Arkib

Tag Archives: bid’ah

Bid’ah Mukaffirah dan Bid’ah Ghairu Mukaffirah

dari Kuliah Akidah Perbandingan Akidah Ahlus Sunnah dan Khawarij. Bahagian 7.

Jika di dalam perbincangan ulama hadith mereka akan meletakkan bid’ah mempunyai dua iaitu mukafarah ataupun mukafirah dan juga ghairu mukaffirah atau bid’ah mufasikah. Antara yang membahaskan ialah Syaikh Dr. Ibrahim bin AMir ar-Ruhaili dalam bukunya Mawqif Ali al Sunnah wa al-Jama’ah min Ahli al –Ahwâ wal- al Bidâ. 

Bid’ah mukafarah adalah bid’ah yang mengkafirkan ataupun dikufurkan. Pada zaman Nabi, sifat-sifat Allah diterima tetapi sampai zaman Jahm b Sofwan (pengasa fahaman Jahmiyah) sifat Allah ditolak maka ini adalah satu bid’ah.

Bid’ah yang fasik ini pula mempunyai banyak seperti amalan-amalan yang di dalam kategori maksiat contohnya solat semperna puasa enam, zikir beralunan dan sebagainya. Azan yang beralunan juga adalah bid’ah.

Ibn Umar menyatakan dia pernah masuk ke dalam satu masjid, dia mendengar orang azan yang dialunkan, lalu dia keluar daripada masjid itu.

Kata Ibn Mas’ud ra. terhadap mereka yang melakukan zikir yang kuat, beramai-ramai (halaqah) ketika menunggu solat.

“Celakalah kamu wahai umat Muhammad! Alangkah cepat kemusnahan kamu. Para sahabat Nabi masih ramai lagi, baju baginda belum lagi buruk dan bekas makanan dan minuman baginda pun  belum lagi pecah! Demi yang jiwaku berada di tanganNya, apakah kamu berada di atas agama yang lebih mendapat petunjuk daripada agama Muhammad, atau sebenarnya kamu semua pembuka pintu kesesatan?

Jawab mereka; ‘Demi Allah wahai Abu Abd Rahman, kami hanya bertujuan baik.

Jawabnya; ‘Betapa ramai yang bertujuan baik, tetapi tidak menepatinya.”  (riwayat al-Darimi dalam Musnadnya)

Mereka mempunyai dua pilihan. Adakah mereka boleh berkata, ‘kami lebih hebat daripada Muhammad’? Jika berkata seperti ini maka kafirlah mereka. Jika tiada yang pertama ini maka hanya ada pilihan yang kedua iaitu membuka pintu kesesatan. Nampak seperti baik kerana mereka duduk di masjid, berkumpul bertasbih, takbir dan tahmid. Itu pun Ibn Masud berkata membuka pintu kesesatan.

Rakaman oleh Abu Aqif Studio

“Teks disediakan oleh Biro Penerbitan iLMU berdasarkan rakaman berikut: 

http://www.youtube.com/playlist?list=PL99617A8EF5F8F1EA

Dr. Fadlan Mohd Othman

Soalan: Antara bidaah dan maksiat, yang manakah lebih besar dosanya? Bagaimana pandangan ulama dalam hal ini?

Jawapan:

Bismillah,

Antara bidaah dan maksiat, pastinya bid’ah lebih dahsyat. Maksiat adalah perkara yang diketahui sebagai perkara yang menyalahi Allah swt. Seorang muslim yang meminum arak dan percaya arak itu halal, maka dia kafir. Tetapi jika dia minum arak tetapi mengatakan ianya haram, satu hari nanti mungkin dia akan tinggalkan maksiat tersebut. Sekiranya dia terus dinasihati tentang pengharaman arak dan seterusnya mendapat hidayah, maka dia akan meninggalkan maksiat yang dilakukannya.

Berbeza pula dengan bidaah, ia dilakukan kerana si pelaku bidaah menganggap perbuatan tersebut akan membuahkan pahala maka pelakunya tidak akan tinggalkan. Sebagai contoh, seseorang berdoa sebelum dan selepas maghrib, kenapa dia tidak tinggalkan adalah kerana dia menganggap berbuat demikian akan mendapat pahala, kecuali setelah dia dihujahi dengan ilmu yang sahih dan dia yakin perbuatan itu adalah berdosa barulah dia akan tinggalkan bid’ah tersebut.

Berbeza dengan pelaku maksiat, apabila dia melihat orang shalih datang menghampiri, dia akan merasa takut kerana sedar bahawa dirinya sedang melakukan sesuatu yang salah. Di dalam hadis juga ada menyebut, sabda Nabi  sallallahu alaihi wassalam,

“Sesungguhnya Allah menahan taubat dari setiap ahli bid’ah hingga dia meninggalkan bid’ahnya” (Hadith riwayat Ibn Wadhdhah dan Ibn Abi Ashim, sahih)

Dalam riwayat yang lain, baginda bersabda:

إِنَّ اللهَ احْتَجَزَ التَّوْبَةَ عَنْ صَاحِبِ كُلِّ بِدْعَةٍ

“Sesungguhnya Allah menutup pintu taubat dari pelaku setiap perbuatan bid’ah.” (riwayat Abusy Sheikh dalam Kitab Tarikkh Asbahan , At-Thabrani dalam Kitab al-Mu’jamuul Ausath dan yang lain . Lihat Silsilah Al-Hadith As-Sahihah (no.1620)

Maka, jelaslah perbuatan bidaah itu lebih dahsyat daripada maksiat.

Wallahu taala ‘alam.

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut: