Hukum Ahlus Sunnah menikahi Syiah

Ahli Panel : Ustaz Fathul Bari Mat Jahya/ Dr Fadlan Mohd Othman

Soalan :           Jika ada di antara rakyat Malaysia ingin bernikah di sempadan, mungkin fahaman mereka lain daripada ahli Sunnah contohnya Syiah. Jadi bagaimana jika ada seorang ahli Sunnah bernikah dengan Syiah, adakah perkahwinan mereka sah ataupun ianya akan menimbulkan masalah yang besar?

Jawapan : Perkahwinan ahli Sunnah dengan Syiah kita perlu melihat kepada pandangan para ulama kita terhadap status adakah Syiah itu masih lagi Islam ataupun tidak. Kita dapati kebanyakan ahli Sunnah Waljamaah apabila memberikan fatwa berkenaan dengan keislaman orang Syiah, mereka ada sebahagiannya membahagikan kepada dua. Mereka adalah dikalangan ahli Syiah yang mempunyai ilmu tentang ajaran mereka dan juga ajaran ahli Sunnah.

Apabila mereka berada di tahap itu maka mereka keluar daripada Islam kerana dikalangan Syiah daripada buku-buku mereka dan ulama-ulama mereka menyatakan sebagai contoh bahawa Jibril silap memberi al-Qur’an kepada Nabi Muhammad kerana sepatutnya al-Qur’an diberikan kepada Ali. Mushaf yang ada pada ahli Sunnah Waljamaah tidak lengkap, ada mushaf lain yang diberikan kepada Fatimah selepas wafatnya Rasulullah saw dan Ali lah yang mencatatkan mushaf itu semasa Jibril menyampaikan kepada Fatimah. Terdapat banyak lagi isu lain, ini adalah antara beberapa perkara yang dapat kita sebutkan. Dengan itu ulama ahli Sunnah Waljamaah, mereka menghukum ulama-ulama Syiah sebagai kufur.

Jadi jika status yang ditanyakan berkahwin dengan kalangan ilmuan dikalangan Syiah, maka hukumnya tidak dibenarkan. Walaupun berkahwin dikalangan orang awam Syiah, adalah sekiranya ahli Sunnah mempunyai ramai lagi gadis-gadis yang belum dikahwini oleh ahli Sunnah, maka itulah pilihan pertama yang sepatutnya dilakukan selepas itu barulah pergi kepada Syiah itupun tidak digalakkan.

Soalan: Ada orang berdalilakan peristiwa keharusan berkahwin dengan ahli kitab sebagaimana Nabi saw menikahi seorang wanita berketurunan Yahudi, maka bagaimana dengan isu perkahwinan dengan Syiah ini?

Jawapan : Saya menghormati pandangan yang menyatakan seorang lelaki Sunnah menikahi seorang wanita Syiah bahawa hukumnya samalah dengan seorang lelaki Sunnah berkahwin dengan wanita kitarbiah. Tetapi pada pandangan saya lebih sesuai sekiranya ahli Sunnah bersikap tegas apabila datang perbincangan berkenaan dengan akidah. Akidah yang dibawa oleh Syiah jika hendak dibandingkan dengan ahli Sunnah bukanlah perbezaan yang ranting, tetapi perbezaan yang cukup mendasar dimana pada pandangan saya sendiri lebih condong kepada pandangan yang menyatakan lelaki Sunnah sebenarnya tidak wajar berkahwin dengan wanita Syiah. Begitujuga sebaliknya jika datang seorang lelaki Syiah yang ingin melamar daripada salah seorang wanita Sunnah, kita sepatutnya tidak membenarkan.

Dalil saya ialah hadis yang sahih dimana Rasulullah saw bersabda, mafhumnya:

“Sekiranya datang kepada kamu seorang lelaki yang kamu redhi akan agamanya dan akhlaknya, maka kahwinkanlah dia.”  (riwayat Imam Tirmidzi, hasan)

Jadi Nabi nyatakan disini sebagaimana ada 4 sifat untuk perempuan, maka ada 2 sifat untuk lelaki. Sifat lelaki yang perlu ada ialah agama dan akhlak yang bagus. Jadi dimanakah agama yang baik yang ada pada golongan Syiah? Mereka yang telah mengkafirkan para sahabat dan mereka menyatakan Aisyah ra sebagai penzina. Jika ibu kita sendiri dikatakan penzina, kita tidak akan minum kopi dengan orang yang menuduh itu apatah lagi Ummul Mu’minin Aisyah radiyallahu ‘anha.

