Bid’ah dan Maksiat: Mana lebih dahsyat?

Dr. Fadlan Mohd Othman

Soalan: Antara bidaah dan maksiat, yang manakah lebih besar dosanya? Bagaimana pandangan ulama dalam hal ini?

Jawapan:

Bismillah,

Antara bidaah dan maksiat, pastinya bid’ah lebih dahsyat. Maksiat adalah perkara yang diketahui sebagai perkara yang menyalahi Allah swt. Seorang muslim yang meminum arak dan percaya arak itu halal, maka dia kafir. Tetapi jika dia minum arak tetapi mengatakan ianya haram, satu hari nanti mungkin dia akan tinggalkan maksiat tersebut. Sekiranya dia terus dinasihati tentang pengharaman arak dan seterusnya mendapat hidayah, maka dia akan meninggalkan maksiat yang dilakukannya.

Berbeza pula dengan bidaah, ia dilakukan kerana si pelaku bidaah menganggap perbuatan tersebut akan membuahkan pahala maka pelakunya tidak akan tinggalkan. Sebagai contoh, seseorang berdoa sebelum dan selepas maghrib, kenapa dia tidak tinggalkan adalah kerana dia menganggap berbuat demikian akan mendapat pahala, kecuali setelah dia dihujahi dengan ilmu yang sahih dan dia yakin perbuatan itu adalah berdosa barulah dia akan tinggalkan bid’ah tersebut.

Berbeza dengan pelaku maksiat, apabila dia melihat orang shalih datang menghampiri, dia akan merasa takut kerana sedar bahawa dirinya sedang melakukan sesuatu yang salah. Di dalam hadis juga ada menyebut, sabda Nabi  sallallahu alaihi wassalam,

“Sesungguhnya Allah menahan taubat dari setiap ahli bid’ah hingga dia meninggalkan bid’ahnya” (Hadith riwayat Ibn Wadhdhah dan Ibn Abi Ashim, sahih)

Dalam riwayat yang lain, baginda bersabda:

إِنَّ اللهَ احْتَجَزَ التَّوْبَةَ عَنْ صَاحِبِ كُلِّ بِدْعَةٍ

“Sesungguhnya Allah menutup pintu taubat dari pelaku setiap perbuatan bid’ah.” (riwayat Abusy Sheikh dalam Kitab Tarikkh Asbahan , At-Thabrani dalam Kitab al-Mu’jamuul Ausath dan yang lain . Lihat Silsilah Al-Hadith As-Sahihah (no.1620)

Maka, jelaslah perbuatan bidaah itu lebih dahsyat daripada maksiat.

Wallahu taala ‘alam.

Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

3 comments
  1. rully burhan said:

    Salamun alaykum

    Syaikh,
    Mohon penjelasan doa apa yang dimaksudkan bila dibaca sebelum dan selepas maghrib?
    Mengapa bidah syaikh?

    Jazakumullahu khairon

  2. Nik Lee said:

    Rully Burhan, pandangan saya – mungkin doa sewaktu menyambut tahun baru hijrah. mungkin.

  3. Perantau said:

    Assalamualaikum…
    ana xpaham apakah maksud

    “seseorang berdoa sebelum dan selepas maghrib, kenapa dia tidak tinggalkan adalah kerana dia menganggap berbuat demikian akan mendapat pahala, kecuali setelah dia dihujahi dengan ilmu yang sahih dan dia yakin perbuatan itu adalah berdosa barulah dia akan tinggalkan bid’ah tersebut”

    Adakah berdoa selepas maghrib itu bid’ah?
    mohon perjelaskan n klau boleh sertakan sekali sumber hadis nya…terima kasih🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: