Hadith muallaq dalam Sahih Bukhari

Hadith Muallaq dalam Sahih Bukhari

Dr. Fadlan Mohd Othman

Hadith muallaq ialah hadith yang tergantung dari sudut bahasa dan erti hadith muallaq pula dari sudut istilahnya ialah hadith yang dibuang sanadnya dan hanya dinyatakan periwayat yang paling atas sekali iaitu para sahabat. Jadi apabila seseorang ahli hadith itu menyatakan sesebuah hadith tanpa dinyatakan sanadnya maka hadith itu adalah hadith muallaq.

Hadith muallaq ialah yang dibuang sanadnya selepas daripada syeikh seseorang muhaddis itu. Sebagai contoh sekiranya al-Imam al-Bukhari menyatakan bahawa syeikhnya telah membawa sesuatu hadith atau menyatakan sesuatu hadith tanpa menyatakan sanad sehingga habis. Maka hadith itu ialah hadith muallaq. Hadith yang muallaq dipertikaikan statusnya oleh para ulama. Kebanyakannya boleh dikatakan semua ulama, ulama hadith khususnya, menyatakan bahawa hadith muallaq ialah dhaif iaitu tidak boleh diterima kerana tidak mempunyai sanad.

Apabila tidak mempunyai sanad dan tidak boleh dikaji sanad itu, maka hadith itu dihukum sebagai hadith yang dhaif. Akan tetapi apabila mereka melihat kepada hadith muallaq yang dinyatakan oleh al-Imam al-Bukhari di dalam kitabnya Sahih al-Bukhari, kita dapati hadith muallq ini boleh dibahagikan kepada dua sekiranya dinyatakan secara pasti ‘qoola haddasa’ dan sebagainya, maka hadith itu sahih. Akan tetapi sekiranya dinyatakan secara disebutkan ‘siratuttamrit’ iaitu secara menggunakan lafas menunjukkan hadith itu lemah seperti ‘qiila, ruiya’ dan sebagainya maka tidak semestinya sahih.

Imam Ibn Hajar al-Asqalani telah mencuba sedaya-upaya untuk menyambung semula sanad-sanad hadith yang muallaq iaitu disebut di dalam bahasa Arab ‘wasolahu’ yang bermaksud menyambungkan hadith ataupun sanad itu. Jadi itulah yang lakukan oleh al-Imam Ibn Hajar al-Asqalani di dalam kitabnya muqaddimah kepada Fathul Bari yang bernama Hajjussari. Di dalam kitab itu al-Imam Ibn Hajjar telahpun menyatakan setiap hadith yang muallaq itu dibawakan sanad daripada kitab-kitab yang lain. Setiap kali al-Imam Ibn Hajjar membicarakan hadith yang muallaq, beliau akan menyatakan juga hadith-hadith itu secara mausul iaitu secara bersambung dan dengan itu kita dapat melihat adakah hadith sanad itu sahih ataupun dhaif.

Bagaimana boleh tentukan itu adalah hadith sedangkan sanadnya terputus?

Hadith muallaq ialah asalnya hadith itu mempunyai sanad. Tetapi muhaddis itu ataupun ulama itu contohnya al-Imam Bukhari tidak mahu memasukkan hadith itu. Ada sebab-sebabnya, antara lain hadith muallaq itu tidak menepati syarat dia mengumpulkan hadith yang sahih di dalam kitabnya. Jadi dia tidak mahu masukkan di dalam hadith-hadith yang utama tetapi dia masukkan di dalam tajuk. Pada dia mungkin hadith itu sahih tetapi tidak mencukupi syarat, jadi dia tidak masukkan dan tidak menyatakan sanad. Asalnya mempunyai sanad. Dan para ulama kita apabila mereka melihat cara Imam Bukhari adanya hadith muallaq contohnya dengan ‘qola’ dan ‘qila’, apabila mereka menyemak semuanya mereka dapati apabila ‘qola’ sahih tetapi apabila ‘qila’ tidak sahih.

Komentar Ibn Hajar terhadap hadis muallaq Imam Bukhari  

Di dalam kitab Hajjussari, al-Imam Ibn Hajjar mempertahankan Sahih Bukhari daripada tuduhan ataupun daripada kritikan Darul Qutni. Tetapi di dalam kitab lain Imam Ibn Hajjar menyambung sanad-sanad bagi hadith-hadith muallaq di dalam Sahih Bukhari. Kadang-kadang al-Imam Ibn Hajjar sendiri pun di dalam Fathul Bari sendiri, dia akan menceritakan sendiri sanad ini telah pun disambungkan oleh A-ttobari, disambungkan oleh An-Nasai, Ibn Majar dan sebagainya. Dan disebutkan sanad itu adalah sanad yang sahih.

Kuniyah/ gelaran perawi hadis 

Soalannya adalah berkenaan dengan sanad hadith jika ada nama seorang periwayat itu, kemudian dinyatakan daripada bapanya (‘an abihi), daripada datuknya (‘an jaddihi), jadi seolah-olah tidak lengkaplah nama yang ada itu. Sebenarnya di dalam kes ini tidak ada masalah untuk menggunakan gelaran ataupun menggunakan kuniyah dan sebagainya.

Masalahnya ialah adakah bapanya dan datuknya itu dikenali dan dipercayai serta boleh diterima sebagai periwayat yang kuat. Kadang-kadang apabila ‘an abihi an jaddihi’, abihi (bapanya) dikenal manakala jaddihi (datuknya) tidak kenal. Maka inilah yang menjadikan masalah.  Tetapi jika ayahnya dan datuknya kita kenal sebagai periwayat yang boleh diterima maka tiada masalah. Jadi inilah penbincangannya adakah ianya dikenali ataupun tidak dikenali.

Hadith muallaq tadi ialah yang dibuang sanadnya daripada awal satu ataupun banyak. Contohnya Imam Bukhari dinyatakan daripada gurunya selepas itu tiada sanad sehinggallah sampai kepada Rasulullah ataupun kepada sahabat.

Itu adalah antara perbincangan yang berlaku apabila masuk hadith berkenaan dengan,

“Akan ada di kalangan umatku ini satu kaum yang menghalalkan al-khir dan juga al-khari”

Al-Khari adalah sutera dan al-Khir itu adalah samada pembunuhan ataupun penzinaan.

Masalahnya ialah apabila di dalam hadith ini dinyatakan oleh al-Imam Bukhari ‘qola’ siapa gurunya dan dibawakan hadith tersebut. Jadi di sini sebahagian ulama menyatakan hadith ini muallaq dan tidak boleh diterima. Tetapi apabila kita perhatikan hadith ini bermula dengan ‘qola’ iaitu bermula dengan berkata. Jadi apabila ada berkata maksudnya walaupun muallaq tetapi sahih.

Yang ke-2 sebahagian ulama menyatakan hadith ini dhaif kerana sanadnya terputus sedangkan al-Imam al-Bukhari terus yang dikatakan ‘qola’ itu ialah gurunya sendiri. Maksudnya hadith itu ialah hadith yang bersambung. Itulah antara perbincangan tentang hadith muallaq.

Rakaman oleh Abu Aqif Studio

“Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

http://www.youtube.com/watch?v=4ddarPFGDKA

“Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

http://www.youtube.com/watch?v=4ddarPFGDKA

Tinggalkan komen