Arkib

Tag Archives: wuduk

Doa Sahih Selepas Wuduk

Dr. Fadlan Mohd Othman

Sabda Rasullullah SAW maksudnya;

“Sesiapa yang mengambil wuduk dengan baik kemudian dia berkata, Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan ‘Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj ‘alni minat tawwaabin, waj’alni minal mutatohhiriin

(maksudnya: Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah esa (Tuhan) saja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusanNya. Allah jadikanlah aku dari kalangan orang yang banyak bertaubat dan jadikanlah aku dari kalangan orang yang menyucikan diri),

akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka.

(riwayat ImamTarmizi( 50) ; Sahih: Sahih Al-Tarmizi(55) dan Al-Nasai(148);Sahih:Sahih Al-Nasai(148))

Mungkin kita boleh letakkan ini sebagai satu peringatan bahawa zikir di dalam Islam adalah penting dan kita sebenarnya mempunyai zikir yang sahih bagi kebanyakan amalan contohnya keluar masjid, masuk masjid, ketika hendak berwuduk, selesai wuduk, hendak tidur, bangun daripada tidur, nampak orang yang ditimpa musibah, nampak orang yang diberikan nikmat dan sebagainya. Semua itu adalah untuk memperbanyakkan pahala kita sekiranya perkara itu dilakukan dengan penuh keikhlasan dan dilakukan mengikut sunnah iaitu mengambil hadith yang sahih sahaja. Jangan dibaca hadith yang dhaif dan jangan juga dibaca hadith yang palsu.

Perkara ini boleh didapati di dalam banyak kitab-kitab yang kecil dan yang besar. Antaranya yang masyur ialah Hisnul Muslim oleh Syaikh Dr Said bin Ali bin Wahaf al-Qahthani. Kitab ini adalah antara kita yang paling laku sekali dan yang paling tersebar luas. Laku disini bukan bermaksud laku dari sudut jual beli tetapi laku dari sudut sebarannya begitu banyak di dalam pelbagai bahasa. Tidak dinafikan ada sebahagian hadith yang dhaif tetapi nisbahnya sedikit sahaja.

Yang ke-4 menyempurnakan wuduk dan membaca doa ini adalah diantara sebab-sebab untuk memasukkan kita ke dalam syurga. Kita perlu yakin dengan perkara itu dengan mengambil wuduk dengan cara yang baik dan bacakan zikir ini dan doanya dengan penuh kefahaman.

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

http://www.youtube.com/watch?v=koOud5aTFP4

Hadith yang ke-69, daripada Jabir bin Samarah ra bahawasanya:

“Seorang lelaki telah bertanya kepada Nabi saw, ‘Perlukah saya mengambil air sembahyang apabila makan daging kambing? Nabi berkata, ‘Sekiranya kamu hendak mengambilnya maka lakukannya’. Kemudaian dia bertanya lagi, ‘Perlukah saya mengambil wuduk sekiranya saya memakan daging ibil (unta)? Nabi menjawab,  Ya.”

Faedah yang boleh kita ambil ialah pertama sekali ialah dibenarkan mengambil wuduk selepas memakan daging kambing tetapi tidak wajib ianya sunat sahaja kerana daging kambing tidak membatalkan air sembahyang.

Faedah yang ke-2, memakan daging unta membatalkan wuduk dan diwajibkan mengambil air sembahyang khususnya bagi orang yang hendak solat.

Yang ke-3 di dalam mazhab imam Ahmad bahawa perkara yang membatalkan wuduk daripada badan unta ini sekiranya dimakan ialah dagingnya sahaja. Tetapi jika organ yang lain ianya tidak membatalkan wuduk. Kebanyakan ulama pula munyatakan memakan unta dimana-mana bahagian pun tetap batal wuduknya kerana perbincangan ialah hukum apabila disebutkan daging ertinya bukan sahaja daging tetapi apa sahaja yang dimakan seperti daging juga termasuk. Jadi tidak ada apa yang membezakan antara daging dan lain-lain itu kecuali sekiranya datang dalil yang membezakannya.