Soalan : Komen tentang isu Syiah.

Jawapan: Berkenaan dengan mut’ah mungkin menjadi satu artenatif apabila belakunya biokrasi di dalam jabatan  ataupun mahkamah. Pandangan saya di sini ialah jika kita perhatikan kerajaan kita sekarang ini pun  menjurus kearah tranformasi, mendahulukan rakyat dan sebagainya. Jadi saya rasa ini adalah satu perkara yang perlu diambil kira dan perlu diberikan penekanan oleh jabatan-jabatan yang ada khususnya jabatan syariah yang berkait langsung dengan perbincangan kita hari ini.

Mereka perlu melakukan satu usaha untuk memudahkan perkahwinan di sini agar tidak berlakunya unsur-unsur penyelewengan daripada pemikiran-pemikiran yang telahpun difatwakan sesat oleh Jabatan Kuasa Fatwa Syiah. Dimana mungkin apabila susahnya ahli Sunnah ini berkahwin di Malaysia, tiba-tiba ada pula pekej mut’ah di dalam Negara sendiri. Maka pelajar-pelajar kita menganggap kita berbincang untuk menggalakkan mereka berkahwin, tetapi apabila masalah yang mereka hadapi mereka mungkin akan keluar untuk mengambil satu jalan keluar yang ringkas iaitu dengan mut’ah.

Soalan : Selain daripada orang berkahwin ini hendak berpoligami ada satu lagi point penting iaitu tidak mendapat restu daripada ibubapa. Jadi sejauh mana kita katakan anak-anak ini apabila berkahwin di sempadan ini tidak mendapat restu ibubapa dengan hubungkait keredhoan Allah swt di dalam rumah tangga mereka?

Jawapan : Kita boleh lihat Allah swt menyatakan dan kepada ibubapa itu hendaklah dilakukan kebaikan iaitu kebajikan. Erti kebajikan bukanlah tidak mengambil kisah dan bukannya juga melakukan keburukan. Dikaitkan dengan perbincangan kita, kita dapati Nabi saw menyatakan tidak ada nikah yang sah kecuali dengan wali. Konsep ini juga tidak boleh dilihat kepada wali sahaja tetapi kita juga melihat kepada hadis-hadis lain yang menunjukkan bagaimana Rasulullah saw menolak iaitu mebatalkan perkahwinan yang dipaksa oleh wali kepada anaknya samaada anak yang soyib ataupun anak yang masih dara. Jadi itu telah ditolak oleh Nabi saw menunjukkan secara ringkasnya di sini perlu ada keredoan kedua-dua belah pihak.

Bukan sahaja wali perlu redho tetapi anak juga perlu redha. Hendak menghasilkan keredhoan itu kepada kedua-dua belah pihak itu perlunya ada satu keluarga yang cukup konkrit binaannya. Dimana daripada awal lagi pembinaan pencarian suami ataupu isteri kemudian pentarbiahan anak-anak itu mestilah menepati al-Qur’an dan Sunnah Nabi saw. Dengan itu akhirnya barulah ada satu integrasi yang baik.

Saya akhiri dengan satu hadis Nabi saw mafhumnya:

“Hendaklah kalian bernikah ataupun berkahwin dengan wanita-wanita yang mampu memberi kalian ramai anak dan berkasih saying dengan kalian. Sesungguhnya aku berbangga dengan ramainya umatku dihari akhirat kelak”

Walaubagaimanapun di dalam proses kita mencari isteri ataupun suami yang mengasihi kita dan yang mampu memberi kita zuriat yang ramai, kita perlu ingat kita perlu patuhi undang-undang, patuhi hukum Allah swt dan undang-undang manusia yang mana bertujuan untuk menjaga kemaslahatan dan membela kita daripada keburukan di atas muka bumi ini.

http://www.youtube.com/watch?v=NRjW0VtrB0w

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: