati ibadah golongan ini sering tercemar dengan amalan berunsur syirik. Walaupun mereka menyembah Allah, berpuasa, berzakat dan mengerjakan haji kerana Allah, kita dapati mereka meminta perlindungan daripada malapetaka, bencana dan kecelakaan daripada selain Allah seperti bomoh, tangkal, penunggu, puaka dan lain-lain.

Adakah orang yang aliran aqidah salafi menggunakan kayu koka, pakai tangkal dan sebagainya? Tidak kerana yang ada hanyalah golongan ilmu kalam yang terpengaruh dengan sufizem. Adakah yang kita lihat orang aliran salafi apabila masuk ke masjid mereka memegang tiang untuk mengambil berkat. Ianya tidak ada. Yang ada hanyalah golongan yang bukan salafi kerana mereka punya konsep ibadatnya mempunyai pencemaran. Mungkin dia sendiri tidak perasan dengan perkara tersebut.

Mereka juga cenderung memohon hajat tertentu daripada makhluk seperti wali yang disangkakan keramat yang sudah mati dengan sangkaan wali itu menjadi perantaraan antara mereka dan Allah untuk menghampirkan diri mereka kepada Allah. Kita mungkin pernah melihat gambar-gambar wali yang diatasnya ditulis ‘wali-wali Allah tidak ada ketakutan keatas mereka dan mereka tidak akan sedih’. Jadi ada orang mungkin menganggap itulah wali-wali Allah sedangkan ayat itu sendiri selepasnya menyatakan ‘mereka yang beriman dan bertaqwa’. Jika beriman bagaimana adakah kita boleh mengambil berkat daripada manusia ini contohnya daripada gambar dan sebagainya?

Baru-baru ini Raja Muda Perlis telah menitahkan supaya gambar-gambar yang dilekatkan di kedai-kedai  kononya untuk melariskan itu agar diturunkan kerana semuanya menyalahi aqidah. Mereka merasakan apabila mereka meletakkan gambar wali-wali itu di kedai maka mereka tidak akan mendapat gangguan tetapi apabila mereka menurunkannya lalu perasaan mereka dengan diganggu oleh syaitan pula mereka merasakan mendapat gangguan. Jadi ini adalah kepercayaan yang dipermainkan oleh syaitan di samping aqidah mereka mempunyai masalah. Jika di sisi ulama salah tujuan aqidah kita mengenali Allah adalah beribadat kepada Allah bukannya mengenali Allah.

Inilah kesannya apabila sumber ilmu di dalam aqidah adalah tercemar. Bagaimana ianya boleh berlaku kerana ulama salaf mendahulukan al-Qur’an dan al-Hadith. Manakala ulama ilmu kalam mendahulukan ilmu kalam kemudian baru al-Qur’an atau al-Hadith.

Perlu diingat kriteria pertama golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenarnya ialah sumber ilmu mereka dalam aqidah hanyalah al-Qur’an dan al-Sunnah. Manakala hadithnya adalah hadith yang sahih. Kriteria yang kedua adalah tauhid yang lengkap dengan Tauhid Uluhiyah sebagai kemuncaknya yang mana matlamatnya ialah mengesakan Allah dengan ibadah.

Rakaman oleh Abu Aqif Studio

“Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:- http://www.youtube.com/watch?v=qItXt-c3Z4M

Dr. Fadlan Mohd Othman

Dari satu sudut apabila kita membicarakan tentang Jemaah Tabligh, kita akan dapat melihat bagaimana mereka (sepertinya) ada keikhlasan yang kadang-kadang tidak berapa ada pada orang yang Ahli Sunnah. Tetapi keikhlasan itu tidak menunjukkan mereka betul. Mereka ada menekankan sudut keikhlasan dan kita juga mempunyai keikhlasan tetapi kadang-kadang jika kita perhatikan mungkin nampak mereka lebih di dalam keikhlasan. Tetapi disebabkan keikhlasan itu tidak disulami dengan mengikut sunnah ataupun ittiba’, maka kadang-kadang ia jadi lain..

Rakan-rakan pernah berhadapan dengan perkara ini apabila mereka dipanggil untuk sertai JT. Apabila mereka masuk di dalam perhimpunan itu kebiasaannya akan diceritakan kisah-kisah ataupun mungkin hadith-hadith yang tidak sahih dan sebagainya untuk menggalakkan keutamaan amalan yang mereka pegang sebagai konsep dakwah. Jadi apabila ada yang menegur dengan menyatakan hadith ini tidak sahih dan sebagainya, maka mereka menjadi tidak senang dengan perkara itu. Ini adalah satu perkara yang tidak boleh di kompromikan. Jika kita hendak berdakwah, maka gunakanlah hadith dan dalil yang sahih. Walaupun kita mempunyai niat yang baik tetapi kita perlu juga mempunyai satu lagi ciri yang utama untuk melengkapi iaitu iitiba’ mengikut sunnah Nabi saw.

Jadi pandangan saya ialah kita cuba mengambil manfaat daripada apa yang orang lakukan. Kebiasaannya yang mahir memanggil orang yang tidak solat. Secara umumnya kebiasaan untuk rajin ke masjid adalah JT. Jadi itu adalah kepakarannya, oleh itu mungkin kita boleh menyertainya dan menjadikan diri kita sebagai sukarelawan di dalam pengisian ilmu. Jadi disitu adanya pemantauan yang berterusan terhadap kandungan majlis ilmu mereka. Ini adalah satu perkara yang penting yang boleh dilakukan. Antara perkara yang berlaku di Pakistan ialah wujudnya Tablighi Ahli Hadith. Ahli hadith ialah nama lain bagi salafi, manakala Tablighi adalah pergerakan dakwah tetapi pengisiannya adalah pegisian salafi yang penuh dengan hadith sahih dan pemahaman generasi terawal.

Jika kita perhatikan mereka cukup ringan tulang di dalam berdakwah dan pada masa yang sama apa yang mereka sampaikan itu ialah menepati sunnah Nabi saw. Ianya tidak ada kerisauan terhadap isi dan juga cara penyampaian di mana jika Tabligh biasa dia mempunyai kerisauan di dalam isi dan juga di dalam cara penyampaian. Maksudnya di sini cara pemilihan, mereka akan memilih sesiapa sahaja untuk memberi bayan (tazkirah) walaupun tanpa ilmu. Ini adalah satu masalah yang besar tetapi jika diajar terlebih dahulu hadith tertentu dan kita yakin yang dia boleh menceritakan semula hadith itu dengan sempurna barulah kita benarkannya untuk memberi bayan. Inilah yang kita mahukan sebenarnya iaitu kita perlu didik juga Ahli Sunnah ataupun aliran Sunnah untuk mempunyai keupayaan di dalam menyampaikan tetapi dengan ilmu.

Orang tabligh kebiasaannya dia mempunyai  keupayaan menyampaikan tetapi dari sudut ilmu yang biasa kita lihat mereka tidak menekankan tentang bab itu. Wallahua’lam semoga Allah memberi hidayat kepada kita semua. Maksudnya di sini peringatan ini adalah supaya kita tidak merasa apa yang dilakukan oleh sesetengah orang ataupun sesetengah kumpulan yang dilebalkan sesat oleh ulama kita ataupun menyeleweng oleh ulama kita, kita risau ada dik alangan kita yang akan melihat bahagian yang baik dan menyatakan mengapa hendak melebalkan sebegitu rupa bahawa jemaah tabligh adalah jemaah yang sesat terbesar di dunia ini sedangkan mereka adalah orang baik.

Jadi kita hendak ceritakan di sini bahawa kebaikan yang ada itu adalah kebaikan nisbi ataupun kebaikan sebahagian kerana mereka mengambil sebahagian kebaikan disisi para sahabat dan mereka menonjolkan perkara itu. Sedangkan sepatutnya apa yang diambil adalah secara keseluruhan. Keseluruhan pula bermaksud kita mengambil secara keseluruhan dan kita pastikan kesemuanya ada sekurang-kurangnya pada tahap yang minimam. Semakin tinggi semakin bagus. Jangan pula kita mengambil sebahagian dan kemudian itu yang kita tonjolkan, manakalan sebahagian yang lain kita tenggelamkan. Perkara seperti ini yang kita tidak mahu terjadi.

Lebih baik seperti para sahabat ra, mereka solat, berpuasa, khusyuk dan sebagainya tetapi melihat kepada Khawarij maka siapakah yang hebat? Jika kita lihat orang khawarij yang hendak dibunuh oleh seorang sahabat Nabi dan dia telah berkata, Engkau akan tahu siapa yang lebih layak masuk Neraka

Maksudnya dia(golongan khawarij) hendak menceritakan bahawa sahabat Nabi itu yang lebih layak masuk Neraka. Inilah yang orang Khawarij berkata apabila hendak dibunuh oleh sahabat Nabi itu. Kadang-kadang kita berfikir apabila orang yang akan dibunuh itu bertukar fikiran tetapi orang Khawarij ini tidak begitu. Tetapi apa yang Nabi sebutkan kepada mereka ialah, الْخَوَارِجُ كِلَابُ النَّارِ

“al-Khawarij adalah anjing-anjing neraka.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah, no. 169. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Dengan itu kita hendak pastikan di sini ialah mengambil secara keseluruhan dan melaksanakannya sekurang-kurangnya pada tahap minimam dan setiap orang selepas itu dia menjadi master ataupun cuba untuk menjadi pakar di dalam bidang yang tertentu tanpa mengabaikan bidang yang lain. Sebagai contoh kita berdakwah, maksudnya sekurang-kurangnya dakwah kita perlu ada. Bagaimana bentuk dakwah sekalipun dakwah perlu ada. Yang kedua sekurang-kurangnya ilmu perlu ada iaitu jika hendak menggunakan hadith, maka gunakan hadith yang sahih. Jangan gunakan hadith yang dhaif ataupun palsu.

Jika kita lebih menekankan dakwah dan mengabaikan ilmu, ini adalah satu masalah di dalam berdakwah. Tetapi jika kita mempunyai dakwah dan ilmu, manakala dakwahnya tidak begitu hebat, jadi yang manakah yang lebih bagus? Jadi mesaj kita sekarang ini adalah kita perlu mengadakan kesemuanya dan cuba memperhebatkan kesemuanya.

Rakaman oleh Abu Aqif Studio

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

http://www.youtube.com/watch?v=zja347tcx3Y

Ustaz Dr Fadlan Mohd Othman

Soalan

Bolehkah menikah berwalikan seorang bapa yang berakidah Syiah?

Jawapan

Sekiranya dia adalah Syiah jadian. Maksud Syiah jadian ini ialah seperti kita masuk ke rumah hantu yang dicipta oleh manusia sedangkan kita sendiri tahu hantu itu adalah manusia. Jika begitu mungkin ianya tidak ada masalah lagi kerana dia menjadi Syiah kerana semangat-semangat sahaja.

Tetapi jika dia memang hantu betul, maksudnya Syiah betul iaitu antaranya dia berkepercayaan bahawa darah Ahlus Sunnah semua halal, al-Qur’an yang ada pada kita tidak lengkap, Aisyah ra padalah wanita penzina dan sebagainya, maka dia adalah kafir dan tidak sah menjadi wali nikah. Kita jangan sekali-kali terima lamarannya dan jangan melamar daripada mereka.

Teks disediakan berdasarkan rakaman;

Dr Fadlan Mohd Othman, siaran akhbar Sabtu 2 Jun 2012

Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Fadlan Mohd Othman berkata, sudah tiba masanya umat Islam bersikap lebih proaktif selepas melihat kewujudan pelbagai penulisan yang menyeleweng dalam media massa dan media baru.

“Umat Islam harus terkehadapan dalam usaha menguatkan jati diri mereka. Al-Quran tidak boleh lagi dijadikan bacaan unggul bahasa Arab, sebaliknya perlu difahami ertinya. Contohnya, umat Islam berbahasa Melayu di Malaysia wajib khatam mafhum al-Quran sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

“Langkah seterusnya ialah memahami tafsir al-Quran secara ringkas dan tepat sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

“Langkah ketiga pula ialah tamat pengajian pengertian hadis merangkumi Hadis 40 yang dihimpunkan Al-Imam Al-Nawawi disusuli Riyadus Solihin,” katanya.

Beliau berkata, jika gerakan ilmiah itu dapat direalisasikan, umat Islam tidak perlu gusar dengan ancaman syaitan sama ada berbentuk hawa nafsu ataupun ideologi sesat.

“Pada masa itu, konsert haram seperti K-Pop yang tidak lagi dihadiri umat Islam sama seperti ceramah sesat tokoh pluralisme dan pendukung LGBT pasti tidak disokong mana-mana individu Muslim.

“Rasulullah menyatakan bahawa orang beriman yang mantap imannya jauh lebih disukai berbanding orang beriman yang lemah keimanannya. Tiada syak lagi, kemantapan iman itu asasnya ialah keluasan ilmu agama yang diambil daripada al-Quran dan al-Sunnah,” katanya.

Menurut Fadlan, sokongan dan dukungan individu Muslim terhadap LGBT jelas berdosa besar.

“Bahkan, jika usaha keji ini disulami dengan keyakinan LGBT itu halal, maka tidak syak lagi individu Muslim itu terkeluar daripada Islam.

“Perlu ditegaskan juga, jika ada yang yakin LGBT itu haram tetapi pada masa sama tetap menyokongnya, itu juga dikira berdosa besar. Sementara menghalalkan LGBT walaupun tidak menyokongnya adalah kufur.

“Justeru, apabila kemungkaran itu berlaku, tindakan menentangnya perlu wujud di kalangan umat Islam. Pihak berkuasa seperti Kerajaan Pusat mahupun kerajaan negeri wajib menentang segala kuasa yang ada pada mereka.

“Sementara pihak Mufti, jabatan agama dan majlis agama dan ilmuwan Islam wajib menentang segala ilmu yang ada pada mereka. Apa yang dilakukan Jakim dalam isu Irshad Manji menepati peranannya sebagai badan utama bagi agama Islam di Malaysia,” katanya.

Fadlan berkata, pihak yang tidak berkuasa mahupun berilmu tetap wajib membenci kerja terkutuk LGBT itu sepenuh hati dan jiwa mereka.

“Tidak timbul soal kekerasan tetapi yang timbul ialah soal ketegasan yang merangkumi tiga peringkat masyarakat dalam sesebuah kerajaan Islam.

“Pemerintah perlu tegas dan menggunakan kuasa membanteras. Sementara golongan ulama dan ilmuwan juga perlu tegas dalam menyebarkan hakikat sebenar keburukan maksiat.

“Bagi orang awam pula perlu mempunyai hati yang tegas membenci kemungkaran yang berlaku,” katanya.

Beliau berkata, membanteras segala usaha jahat yang menjatuhkan kehebatan Islam perlu sentiasa digerakkan.

“Di sini, semua pihak perlu bekerjasama membanteras kemungkaran. Masyarakat harus mempunyai rasa prihatin terhadap kelangsungan Islam.

“Rasulullah menggambarkan umat Islam sebagai bangunan yang saling menguatkan antara satu sama lain iaitu bermula daripada pemerintah tertinggi hinggalah kepada rakyat awam.

“Antara langkah bersepadu yang perlu dilakukan ialah memantapkan ilmu. Setiap lapisan masyarakat perlu sedar ilmu adalah dasar kesejahteraan dunia dan akhirat.

“Kedua, menjiwai ilmu melalui amalan. Setiap Muslim wajar menunjukkan teladan yang baik kepada umat manusia.

“Ketiga, melalui penyebaran ilmu secara menyeluruh. Justeru, pihak kerajaan atau bukan kerajaan wajar memperbanyakkan majlis ilmu sesuai untuk pelbagai peringkat pemikiran dan umur.

“Usaha terbabit perlu dilakukan secara konsisten. Langkah berkenaan boleh dirangkumkan di bawah kempen bersepadu yang memartbatkan keluhuran ajaran Islam dalam menjaga kesucian interaksi antara gender,” katanya.