Faedah yang ke-4 tidak terdapat di dalam syariat Islam yang mana hukum sebahagian anggota badannya berbeza dengan anggota badan yang lain tetapi ianya terdapat di dalam syariat yang sebelum kita contohnya lemak (syuhum) binatang sebelum ini  adalah diharamkan tetapi apabila sampai ke dalam ajaran Islam ianya dibenarkan. Ianya diharamkan ketika zaman dahulu kerana ianya termasuk di dalam belenggu-belenggu iaitu apabila orang Yahudi tidak faham dan selalu bertanya, maka apabila dia banyak bertanya dan bertanya lagi makin banyak dia menyusahkan. Oleh kerana itulah di dalam ajaran agama Islam khususnya semasa wahyu diturunkan Nabi saw tidak membenarkan para sahabatnya yang menetab di Madinah untuk bertanya banyak. Apa yang disampaikan wahyu daripada Allah kepada Nabi dan disampaikan kepada para sahabat maka mereka perlu terima.

Nabi pernah menyebut di dalam hadith Bukhari dan lain-lain,

“Tinggalkanlah aku apa yang aku tidak sebutkan”

Contohnya hadith ini khusus kepada …….apabila Nabi menyatakan Allah fardukan haji ke atas kamu semua lalu ada sahabat bertanya pula, ‘adakah wajib itu setiap tahun wahai Rasulullah?’ Lalu Nabi tidak menjawab. Sahabat tadi bertanya lagi berulang kali akhirnya Nabi berkata, ‘tinggalkan aku’. Maksudnya disini, ‘jika aku (Nabi) tidak sebut, maka jangan bertanya’. Kerana binasanya umat sebelum ini adalah dengan apabila mereka banyak menyoal dan banyak menyalahi serta menyanggah Nabi-nabi mereka.

Maka jika Nabi berkata, kita tidak perlu betanyakan soalan terlalu banyak. Kita hanya perlu mengambil sahaja apa yang dikatakannya dan beramallah dengan sifat umum yang ada pada hadith tersebut contohnya apabila disebutkan haji itu fardu kita memahaminya dengan melaksanakan fardu haji hanya sekali dan jika hendak melakukannya berulang kali tiada masalah. Tetapi hadith ini tidak menyatakan haji perlu dilakukan setiap tahun maka kita tidak perlu bertanya lagi. Di dalam pensyariatan agama Islam tidak ada haiwan yang setiap anggotanya mempunyai hukum yang berbeza. Perkara sepeti ini tidak ada di dalam ajaran agama Islam tetapi ada pada zaman sebelum ini. Jadi ianya samada halal semuanya ataupu haram semuanya.

disarikan dari kuliah Bulughul Maram.

Ustaz Dr Fadlan Mohd Othman

Soalan

Seseorang itu mengambil wuduk dengan yakin kemudian dia ragu-ragu samada dia telah mengeluarkan angin ataupun tidak. Adakah sunnah dia mengambil wuduk ataupun tidak?

Jawapan

Maksud sunnah itu adalah mustahab iaitu sunat, ianya tiada masalah sama ada kita ragu-ragu ataupun tidak. Jika hendak mengambik wuduk sekali lagi tiada masalah, ianya dibenarkan. Tetapi jika soalannya adakah sunnah bila ragu-ragu, kita mengambil wuduk? Jawapannya tidak.

Khususnya jika berwuduk itu akan menyebabkan was-was, ianya tidak menjadi sunnah tetapi ia akan menjadi makruh. Was-was ini adalah satu perkara yang perlu kita hindari kerana jika kita layan was-was akhirnya banyak perkara di dalam ibadah kita akan terganggu.

Memperbaharui wuduk itu hukumnya adalah sunnah yang sunat.

Teks disediakan berdasarkan rakamana;

http://www.youtube.com/watch?v=-1BOk5Ncleg